gambar dari Utusan
Semalam berlaku kemalangan atau lebih tepat sekali satu kes pembunuhan misteri bekas Adun Permatang Pauh iaitu Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat. Bila bersembang dengan rakan aku semalam rupanya mereka berada berhampiran lokasi kejadian!
Mereka ketika itu dalam perjalanan ke utara dan melalui kawasan kejadian beberapa minit selepas kemalangan yang melibatkan kereta Caldina putih itu berlaku. Mereka mulanya ingat kemalangan biasa, dan berjaya mengelak kesesakan lalu lintas sebab ianya baru berlaku ketika itu. Tapi bila mereka pulang ke Shah Alam pada waktu petang, kenderaan itu masih di situ dan polis agak ramai mengerumuni kawasan kejadian. Pihak polis juga menutup kawasan lorong kanan arah utara dengan penghadang.
Mereka pun agak musykil kenapa kereta itu masih berada di situ walaupun sudah beberapa jam berlalu. Lepas mereka dengar berita barulah mereka tahu rupanya kereta yang kemalangan waktu mereka lintas itu rupanya milik bekas Adun yang menjadi berita hangat semalam.
Apa yang berlaku dalam kejadian itu masih dalam siasatan Polis. Aku tak nak menyatakan apa-apa andaian nak berlagak pandai CSI dalam entri ini. Tapi aku minat dengan kereta milik allahyarham..model Toyota Caldina, kereta idaman aku.
p/s : diorang tak pula ambil gambar masa lintas caldina tu. mungkin tak expect ia menjadi big issue
3 feedbacks:
huuu... terkejut gak dgn kes neh
macam2 bermain di minda... tapi aku senyap jer la... :)
uncle aziz tu kawan ayah aku . selalu jumpa dia time ayah aku keja sabah dulu , dia dulu su sulit dato abu hasan kan , dato tu mentri ayah aku.. cam tu la kisahnya ..
mmg x sangka actually dia meninggal cam tue
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan