Friday, August 20, 2010

Entri Selepas Sahur : Renungkan

Photobucket
photo source here
Bencana alam yang melanda Pakistan bukan calang-calang. Tiga minggu berturut-turut Pakistan dibanjiri air. Lebih 4 juta penduduk hilang tempat tinggal. Dianggarkan 1,600 maut setakat ini. Lebih 1.6juta ekar tanah pertanian rosak, dan kerugian dianggarkan mencecah berbillion USD. Bukan itu saja, Pakistan sekarang diancam dengan pelbagai wabak penyakit.

Betapa untungnya kita semua yang berada di Malaysia ini. Panas memang panas, hujan memang lebat, traffik memang teruk, politik haru-biru, gaji tak naik-naik dan banyak lagi rungutan kita. Tapi..

Alhamdulillah, kita tidak diuji dengan bencana alam seperti ini. Syukur sangat kita masih ada tempat berteduh, masih ada makan dan minum, masih dapat berpuasa dengan selesa, tiada ancaman wabak penyakit, dan sebagainya.


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

6 feedbacks:

Raihanna said...

ya allah..kesiannya....
camana la diorg kat sana kan...
syukur sangat2 dengan apa yang ada skrg.. =)

azieazah said...

Syukur alhamduillah. Dengan rahmat dari NYA kita sentiasa berada dalam aman makmur dan selesa. Terutama dapat berpuasa dengan nikmatnya.

Hazzy Ishak said...

aha, betul tu. Fauziah latiff pun cakap gitu jugak. kita patut bersyukur dilahirkan di Malaysia.

Sharinginfoz said...

betul tu bersyukur apa yang berlaku kat malaysia

Apa Orang Selalu Cari Kat Google?

maslinamansor said...

Aku bersyukur lahir kat Malaysia.

Anonymous said...

fuh. musibah sungguh. kasihan.

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails