Monday, August 2, 2010

Model Gantian Waja Semakin Dinanti-nanti

Ini baru betul "spyshot" beradab. Sumber dari Paultan.org

Salam 1Malaysia, 2August. Setelah seharian tidak berblogging. Hari ini aku kembali lagi dalam bulan yang baru. Bulan yang penuh bermakna bagi aku, kerana banyak tarikh penting berlaku dalam bulan ini.

Kembali pada topik asal, minggu lepas laman blog automotif kecoh apabila gambar kereta Model Gantian Waja yang bakal dikeluarkan di kilang PROTON yang berdasarkan model Mitsubishi Lancer terbocor akibat tindakan seseorang yang menangkap gambar di KLIA. Bukan sekadar gambar luaran, tetapi sampai interior pun habis dicerobohi (terma yang sesuai sebab kereta itu sudah pasti bukan miliknya). Walaupun peminat automotif gembira dengan kewujudan gambar-gambar "spyshot" itu, tetapi secara personal aku rasa itu bukan cara yang betul.

Apa pun, hari ini ada satu lagi "spyshot" kereta tersebut yang sedang menjalani ujian road test di Pulau Pinang. Basicly semua orang tahu ia model "rebadge" Mitsubishi Lancer. Dan berdasarkan laporan akhbar dan info lain, ianya adalah usahasama PROTON dengan Mitsubishi, di mana Mitsubishi membenarkan PROTON menggunakan model itu sebagai satu model PROTON. Ini bukan bermakna PROTON sudah ketandusan idea, tetapi pendapat aku ia sekadar mengisi gap between line-up model PROTON sementara menanti kemunculan EXORA Turbo, dan khususnya Persona Replacement.

Mungkin inilah wajahnya nanti dengan Grille trademark PROTON
gambaran Model Gantian Waja dari Theophilus Chin
sumber dari Paultan.org

Sebelum ada komen mengatakan PROTON ketandusan idea atau sebagainya, rasanya elok aku tekankan di sini seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ini adalah satu business strategy antara PROTON dan Mitsubishi. Proton masih ada aktif model running seperti Saga, Persona Enhancement, Exora.

p/s : agaknya apakah nama yang bakal diberikan kepada Model baru ini? nampak lebih ke arah family car berbanding Mitsubishi Lancer GT yang lebih sporty..setuju?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

3 feedbacks:

aya said...

tak minat kereta proton. lebih kepada perodua. hehe :P

Admin said...

setuju..:P

maslinamansor said...

kalau begini rupa waja nanti... boleh tahan...

selalu dengar proton ada masalah daripada perodua... betul ker?

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails