Wednesday, August 4, 2010

Mitsubishi RVR Spotted at KESAS Highway

Mitsubishi RVR
(ini bukan dekat KESAS tau)

Yeap, confirm kereta seperti dalam gambar ini kelihatan di atas lori menuju ke arah Kuala Lumpur di lebuhraya KESAS petang tadi.  Waktu itu aku dalam perjalanan ke Subang, obviously aku sedang memandu dan tidak dapat menangkap gambar dengan handphone. 1 unit Mitsubishi RVR ini berada di atas lori dan ditutup tetapi kelibatnya kelihatan dengan jelas bila kain ditiup angin. Warnanya juga sama seperti dalam gambar di atas.

Apakah Mitsubishi Motors Malaysia akan melancarkan model ini tidak lama lagi? Sebelum ini ada desas-desus Mitsubishi Motors Malaysia akan melancarkan beberapa model baru di penghujung tahun 2010. Mungkin ini salah satu daripadanya. Atau mungkin juga ia dibawa keluar dari kilang PROTON? Kita juga ada dengar khabar angin dari blog-blog automotif bahawa PROTON sedang mereka bentuk SUV pertamanya selepas kejayaan EXORA.

Nampaknya kena tunggu sehingga maklumat lebih jelas diperolehi.

Sedikit info spesifikasi Mitsubishi RVR
Model Number :
DBA-GA3W-XTHHZ(4WD)
DBA-GA3W-XTHH(2WD)
Kapasiti Enjin : 1.798L
Transmisi : INVECS-III 6 Speed CVT
Panjang : 4295 mm
Lebar : 1770 mm
Tinggi : 1615 mm
Tayar : 215/60R17

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

2 feedbacks:

Edda said...

singgah

Unknown said...

hensemnya! dan² jtuh cintaaaaa

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails