Friday, August 27, 2010

Model Gantian Waja : RM75,000 ~ RM100,000

Ini baru betul "spyshot" beradab. Sumber dari Paultan.org

Sebelum ini aku dah pernah post entri tentang Model Gantian Waja yang semakin dinanti-nanti. Dalam laporan akhbar hari ini, Pengarah Urusan PROTON Holdings, Datuk Syed Zainal berkata Model Gantian Waja akan mengekalkan 95% reka bentuk asal Mitsubishi Lancer GT terutamanya bahagian dalaman. Ini bermakna 5% lagi merupakan minor facelift pada bahagian front bumper dan rear bumper seperti yang dirakamkan dalam spyshot sebelum ini. Yang mana kawasan terbabit saja dilitupi camouflage hitam (seperti gambar di atas)

Mengenai harga kereta tersebut pula, PROTON dijangka menawarkan harga antara RM75,000 dan kurang RM100,000 untuk model 1.8L dan 2.0L. Bermakna akan ada perbezaan harga antara Model Mitsubishi Lancer GT 2.0L (CBU dari Japan) sekarang sebanyak lebih kurang RM20,000. Tambahan lagi sebelum ini Mitsubishi tidak menawarkan variant 1.8L, maka ini satu peluang kepada peminat kereta untuk memiliki kereta berasaskan model Lancer pada harga yang murah.  

Memandangkan reka bentuk dalaman yang tidak banyak berubah, jadi rasanya kita boleh rujuk kepada gambar-gambar Mitsubishi Lancer GT yang sedia ada di jalan raya Malaysia. Cuma perlu gantikan logo 3 diamonds Mitsubishi kepada logo Harimau PROTON.

Photobucket
Paddle Shifter untuk model 2.0L


Photobucket
Dashboard Lancer GT


Photobucket
Ruang tempat duduk belakang


Aku tak pasti sama ada korang teruja atau tidak, tapi personally aku sangat berminat nak beli kereta ini. Kena mula menabung. Hehe. Tapi Datuk Syed juga ada mention yang satu model Facelift akan dilancarkan ketika KL Motorshow (KLIMS 2010) bulan Disember nanti. Mungkinkah ia model Saga Facelift?

sumber dari Berita Harian

2 feedbacks:

Jard The Great said...

wow

maslinamansor said...

tak mampu nak beli... huhu

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails