Wednesday, August 25, 2010
Maher Zain - Thank You Allah
Aku jarang beli CD audio original. In fact sudah bertahun tak beli. Baru-baru aku beli CD Faizal Tahir - Adrenalin. Sebab berbaloi beli yang original. Lagipun namanya Faizal. Aku support orang nama Faizal nih. Haha
Minggu lepas, aku tambah koleksi CD original dalam kereta aku kepada 2. Kali ini muzik yang cukup menenangkan. Maher Zain - Thank You Allah. Aku mula meminati lagunya lepas menonton video clip "The Chosen One" di Youtube. Berulang kali aku dengar, tak membosankan lansung. Kemudian aku dengar lagu "Insha Allah", yang mana videonya di Youtube sudah mencecah lebih 1 juta viewers. Kebetulan masa aku di PKNS sabtu lepas, aku lalu satu kedai CD yang tertera poster Maher Zain. Jadi tanpa fikir panjang, aku terus masuk dan beli CD, harga RM27. Rupanya dah lama dijual di Malaysia. Aku je yang tak tahu.
Personally, aku rasa tak rugi lansung RM27 tu. His voice, his music is just hard to resist. No wonder tahun ni banyak program TV sempena Ramadan guna lagu dari Maher Zain.
3 feedbacks:
Wahhh ramai dah yg mula simpan koleksi CD Maher Zain ni. Baru jap tadi baca blog IBU dan ABAH tu, dia sentiasa pasang CD Maher jugak...
eh macam tau2 je
hazzy ngh dengar lagu maher zain kat opis, almost everyday
Tengok video tu dan.. *touched* Tisu mana tisu!? Tisuuu Dxxx
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan