Tuesday, August 3, 2010

Adik Mia Sara dalam Drama Epilog Syurga Cinta, Slot Akasia TV3


Ingat lagi tak dengan wajah comel dan inesen gila ini? Sudah tentu semua ingatkan? Sebab itu keyword Adik Mia Sara Nasuha, Drama Adamaya dan Lisa Surihani masih muncul di blog ini. Pengumuman, pengumuman!! Adik Mia Sara bakal mewarnai skrin tv kita semua lagi bermula hari ini! Yaa hari ini tuan-tuan dan puan-puan. Pukul 6.30ptg di TV3, menggantikan drama Ilusi yang ntah apa-apa lakonan Azhar Sulaiman dan Ashraf Muslim itu.

Hallamak, comel seh yang baju merah tu..!

Sinopsis Epilog Syurga Cinta (not official - berdasarkan Filem Syurga Cinta)
Irham (lakonan Zizan Nin), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Cikgu Siti (lakonan Fida Ibrahim), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Cikgu Siti yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Mia (Mia Sara). Hubungan Irham dan Mia yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Mia dalam menjayakan 'misi' nya.

Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Cikgu Siti terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Cikgu Siti sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Cikgu Siti. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Cikgu Siti bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Cikgu Siti. Cikgu Siti yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Cikgu Siti telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Cikgu Siti.
Macam familiar je storyline kan? Sebab kali ini drama berdasarkan filem Syurga Cinta (nama drama pun dah sama) lakonan Awal Ashaari dan Heliza tu. Watak budak kecik kali ini digantikan oleh Mia Sara yang kiut miut itu. Tapi khabarnya ada twist sikit dengan jalan ceritanya, hmm. Apakah mampu mengulangi kejayaan drama Adamaya? Kenapalah tak letak Lisa Surihani bertudung dalam cerita ni? Pasti syok dan kelakar. Baru lah gandingan "mantop" dengan adik Mia Sara kan? hehe. Apapun, drama ini akan membuatkan aku merempit kembali dari kerja. Last merempit ketika siri Adamaya dulu. Sekarang dah jumpa reason kukuh! 

p/s : ini post ke-567!

SOURCE : sinopsis dari yanmieonline, di edit oleh aku
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

6 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

tak sabarnya

Unknown said...

x sabar mo tgk ptg ni...
huhu

maslinamansor said...

"tau, xpe"
Aku tengok ayat nie keluar mia sara masa preview cerita nie.

velasrizal said...

geram tgk bdk tu..nk cium dia..

Blog AkU dAn SeSuAtU Dah Ada Fan Club ?

Unknown said...

suara mia sara unik...mesti ramai tengok cite ni..

azieazah said...

Mengulang komen di blog sorang kawan:

cerita ni bukankah sinambungan dari drama bersiri di Oasis 106 tuh? (tajuk tak ingat, Cinta Sejadah kot.)

Pelakun pun FYDA tu juga, jadi SITI jugak, cucu kepada BOB LOKMAN juga.

Kenal dengan cucu Tok Man tu yg dok luar negara bertahun sampai terpesong ugamanya...

balik kampung belajar agama, tapi dulu lakunan FARID KAMIL.

adakah kebetulan atau dari pengarah yang sama, tak sure.

Macam serupaaaaa....

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails