Monday, August 2, 2010

Betul ke Ini Mak Mohd Khairuddin?



Kali ini entry skeptikal sikit. Nak jadi macam Fox Mulder sekali-sekala. Lepas dua tiga kali aku tengok, rasa cam semacam je video ini. Ini video Mak Mohd Khairuddin yang sangat famous sekarang ini. Kenapa aku kata begitu?

Ini kajian aku. Horatio, please give your comments ok.
1. Intro yang semacam. Video dah running, tapi masih tercari-cari macamana nak start record. Sampai kena rapat ke monitor. Movement kiri ke kanan tu yang macam pelik sikit.
2. Aku tak nampak reflection monitor dekat spek mata mak Khairuddin. Sepatutnya, boleh nampak clearly kecerahan monitor depan dia kan? 
3. Dah dua kali buat video, tapi kenapa masih tak tengok camera?
4. Mak Khairuddin nampak very selamba, macam pelakon iklan tv pun ada.
5. First video waktu siang, tapi ada lighting yang cerah. Macam shooting je.
6. Masa cakap "Bye" je mak Khairuddin tengok kamera. Perasan tak?
7. Kenapa Nazri tak datang bila Maknya panggil? Tak menyahut pun
8. Topik dalam video, 1st video mak Khairuddin kata how she wish ada webcam when he was small and start talking about tadika punya play "Bangau oh Bangau" - tapi boleh ke rakam guna webcam kalau ada pun?
9. Webcam dia best, sebab gambar lawa. Atau maybe aku dah ketinggalan zaman. Webcam aku tak selawa itu quality videonya. 

Jadi aku sampai sekarang ni masih tak percaya sama ada video ini benar-benar dari seorang mak kepada Mohd Khairuddin. Aku rasa video ini will lead to some drama, or maybe campaign ads dari certain advertiser. Macam kes TM dengan Bunkface tu. Ingat tak? Mystery song that leads to the Video Clip?
Hopefully next video (kalau ada) letaklah gambar Mohd Khairuddin, dan let the whole family join the video.

Yes, aku berjaya tulis satu entri di hujung minggu. Ini sekadar pandangan skeptikal aku. Entah-entah aku tertinggal bas, mungkin this IS an advertorial campaign? Hahaha. Apa pun, kalau betul ini mak Mohd Khairuddin, then tabik lah..sporting habis.

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

5 feedbacks:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ads campaign kot~

kih3!

din said...

sporting yer mak khairudin niii
mak zaman skrg dah pandai main webcam.. aku pun x reti sgt

baca blog terbaru di sini
dan outdoor blog

Lily said...

Ni Iklan ja.. Sha nampak iklan dia kat banner IMVU (:

Jard The Great said...

siapakah itu?

huhu.. aku lagi ketinggalan bas kot

mydeardolphin said...

its actually an ads campaign for alliance bank you:nique prepaid card. dlm youtube ade balasan from mohd khairuddin himself. or maybe u can log on to this web www.mohdkhairuddin.com

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails