Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-53!

Photobucket
ihsan carian google
1Malaysia Menjana Transformasi, itulah motto sambutan kemerdekaan ke-53 tahun ini. Kali ini perarakan sambutan peringkat kebangsaan diadakan buat pertama kali dalam stadium tertutup di Bukit Jalil. Eloklah dalam bulan ramadan ini, tidaklah berpanas di Dataran Merdeka dan sebagainya. Aku sempat tonton di TV pagi tadi. Memang mengkagumkan. Aku "salute" dengan persembahan menarik semua yang terlibat. Mungkin lebih hebat kalau dapat bersama menghadirkan diri di stadium itu. Peluang menarik bagi peminat fotografi macam aku. For sure dapat merakam banyak foto-foto yang menarik dan berwarna-warni.

Walaupun di ambang sambutan kemerdekaan ini kita dihidangkan dengan anasir-anasir jahat yang cuba menggugat keharmonian Malaysia, namun tidak memberi kesan kepada semangat yang sudah sedia ada dalam diri rakyat Malaysia. 

Harapan aku ialah melihat Malaysia lebih matured dari segi politiknya, ekonomi, keselamatan dan pembangunan. Ahli-ahli politik tak kira kerajaan atau pembangkang sepatutnya fokus kepada pembangunan bukan isu-isu remeh. Kalau hari-hari kerja mengutuk orang dalam ceramah, bila masa nak berkhidmat untuk rakyat? Sepatutnya mereka berdebat tentang kerja, bukan tentang masalah peribadi. Bila dah fokus tentang kerja, barulah boleh lihat pembangunan yang ketara.

Semoga 1Malaysia benar-benar menjana transformasi kepada kita semua. Selamat Hari Merdeka!


Photobucket

Thursday, May 27, 2010

PROTON 25 Years - SAGA Snap & Win Contest! RM25,000 untuk dimenangi

Proton bakal menyambut ulang tahun ke-25 Julai ini
source : paultan.org

Ingin memenangi wang tunai RM25,000?? Minat mengambil gambar? Hobi anda photography? Haa ini peluang korang. Jom sama-sama sertai pertandingan SAGA Snap & Win PROTON, bersempena dengan ulangtahun ke-25 Perusahaan Otomobil Nasional Berhad itu. Waa aku cukup teruja. Terutamanya bila ada contest yang melibatkan fotografi. Aku pasti nak turut serta!

Jadi kepada siapa yang masih memiliki kenderaan PROTON SAGA versi lama (mitsu fiore), Iswara, dan juga pemilik PROTON SAGA (2008) baru, anda patut turut serta. Syarat-syaratnya mudah sekali dan tak perlu menjadi fotografer professional. Yang penting mesej itu sampai.

Sementara itu, jom tonton video khas sempena sejarah PROTON SAGA (25 tahun PROTON)


Jangan lupa layari laman web ini!

Teruskan membaca untuk syarat-syarat pertandingan

Sunday, March 21, 2010

Aku Rela Beli Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Jumlah Wang Itu


KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan.

Satu Soalan. Berbaloikah?

Sebab :
1. Yang membawa kita dari A ke B ialah Kenderaan itu sendiri, bukan No Plet
2. Gunalah nombor plet apa sekalipun, kalau eksiden ia akan patah dulu dan nyawa anda mungkin melayang
3. Gunalah nombor plet apa sekalipun, kalau bukan jodoh kamu awek hot itu takkan minat dengan kau.

Setuju?

p/s : mungkin duit lebih dari blogging kut? tak tahu nak buat apa, beli nombor plet mahal-mahal..haha

Thursday, March 18, 2010

Cuba Dengar Walau Sekali Dan Hayati Liriknya

Mungkin ada yang sudah tahu tentang lagu ini. Bagi yang belum mendengar, cuba layan sekali. Dengar dan selami maksud liriknya.


Friday, March 5, 2010

(TERKINI) Anuar Manan Menangi Peringkat ke-5 LTdL

(gambar dari Google images)


Tahniah kepada pelumba basikal negara, Anuar Manan apabila berjaya menyarung jersi biru dan hijau dalam perlumbaan peringkat ke-5 Le Tour de Langkawi hari ini. Mewakili pasukan Guemsan Ginseng Asia dari Korea Selatan, Anuar memenangi perlumbaan sejauh 111.5km dari Muar ke Port Dickson.

Untuk info, jersey Biru adalah untuk Pelumba Terbaik Asia dan jersey Hijau untuk Raja Pecut. Ini kali pertama pelumba basikal dari negara memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi sejak diperkenalkan 15 tahun lepas.


Tahniah Anuar Manan!! Malaysia Boleh!

Info berikut dipetik dari laman rasmi LTdL 2010

5th Stage
DATE : 5th March 2010
TOTAL DISTANCE : 111.5 km
MUAR-PORT DICKSON
START LOCATION : DATARAN TANJUNG EMAS, Muar, Jalan Petri
FINISH LOCATION : DATARAN SERI KEMANG, Port Dickson
START TIME : 0900 Hrs
ESTIMATED FINISH TIME : 1130 HRS (FAST SCHEDULE)
NEUTRALISED SECTION : 6 km

Keputusan Peringkat Ke-5
1st.  (102) MAS : Manan,Anuar  2h23'11"
2nd.  (2) ESP : Celis,Vidal  2h23'11"
3rd.  (22) AUT :  Haselbacher,René  2h23'11"

SOURCE : Le Tour de Langkawi 2010

Thursday, February 25, 2010

Alangkah Indahnya Begini..

(gambar dari Iklan TM - CNY)


Kalau semua dapat berkongsi meja, bergelak ketawa, makan bersama tanpa ada perasaan ragu-ragu. Tiada PSP di meja makan, tiada "facebook mobile" tapi makan bersama. Berbeza bangsa, berbeza agama namun boleh bersama-sama makan.

Bagus iklan dari TM ni. Apatah lagi dalam keadaan politik yang tidak sihat sekarang. Cuba tenang seketika, dan renung balik bagaimana kita boleh sampai ke tahap sekarang.

"Perpaduan asas Kemajuan" - Tak gitu yang kita belajar di sekolah dulu?



p/s : Teringat karya-karya arwah Yasmin.

Related Posts with Thumbnails