Showing posts with label Local. Show all posts
Showing posts with label Local. Show all posts

Monday, March 15, 2010

Kalau Sudah Diragui, Kenapa Tiada Tindakan Selanjutnya?

Dah banyak sangat Kopitiam..naik bosan pun ada
(photo dari Google)

KUALA LUMPUR 14 Mac – Umat Islam diminta menggunakan kuasa pengguna dengan mengelakkan diri daripada mengunjungi kedai kopi atau kopitiam yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, umat Islam harus sedar ketiadaan sijil halal Jakim akan mendedahkan mereka untuk makan atau minum bahan-bahan yang tidak dapat dipastikan, sama ada ia halal atau sebaliknya.
Sudah banyak kali aku lihat laporan berita mengenai status halal kopitiam di Malaysia. Sejak setahun lalu, bilangan kopitiam di Malaysia makin bertambah. Di Perak sendiri, macam cendawan tumbuh. Pusing sini ada kopitiam, pusing sana pun ada kopitiam. Pada awalnya, mungkin "culture shock" pada aku juga, sebab teruja melepak minum kopi dan makan roti bakar bersama kawan-kawan. Tapi lama kelamaan, naik bosan pun ada. Tambah lagi bila isu begini jadi panas.

Tapi kalau sudah tahu status mereka kurang jelas, dan tiada sijil halal, kenapa mereka boleh berluasa? Walaupun isu ini timbul, namun tetap wujud kopitiam-kopitiam baru. Tengok nama pun sudah boleh diragui. Belum tengok tukang masak dan pelayannya lagi.

Sampai bila Pihak Berkuasa sekadar mengeluarkan kenyataan di akhbar saja? Kalau betul-betul risaukan kami rakyat beragama Islam, jalankan tugas segera. Periksa semua premis, pastikan mereka mendapat sijil halal. Supaya kami senang hati minum dan makan di sana.

Semakan senarai terkini pengesahan sijil halal Jakim di www.halal.gov.my mendapati jumlah kopitiam yang mempunyai sijil halal di negara ini masih kekal dua iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd., dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Tempoh sah sijil halal Pak Hailam Kopitiam sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh memaksa setiap kopitiam mendapatkan sijil halal Jakim kerana ketiadaan undang-undang untuk menguatkuasakannya.

Kalau hanya dua diberi sijil halal, sudah sah yang lain-lain itu tidak halal. Ada setengah kopitiam juga menjual noodle, atau mee yang tak halal. Jadi bila pihak berkuasa berdiam diri?

Nak kena buat Aduan Rakyat baru nak jalan kerja???

Saturday, December 12, 2009

Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa Pengantin Baru Nikah 3 Jam!

Jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Siapa sangka pengantin yang baru saja selesai akad nikah meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku hanya 4 jam selepas bergelar suami. Tidak dapat dibayangkan perasaan pasangannya yang baru bergelar isteri, bila mendapat berita tentang kejadian tersebut.

Menurut laporan dari Kosmo, lokasi kemalangan hanya beberapa kilometer dari rumah mangsa. Untuk maklumat lanjut, sila baca petikan dari kosmo di bawah.

Takziah dan Al-fatihah untuk mereka semua.



PADANG BESAR - Cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan semalam.

Mohd. Ariff, 23, maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas membawa 27 penumpang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 1 petang.

Turut terkorban, ibu dan bapa Mohd. Ariff iaitu Habsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 53, serta jurugambar pada majlis akad nikah Mohd. Ariff, Mohd. Farhan Musa, 18.

Keempat-empat mangsa itu terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Ab. Kadir. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas sekolah yang dijadikan bas persiaran itu tidak cedera.

Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer.

SOURCE : KOSMO

Related Posts with Thumbnails