Thursday, February 25, 2010

Tak Sabar itu Bukan Separuh dari Iman


Betul, tak sabar itu bukan separuh dari Iman. Sebab itu ustaz kata "Sabar itu separuh dari Iman" (suara bergema sikit). Apa cerita sabar tak sabar ni? Bukan apa, aku teruja bila membaca tentang berita kereta Lotus Evora ini akan dijual di Malaysia tak lama lagi. Sebagai peminat kereta, sudah tentu aku teruja nak tengok kereta buatan syarikat kepunyaan PROTON ini. Walaupun aku di dalam golongan rakyat Malaysia yang tidak mampu memiliki sebuah kereta sukan (sports car) begini, namun tidak mustahil aku menang pertandingan memancing, lari dalam guni atau mungkin Nuffnang buat blog contest hadiah LOTUS Evora ke? Ada rezeki boleh menang ape? Macam kawan kita yang baru menang TV nih. Dia dapat TV, tapi aku dapat Evora..haaa amacam??

Nabil jawab senang jek, "Lu Mimpi lah sendiri! Terima kasey! Assalamualaikom!"
eh mimpi pun ada ke?

p/s: Nak tulis pasal PROTON dan Geneva Motorshow pulak la kut..

SOURCE : Paultan.org

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails