Tuesday, August 17, 2010

Peluang Jumpa Imam Muda Asyraf

Photobucket

Salam 1Malaysia. Sudahkah korang baca niat puasa? Sahur ok tak?

Tajuk entri ini macam aku buat contest pula kan? Tapi sebenarnya aku yang berpeluang jumpa Imam Muda Asyraf hari ini. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, hari ini tempat kerja aku anjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih perdana seperti yang selalu dilakukan setiap tahun di bulan Ramadhan. Kali ini Imam muda Asyraf turut dijemput untuk memberi ceramah. Solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih pula akan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sultan Salahudddin Abdul Aziz Shah, YBhg Ustaz Ahmad Mustaffa b Mohd Sidin. Semalam baru dengar tazkirah dari Ustaz Ahmad tentang Al-Quran, memang best.

Apapun, sangat teruja nak dengar Ustaz Asyraf memberi tazkirah dan berceramah nanti. Dengarnya tahun ini dijangka lebih ramai hadir dari tahun sebelumnya. Mungkin faktor pengaruh Imam Muda Asyraf menjadi tarikan kepada semua untuk hadir malam ini. Alhamdulillah, itu mungkin satu perkembangan yang baik. Harap-harap kita dapat sesuatu dari majlis ilmu ini. InsyaAllah


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

4 feedbacks:

Anonymous said...

wah..untungya dpt dgr live crmh IM asyraf

azieazah said...

Niat kerana Allah yerrr...:)

tapi peluang bersama dgn seorang Imam yang bagus lagi berkualiti, sesuatu yang sangat indah. Mesti best dengar ceramah dia nanti.

FTN said...

betul tu kak azie, harap-harap jumlah hadirin bertambah kerana nak dengar ilmu, bukan nak tengok imam muda.

maslinamansor said...

Hensem... hehehe
*melencong jap

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails