Showing posts with label Model Gantian Waja. Show all posts
Showing posts with label Model Gantian Waja. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

New PROTON INSPIRA Launched! 2.0P RM91,999!

Photobucket
gambar kredit to Paultan.org

TERBAEKKK!
Itu komen yang aku dengar bila tengok gambar PROTON Inspira. Akhirnya ia dilancarkan juga hari ini di Centre of Excellence, PROTON EDAR setelah sekian lama menanti. Walaupun semua sedia maklum kereta itu sudah ada di Malaysia sebagai Mitsubishi Lancer GT, tetapi masih ramai yang teruja nak melihat sendiri kereta hasil keluaran kilang PROTON di Shah Alam itu. Ramai yang masih skeptikal dengan produk buatan Malaysia. Ramai yang masih berpegang kepada dakyah yang PROTON tak mampu keluarkan kereta berkualiti, power window problem dan sebagainya.

Tapi terus terang aku katakan, sejak model PERSONA, semua mimpi ngeri dulu sudah berkurangan dengan signifikan sekali. Kali ini PROTON melancarkan satu lagi model barunya iaitu PROTON INSPIRA. Model yang dipasang berdasarkan Mitsubishi Lancer GT. Satu usahasama dengan syarikat automotif Jepun yang pernah dulu menjadi mentor kepada PROTON. Walaupun terdapat kritikan tentang projek rebadge engineering ini, even dari pak Menteri kita (ingat lagi komen Bung) namun sambutan yang diterima amatlah baik.

Kalau tak silap tempahan INSPIRA sebelum majlis perlancaran pagi tadi sudah pun mencapai 1800+. Tahniah kepada PROTON atas kejayaan melancarkan satu lagi model dalam line-up produk mereka. Komen dari journalist automotif dan juga daripada MMC Japan memberi respon positif. Masing-masing mengakui terdapat perbezaan handling jika dibandingkan dengan Mitsubishi Lancer GT.

Nanti kita cerita panjang lebar tentang PROTON INSPIRA. Untuk rujukan, ini harga bagi 3 variant kereta tersebut :

Harga PROTON INSPIRA
1.8 M/T - RM78,999
1.8 CVT - RM84,999
2.0 CVT - RM91,999

Maklumat lanjut boleh refer laman web khas PROTON INSPIRA

Nota Spare Tyre :
Minggu ni memang minggu yang baik untuk PROTON. Pertama ialah kejayaan team PROTON R3 Rally di APRC 2010 apabila menamatkan pusingan Rally China dengan kejayaan tempat 1 dan 2. Dan kejayaan kedua apabila PROTON EXORA Hybrid memenangi anugerah "Best Range Extender EV" di Royal Automobile Club (RAC) Future Car Challenge di London.

Tahniah PROTON!

Friday, October 15, 2010

Dah Boleh Start Booking PROTON INSPIRA Mulai Hari Ini! : Price from RM79k onwards

Previously on FTN:
1. Model Gantian Waja : RM75,000 ~ RM100,000
2. Model Gantian Waja Semakin Dinanti-nanti
3. What "Badge Engineering" Means in The Automotive Industry

Sembang pasal kereta memang seronok. Jadi pagi-pagi lagi hari ini dalam suratkhabar, dalam MHI dah melaporkan tentang model terbaru PROTON yang memang dinanti-nanti ramai. Model gantian Waja yang berasaskan model Mitsubishi Lancer tu. Ah, aku rasa ramai dah tahu pun. Informasi tersebar luas di laman blog automotif Malaysia nih.

Dalam UTUSAN 13 Oct menyebut :
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Ah dah cukup hint dah tu.

Officially, price offered will be starting from RM79,xxx onwards (bukan RM75k). That should be for the 1.8L Manual variant. Normally the price difference between manual and auto(cvt) is around RM5k. Jadi, anggaran harga 1.8L CVT should be RM85k. So the highest spec 2.0L CVT with paddle shifter should be around RM90k-RM95k. All in all, it must be below RM100k. Dan itu sudah RM20k lebih murah dari model Mitsubishi Lancer 2.0GT. Menarik!

Stiker hitam dijual berasingan!

Photobucket
White looks nice, nak kasi hitam roof sikit!


Photobucket
First thing, tukar tayar and rim 17inch!

Ini interior Lancer tau! (tapi obviously sama lah)


Dah boleh start booking from 14th Oct onwards. Booking fee is RM1000.
Nama apa? alaah read on!


Photobucket
Ok Fine, confirm it's Proton INSPIRA



SOURCE : pelbagai gambar entri ini berpunca dari carian google tau. tqvm

Friday, August 27, 2010

Model Gantian Waja : RM75,000 ~ RM100,000

Ini baru betul "spyshot" beradab. Sumber dari Paultan.org

Sebelum ini aku dah pernah post entri tentang Model Gantian Waja yang semakin dinanti-nanti. Dalam laporan akhbar hari ini, Pengarah Urusan PROTON Holdings, Datuk Syed Zainal berkata Model Gantian Waja akan mengekalkan 95% reka bentuk asal Mitsubishi Lancer GT terutamanya bahagian dalaman. Ini bermakna 5% lagi merupakan minor facelift pada bahagian front bumper dan rear bumper seperti yang dirakamkan dalam spyshot sebelum ini. Yang mana kawasan terbabit saja dilitupi camouflage hitam (seperti gambar di atas)

Mengenai harga kereta tersebut pula, PROTON dijangka menawarkan harga antara RM75,000 dan kurang RM100,000 untuk model 1.8L dan 2.0L. Bermakna akan ada perbezaan harga antara Model Mitsubishi Lancer GT 2.0L (CBU dari Japan) sekarang sebanyak lebih kurang RM20,000. Tambahan lagi sebelum ini Mitsubishi tidak menawarkan variant 1.8L, maka ini satu peluang kepada peminat kereta untuk memiliki kereta berasaskan model Lancer pada harga yang murah.  

Memandangkan reka bentuk dalaman yang tidak banyak berubah, jadi rasanya kita boleh rujuk kepada gambar-gambar Mitsubishi Lancer GT yang sedia ada di jalan raya Malaysia. Cuma perlu gantikan logo 3 diamonds Mitsubishi kepada logo Harimau PROTON.

Photobucket
Paddle Shifter untuk model 2.0L


Photobucket
Dashboard Lancer GT


Photobucket
Ruang tempat duduk belakang


Aku tak pasti sama ada korang teruja atau tidak, tapi personally aku sangat berminat nak beli kereta ini. Kena mula menabung. Hehe. Tapi Datuk Syed juga ada mention yang satu model Facelift akan dilancarkan ketika KL Motorshow (KLIMS 2010) bulan Disember nanti. Mungkinkah ia model Saga Facelift?

sumber dari Berita Harian

Wednesday, August 4, 2010

What "Badge Engineering" Means in The Automotive Industry

Good Morning, Salam to all! Entri kali ini bermula dengan satu petikan komen di blog automotif terkenal Malaysia iaitu Paultan.org. Ini ada antara komen yang muncul di entri Paultan mengenai gambaran Waja Replacement Model hasil Theopilus Chin seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini. Lebih-lebih lagi apabila Buletin Utama TV3 semalam, melaporkan tentang kehadiran kereta testing model itu di jalan raya Malaysia.

Antara komen-komen "bernas" terpilih :

i bet Proton will do what they are pro – ruin the good thing
ruin the engine, ruin the interior & exterior design, ruin the safety, ruin the features, ruin the price, and eventually, screwed up Malaysian.
25 years Proton been good at ruin things, 2010 won’t be the exception, not even Mitsubishi offered such good platform, architecture & engineering.
shame on you, Proton. - LauCN

why can’t proton design their own car. i mean.. seriously .. dun tell me proton holdings have not even a single person in their company to say : hey, we are bigger in sales compared to Mitsubishi.. time for us to beat them..

dont you proton holdings think that as a driver, we don’t want a car to be similar lookings to a lancer yet less powerful and equipped ?????????????

came on… 25 years man!!! and you are still buying design… seriously ????????? - Noob
Ramai yang menggunakan kesempatan sambutan 25 tahun PROTON sebagai asas komentar mereka. Apakah kehadiran model ini disebabkan PROTON ketandusan designers dan idea untuk model baru? Berdasarkan laporan berita, dan maklumat di blog-blog automotif yang aku baca projek ini adalah satu kerjasama antara PROTON dan Mitsubishi, dan model ini adalah salah satu "badge engineering". Ia merupakan satu automotive term yang biasa digunakan oleh banyak syarikat automotif antarabangsa seperti Volkswagen, FORD, Mazda, Toyota, Subaru dan banyak lagi termasuklah Perodua

Dipetik dari laman wikipedia.org
Badge engineering is a term that describes the rebadging (that is, the replacement of the branding trademark) of one product (especially cars) as another. Due to the high cost of designing and engineering a totally new model, or establishing a new brand (which may take many years to gain acceptance), it is often more cost-effective to rebadge a single product multiple times.

Monday, August 2, 2010

Model Gantian Waja Semakin Dinanti-nanti

Ini baru betul "spyshot" beradab. Sumber dari Paultan.org

Salam 1Malaysia, 2August. Setelah seharian tidak berblogging. Hari ini aku kembali lagi dalam bulan yang baru. Bulan yang penuh bermakna bagi aku, kerana banyak tarikh penting berlaku dalam bulan ini.

Kembali pada topik asal, minggu lepas laman blog automotif kecoh apabila gambar kereta Model Gantian Waja yang bakal dikeluarkan di kilang PROTON yang berdasarkan model Mitsubishi Lancer terbocor akibat tindakan seseorang yang menangkap gambar di KLIA. Bukan sekadar gambar luaran, tetapi sampai interior pun habis dicerobohi (terma yang sesuai sebab kereta itu sudah pasti bukan miliknya). Walaupun peminat automotif gembira dengan kewujudan gambar-gambar "spyshot" itu, tetapi secara personal aku rasa itu bukan cara yang betul.

Apa pun, hari ini ada satu lagi "spyshot" kereta tersebut yang sedang menjalani ujian road test di Pulau Pinang. Basicly semua orang tahu ia model "rebadge" Mitsubishi Lancer. Dan berdasarkan laporan akhbar dan info lain, ianya adalah usahasama PROTON dengan Mitsubishi, di mana Mitsubishi membenarkan PROTON menggunakan model itu sebagai satu model PROTON. Ini bukan bermakna PROTON sudah ketandusan idea, tetapi pendapat aku ia sekadar mengisi gap between line-up model PROTON sementara menanti kemunculan EXORA Turbo, dan khususnya Persona Replacement.

Mungkin inilah wajahnya nanti dengan Grille trademark PROTON
gambaran Model Gantian Waja dari Theophilus Chin
sumber dari Paultan.org

Sebelum ada komen mengatakan PROTON ketandusan idea atau sebagainya, rasanya elok aku tekankan di sini seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ini adalah satu business strategy antara PROTON dan Mitsubishi. Proton masih ada aktif model running seperti Saga, Persona Enhancement, Exora.

p/s : agaknya apakah nama yang bakal diberikan kepada Model baru ini? nampak lebih ke arah family car berbanding Mitsubishi Lancer GT yang lebih sporty..setuju?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Related Posts with Thumbnails