Showing posts with label Maher Zain Music. Show all posts
Showing posts with label Maher Zain Music. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Takkan Paramore je, Maher Zain Pun Nak Juga! Live in Malaysia!!

Photobucket
Poster Maher Zain : SAVE the SOUL Showcase

Yaaa, penyanyi nasyid yang popular sekarang ni Maher Zain akan mengadakan showcase khas di Malaysia bulan depan!! Lokasi di Auditorium MBSA Shah Alam, pada 14 dan 15 Oktober. Aku sedang merancang nak pergi sebab dekat je dengan rumah. Teringin juga nak tengok Maher Zain in person. Hari-hari layan album "Thank You Allah" dalam kereta. Serius gangster tak bosan.

Kalau ada yang berminat nak pergi, sila call nombor-nombor di bawah. Aku pun belum sempat lagi nak call. Tengah plan dengan kawan-kawan yang nak pergi sekali.

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)
2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)
3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)

Harga tiket : RM70, RM100, RM150, RM200

InsyaAllah aku pergi!

SOURCE : Raudhatus Sakinah

Wednesday, August 25, 2010

Maher Zain - Thank You Allah

Photobucket

Aku jarang beli CD audio original. In fact sudah bertahun tak beli. Baru-baru aku beli CD Faizal Tahir - Adrenalin. Sebab berbaloi beli yang original. Lagipun namanya Faizal. Aku support orang nama Faizal nih. Haha

Minggu lepas, aku tambah koleksi CD original dalam kereta aku kepada 2. Kali ini muzik yang cukup menenangkan. Maher Zain - Thank You Allah. Aku mula meminati lagunya lepas menonton video clip "The Chosen One" di Youtube. Berulang kali aku dengar, tak membosankan lansung. Kemudian aku dengar lagu "Insha Allah", yang mana videonya di Youtube sudah mencecah lebih 1 juta viewers. Kebetulan masa aku di PKNS sabtu lepas, aku lalu satu kedai CD yang tertera poster Maher Zain. Jadi tanpa fikir panjang, aku terus masuk dan beli CD, harga RM27. Rupanya dah lama dijual di Malaysia. Aku je yang tak tahu.

Personally, aku rasa tak rugi lansung RM27 tu. His voice, his music is just hard to resist. No wonder tahun ni banyak program TV sempena Ramadan guna lagu dari Maher Zain.

Related Posts with Thumbnails