Wednesday, August 4, 2010

Kecil-kecil Sudah Pandai Curi Pasir


Kecik-kecik dah pandai curi pasir, bila besar lagilah pandai curi pasir. Hahaha Harun Salim Bachik. Kes curi pasir tak habis-habis lagi. Pakai gangster lah, itu lah. Macam-macam hal. Sampai bila kes curi pasir nak selesai? Nampak kesannya pada alam sekitar teruk sekali. Yang mencuri mungkin sudah kaya, tapi yang lain-lain ini apa kesannya? Tanah runtuh dan sebagainya mungkin ada kaitan dengan kes curi pasir, bila tanah sudah berlubang.

Aku tengok pihak berkuasa dah macam tak ada kuasa nak selesaikan kes ini. Kalau dah terang-terangan ia berlaku secara haram, sepatutnya tindakan serta-merta perlu diambil. Kenapa biarkan saja dan sekadar melaporkan di akhbar? Buat laporan polis punya lah banyak. Tapi realitinya ia tetap berlaku.

In the end, ia semuanya politik. Tak kira parti apa pun. Bila dah main duit, semuanya sama.

2 feedbacks:

Unknown said...

biasalah tu..malaysia..semua benda jadi,dia tutup mata je..buat-buat tak nampak..

diraja22 said...

buat tempat takungan air tak..

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails