Monday, August 16, 2010

Entri Sesudah Sahur : Pakej Berbuka Puasa Semalam

Pakej berbuka? Ingat aku berbuka di Hotel ke. Oh tidak sama sekali.

Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berpuasa. Sekejap saja masa berlalu kan? Semalam aku seperti biasa berbuka di rumah. Tiada menu yang luar biasa. Tahun ini nafsu makan aku tidak serakus kalau dibandingkan tahun lepas. Dapat juga aku kurangkan pembaziran.

Juadah berbuka semalam simple saja. Kueh Teow goreng yang sedap dan didahulukan dengan kuih-muih seperti di bawah. Seperti biasa, kuih kegemaran yang tak jemu-jemu aku jamah ialah Tepung Pelita (bukan Kuih Tako tau). Semalam berjaya juga beli di gerai kegemaran sebelum "sold out". Sebab keluar membeli awal sebelum hujan turun (lebih kurang sebelum pukul 5pm).

Ditambah pula kuih kegemaran isteri iaitu Kuih Keria, dan Kuih Cara. Beli tak perlu banyak, sebab sekadar nak merasa je. 

Photobucket
Pelakon utama (dari kiri) : Tepung Pelita, Kuih Cara, 
Kuih Cara Berlauk, Kuih Keria

Tepung Pelita sejenis kuih lembut dalam bekas daun pisang. Popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.
Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijai di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. ejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.

Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair).

Kuih Cara merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan. Doh tersebut kemudiannya dicampurkan dengan santan dan dikacau agar tidak berketul. Kemudian ia dimasukkan kedalam acuan dan dimasak.

Kuih Cara Berlauk merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dengan inti daging. Cara membuatnya mencerupai kuih cara tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya. Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan. Bagaimanapun inti daging pada bahagian atas ini menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Kuih cara berlauk tidak tahan disimpan pada suhu bilik, dan hanya tahan 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.

SOURCE : wikipedia.org
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

1 feedbacks:

azieazah said...

Hmmm.. semua kuih tu saya pun minat gak, tapi cuma Tepung Pelita jer tak pandai buat... yg lain tu insyaAllah.

Memang elok beli ala kadar sekadar nak rasa, bukan nak jamu tekak jer.

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails