Monday, August 23, 2010

Entri Selepas Sahur : Tahukah Anda..

Photobucket
photo source here
  1. Bahawa seorang penganut Yahudi boleh berpindah ke Israel, tetapi seorang rakyat Palestin yang merupakan pribumi dinafikan hak untuk bermastautin di Israel?
  2. Bahawa penduduk Palestin memerlukan VISA daripada pihak Israel untuk bergerak dari bandar ke bandar di dalam negaranya sendiri?
  3. Bahawa pihak Israel memperuntukkan 85% daripada sumber air kepada orang Yahudi manakala 15% yang lain dibahagikan kepada orang Palestin?
  4. Bahawa mantan Perdana Menteri Ariel Sharon disabitkan dengan pembunuhan beramai-ramai sejumlah 2750 orang Palestin di Kem Pelarian di Shabra dan Shatila? PBB mewajarkan pembunuhan beramai-ramai oleh Sharon sebagai genosid, iaitu penghapusan bangsa.
  5. Bahawa seramai 5 juta daripada 8 juta penduduk Palestin merupakan pelarian, yang menjadikan mereka pelarian yang terbesar di dunia?

Photobucket
photo source here

Maklumat ini sebenarnya terkandung dalam risalah yang aku perolehi di pasar tani Shah Alam semalam. Di berikan kepada aku oleh wakil daripada COMPLETE (Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians) iaitu sebuah gabungan NGO yang bertujuan membawa keadilan bagi Palestin di kacamata rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Seperti yang disarankan dalam risalah itu, peranan kita ialah untuk menyebarkan maklumat mengenai perkara yang berlaku di Palestin kepada semua menerusi apa saja termasuklah Facebook, Blog, Email dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website Complete di www.completemalaysia.com

p/s : ini saja cara yang aku mampu untuk turut serta sebarkan tentang penderitaan Palestin. Tak sabar nak tahu perkembangan gerakan Freedom Flotilla Kedua ke Gaza selepas Ramadan nanti 

3 feedbacks:

azieazah said...

Sungguh sadis kehidupan mereka itu. Diperlaku tidak adil.

Semoga mendapat pembelaan dan keadilan, wpun sangat perit.

Hellioz said...

sadis...

ザ-sylver- S said...

uish..
thanx for sharing ftw

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails