take care now, bye-bye then!
Monday, May 30, 2011
Saturday, May 28, 2011
Biar Betul Weh. Ini Video Ajak Menari ke Bromen?
Aduh, terkedu seribu bahasa bila ada member letak kat Facebook video clip ni. Nama penyanyi Prema Yin, macam pernah lihat live kat tv rancangan MHI ke 8TV Quickie kut. Ntah tak ingat. Tapi yang aku ingat dia menyanyi lagu english memang sedap. Tapi kau orang jangan terkesima dengan video clip satu lagu melayu dia ni. Directed by pelakon/model Gambit Saifullah.
Bukan nak kata lah kan, kualiti video memang cantik tapi content dia memang memang memang tak sesuai lansung dengan budaya kita. Aku tak tau la kut kut ini yang dikatakan "SENI". Sebab aku tak belajar jurusan tu. Tapi kalau lakonan dalam clip macam tak sejajar dengan lagu dan penuh dengan adegan ala-ala "mat saleh", aku rasa lain macam lah. Tarian pun honestly kelakar weh. Macamana tergamak buat storyline macam ni hah? Dan how come Prema Yin sanggup menari dengan undies lepas tu atas katil, lepas tu ending macam nak "eh eh" je dengan Shah Jazle, yang sebutan bunyinya macam Jazel tu.
Aku nak embed video pun macam segan ah. Aku letak a few screencaps je. Kalau korang nak sangat tengok, pegi lah search kat Youtube. Aku rasa local TV pun tak tentu tayang..kalau keluar RTM memang aku tabik spring ah
Kenapa kena ada unsur "seksual" dalam video clip lagu artis tempatan eh? Is that the only way to sell the song? Or sebab tajuknya Marilah ehem ehem gitu? Looking foward to read others views and opinion on this issue. What do you guys feel after watching the clip?
*all pics are screencaps from "Marilah" Video Clip
Friday, May 27, 2011
Ni Baru Betul Jalan Puaka (Video Boleh Bikin Kecut Perut)
Uihhh tak berani weh aku. Ini macam menempah maut je. Jalan yang lurus dan benar pun boleh accident, apatah lagi jalan tepi gunung lepas tu bawak lori gedabak macam tu! Tapi apa boleh buat..itu lah rezeki mereka. Kalau takde diorang ni, sapa nak bawak lori kan?
Tapi...horror kan?
Sinopsis Filem Songlap, ada Shaheizy Sam lagi!
Ini aku jumpa trailer filem terbaru lakonan superstar wonder boy paling pophulerr sekarang, Shaheizy Sam anak mami. Tahun ini mungkin tahun Shaheizy Sam lah. Filem Kongsi (masih ditayangkan) entah dah berapa juta-juta dah. 1st day dah RM1 juta, seminggu dah dekat RM7 juta. Juta-juta lemon la untung David Teo lagi. So this time "Songlap" dari Grand Brilliance dan Red Films. Red Films ni pernah hasilkan "Pisau Cukur", "Kami" dan "Gol dan Gincu". Tengok trailer macam menarik, kualiti gambar pun macam HDSLR lah. Tu yang aku nak share nih. Oh selain Shaheizy, Shafie Naswip dan Sara Ali pun ada. Dua-dua budak ni berlakon gak dalam Nur Kasih The Movie.
Layan dulu trailer gempak "Songlap", pastu sinopsis filem.
Layan dulu trailer gempak "Songlap", pastu sinopsis filem.
Sinopsis filem, dipetik dari Facebook fanpage "Songlap"
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?
Thursday, May 26, 2011
PROTON SAGA FL versi 1.6L Dilancarkan : Better Power To Weight Ratio!
Semalam PROTON menambah satu lagi variant dalam keluarga SAGA dengan pelancaran model SAGA Facelift versi 1.6L Executive. Ini ialah satu minor powertrain improvement untuk memenuhi permintaan ramai yang inginkan lebih kuasa dan better performance dari PROTON SAGA. Harga yang ditawarkan ialah RM46,549 dan hanya dikeluarkan dalam transmisi 4-AT serta warna Solid White. Untuk membezakan dengan PROTON SAGA Facelift versi 1.3L, kereta ini diberikan sport rim versi pre-facelift SAGA SE dan body sticker. Dari segi interior, chrome finishing (color) pada aircond outlet yang sama digunakan seperti pre-facelift SAGA SE sebelum ini.
Satu lagi pilihan dalam segmen ini. Apakah ia mampu menggugat jualan PERODUA? Adakah peminat automotif masih mahu memilih kereta kompak untuk pulang ke kampung? Ini bakal menjadi satu persaingan menarik antara PROTON dan PERODUA untuk tahun 2011.
Secara logiknya, better power vs weight boleh memberikan pecutan lebih lancar dan fuel consumption yang lebih baik dari versi 1.3L. Personally aku tak rasa model ini akan cannibalize PROTON Persona, sebab kedua-duanya merupakan segmen yang berlainan dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Apa Kilafairy buat kat sini?
Ni ape kes posing-posing depan kamera ni? Nantikan full entri sedikit masa lagi. Eceh macamlah ada orang kisah ponnn..Apapun special thank to wayangjom.
Dekat #Karak ada 10 Hantu?
Esok satu lagi..haihhh satu lagi filem genre Seram bakal menghantui panggung di Malaysia. Kali ini percubaan sulung daripada salah seorang adik-beradik kreatif KRU iaitu Yusry. Selepas kejayaan Hikayat Merong Mahawangsa, kali ini Yusry kembali dengan filem seram pertama terbitan KRU Studios bertajuk Karak - Laluan Puaka. Bukan mulut puaka macam si lazerrr tu okkeiy? Tak baik tau deknon..
Apa pun, kita tengok macamana sambutan filem ini. Sebab kena bersaing dengan entiti-entiti hebat seperti Nur Kasih, Kongsi dan Pirates Of The Caribbeans. Apapun, tengok dari trailer..filem-filem seram di Malaysia kini semakin berani tampil dengan hantu-hantu lebih ganas dan mencuakkan. CGI yang diorang guna pun nampak hidup. Itu memang trademark KRU dalam filem-filem mereka. Antara penggiat filem yang rajin menggunakan CGI dengan baik sekali.
Apapun, kalau ada masa nanti aku buat sedikit review filem Karak ini. Tak pasal-pasal lepas ni sapa yang nak balik ke pantai timur nanti kawan-kawan cakap..eh eh kau balik kampung lalu jalan puaka eh? LOL
ini bukan hantu. ini makhluk tuhan paling bibir seksi
Labels:
Filem terbaru,
Hantu,
Karak,
Kilafairy,
KRU,
Laluan Puaka,
Lebuhraya Karak,
Seram,
Yusry KRU
Tuesday, May 24, 2011
[VIDEO] EPIC Fail - Kereta Mahal Barrack Obama Buat Gimik
Sebelum ke siaran video EPIC, kita tengok dulu kete mahal nak mampos milik Presiden Obama yang diberi nama glamer "The Beast" #tangandidadamatakeatas
Ini kereta rasmi Presiden Obama. Dibina oleh General Motors, kereta ini berasaskan model Cadillac. Heavily modified untuk keselamatan, kereta ini seberat hampir 8tan! Memang berat macam kete kebal. Sebab itu fuel consumption dia dalam 3.5km/liter jek. Gila babeng. Enjin 6.5liter diesel digunakan untuk gerakkan kete kebal nih.
Ni la rupa kete mahal tu
Sedikit fakta gila babeng kete Obama
Ah duit dia banyak. Duit "rakyat" dia pun banyak. Buat kete mahal-mahal nak mampos pun kalau takleh lepas ramp buat per? Malu siot semua rakyat Dublin tengok. Meh tengok video ni
Eat My Meatballs, Ape Cerita IKEA?
Hola Hola!
Post kedua hari ini. Mari cerita pasal topik kedua hangat di arena twitterjaya iaitu Meatball IKEA. Kepoh hari ini bila baru-baru ini foodcourt IKEA ditutup dengan tampalan notis berikut :
sumber dari google. tak pasti original source.
Kalau baca notis tu, katanya IKEA secara sukarela nak samak peralatan memasak dengan bantuan/tunjuk ajar pihak masjid. Kononnya ini sebagai langkah nak mengelakkan pra-sangka orang ramai bila timbul isu sijil halal untuk salah satu daripada supplier IKEA.
So havoc plak bila dah ada orang start spreading rumours yang ada babi dalam meatballs IKEA. Aku tak salahkan diorang sebab kalau korang google pun, memang recipe orignal meatball IKEA ada mengandungi babi. Orang putih kata pork. Jadi tak salah kalau secara basicnya boleh timbul keraguan dengan apa yang IKEA hidangkan kat sini.
Whatever pun, kalau betul tidak mengandungi babi untuk meatball versi IKEA Malaysia..harap cepat-cepatlah clarify. Kadang-kadang dah letih nak salahkan siapa. JAKIM selalu komplen kata tak cukup anggota nak memantau semua. Kita pun tak pernah ada rasa tanggungjawab nak laporkan awal-awal. Asal ada je kedai makan..makaannn je. Even takde tanda Halal pun..makaaann jugak. Kan?
Harap-harap cepatlah settle. Macam kes Kluang Kopitiam tu. Dakwa kalau sah ada babi. Lepas tu pegi round check skali TGIF, Chillis, Secret Recipe dan semua skali restoran sewaktu dengannya. Oh jangan lupa kedai Mamak sekali. Lepas tu please make an official announcement kat mainstream newspapers kedai mana yang mendapat pengiktirafan sah Halal dari JAKIM. Dan pemantauan kena la berterusan..bukan bermusim Ok?
source : flickr user Lunchbreath
untuk rekod, aku baru sekali membedal meatballs tu. Aku tak rajin ke IKEA macam orang-orang lain. Siap jadikan menu meatball ni weekly diet plak.
Monday, May 23, 2011
Air Asia "Everyone Can Fly, But Not Everyone Can Access Our Server"
Big Sale la konon.
Kalau orang takleh access macamana nak beli tiket? Ape kejadahnya weh. Bila dah taip segala macam details semua, bila tekan butang magik proceed dengan machonya................ ERROOOORRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!
Cuba lagi sekali,
taip segala macam details semua, bila tekan butang magik proceed dengan machonya................ ERROOOORRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!
Aaaahhh...
Cuba lagi sekali,
terus keluar anak-beranak lebah ni
Entah-entah Air Asia ni gila trafik kut. Saje buat sale gempak yang tak berapa nak gempak tu..Lepas tu tunggu trafik datang ke website dia. Hahahaha gila imaginasi tinggi..tapi tak mustahil ye tak..itu kut sumber income dia..wakakaka
Ahhh frust btol..abis satu ofis emo sebab takleh beli tiket Air Asia.
"Now Everyone Can Fly.. but not everyone can access our server"
Sunday, May 22, 2011
Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat
Pertama sekali, mari kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat, 21 Mei 2011. Mereka yang menjadi mangsa merupakan anak-anak yatim, dan penjaga mereka.
Hari ni sepanjang hari aku ke merata tempat. Lansung tak sempat nak menonton berita. Lewat petang tiba-tiba rasa nak check phone, bukak surat khabar online semua dengan headline "Tragedi Tanah Runtuh". Kali ini tragedi menimpa sebuah di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat. Daripada laporan-laporan akhbar/berita yang aku baca, setakat entri ini ditulis 5 orang disahkan maut. 12 orang sudah berjaya diselamatkan. Jumlah mangsa yang tertimbus adalah 24 orang. Bermakna ada lagi 7 orang lagi masih belum diselamatkan.
Tak perlu tulis panjang, kerana laporan terkini boleh disemak di semua akhbar online. Lebih bagus tengok berita 12 malam ini untuk update. Sesungguhnya berita tragedi sebegini memang menyedihkan, apatah lagi bila berlaku kepada golongan anak-anak yatim.
Akhir sekali, harapan aku tiada mana-mana parti politik akan mengambil kesempatan dalam isu ini. Kalau ada YB buat statement-statement cilaka, memang kuajaq. Kejadian sudah berlaku, dan tolonglah siasat puncanya. Khabarnya ada satu construction sedang dijalankan berhampiran dengan rumah anak yatim terbabit. Ditambah dengan cuaca hujan yang berterusan menyebabkan kawasan tepi bukit itu runtuh.
Saturday, May 21, 2011
Budaya Rewang Bersepah-sepah, Orang Gila Naik Teksi
Steady lah Sepah. Aku rasa persembahan paling kelakar untuk Maharaja Lawak minggu ke-8. Bijak guna budaya "Rewang" dalam lawak diorang. Dengan ketiadaan Amir, lebih aman nampaknya studio. Sebab dah takde "silent period" dalam rancangan ni. Tapi ada gak orang marah sebab dah takde "waktu rehat" nak pegi toilet dan sebagainya..haha
Oh R2 sudah diundi masuk seperti jangkaan aku. Dan masuk je terus menyerlah dengan lawak orang gila-gila diorang. Memang Amir should have been voted out earlier instead of R2 dulu. Ini baru Maharaja Lawak. Bagi orang gelak, bukan menyumpah. Haha
Apo Khabar Abang Simbah Asid?
+ + + + + + +
Apa cerita agaknya brader simbah asid tu. Sehari dua ni takda lagi kes terbaru dilaporkan. Except some notty peeps kat twitter spreading rumours. Suka fitnah-fitnah ya korang ni. Belajar dengan siapa tu? Setakat ini masih belum ada tangkapan tetapi difahamkan pihak polis sedang berusaha menjejak penjenayah pyscho terbabit. Kesian polis, tak cukup tangan. Sebab nak kena jaga budak-budak melompat kat jalanraya buat demo..hari-hari nak ada demo. Dalam masjid pun nak demo. Semua polis kena pegi. Kalau tak siapa nak suraikan semua budak-budak yang susah nak paham bahasa tu?
Apa pun, wanita-wanita di Malaysia (khususnya Lembah Klang) masih perlu berjaga-jaga. Pastikan anda alert keadaan sekeliling. Jangan tayang lurah seksi atau pakai skirt 20cm atas paras lutut, sebab itu secara otomatik mengundang ramai penjenayah, bukan saja yang suka curah asid, malah yang bernafsu binatang. "Pakaian cermat, anda selamat."
Friday, May 20, 2011
Dominique Strauss-Kahn Dan Jenayah Seks
Menghadapi tuduhan jenayah seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah hotel mewah sabtu lalu. Seperti biasa akan ada dua pihak menyokong dan tidak. Ada yang mengatakan konspirasi, dan ada yang bersetuju Kahn ialah seorang yang begitu. Tetapi apa yang penting, cara mereka menghadapi kes tersebut.
Kahn memilih untuk tidak menuduh mana-mana pihak. Sebaliknya mengambil langkah letak jawatan dulu dan berikrar akan berjuang untuk membersihkan namanya di mahkamah nanti. Bekas Director IMF itu juga disebut-sebut bakal calon Presiden Perancis.
Pihak pendakwaan dilaporkan sudah melihat rakaman video di hotel yang menunjukkan Kahn meninggalkan bilik dalam keadaan tergesa-gesa. Kahn kemudian ditahan di JFK Airport, sebelum berlepas ke Paris.
Another High-profile case yang bakal menjadi tarikan media dunia. Untuk rekod, pada tahun 2008 Kahn pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mempunyai hubungan sulit dengan Piroska Nagy iaitu isteri kepada seorang ahli ekonomi terkenal.
Sumber : Wikipedia.org
Thursday, May 19, 2011
Demam Nur Kasih sudah bermula! 19 Mei 2011
Okei okei..sila bayangkan ada lagu Nur Kasih di background sambil korang baca entri ni.
Penamat kepada siri drama popular gila babeng di Malaysia, Nur Kasih. Gila kau, drama Nur Kasih tu berapa kali punya repeat weh. Masa bersahur pun ada, masa berbuka pun ada. Dah abis raya pun ada lagi. Tak cukup kat TV, kat tonton pun nak streaming lagi. Lepas tu keluar DVD collection lagi. Kat kedai Ravi pun ada kut. Memang menggila drama ni. Aku pun ntah berapa kali tengok.
Sebelum ini pun aku dah beberapa kali tulis entri pasal Nur Kasih. 1 thing yang aku respect dengan flim ni ialah cinematography. Memang mantap. Lain dari lain. Tak sama dengan flim-flim yang papa sol dan sol KKL KKL Drift! buat. Skill Khabir Bhatia memang sebaris dengan kehebatan arwah Yasmin Ahmad.
Pelakon toksah cite ah. Tiz Zaqyah ado, Fizz Fairuz ado, Remy Ishak ado, Mia Sara pun ado. Pastu ada ramai lagi. Tapi nampak gaya macam
Apapun, aku lambat sket tengok kut. Camne nak bawak baby tgk wayang. Nanti kena atur strategi dulu. Hahaha itu pun kalau tiket tak sol sol sold out hari-hari. Kata 19juta orang nak tengok. Err..dR Rozmey tengok Nur Kasih tak?
Agak-agak korang rasa berapa juta kutipan Nur Kasih the Movie nanti? Aku rasa tak kurang dari RM8juta kut. Bakal menjadi filem paling laku di Malaysia. Tapi tidak mungkin dapat mengatasi rekod filem 2Alam, sebanyak RM40juta.
Sekian, bye
Wednesday, May 18, 2011
Geli ah, Minum Air Mayat
Pagi-pagi ada berita meloya. Aku takleh bayangkan camne rasanya. Bahaya juga dok rumah flat rendah-rendah. Orang boleh access roof dan lakukan jenayah. Or mungkin bunuh diri dalam tangki? Oh harap-harap berita ni tak jadi inspirasi plak kepada rakyat kita nak cuba-cuba. Jangan bunuh diri dalam tangki air okkeiy? Nanti menyusahkan semua orang. Tengs
sumber dari Kosmo Online
Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
Dapat Email daripada Saif Al Islam Ghadaffi, anak president Libya
Aku tak tipu weh, terkejut siot. Anak Muammar Ghadaffi mintak tolong dengan aku weh. Ini semua NATO la nih, pegi bom-bom semua kat Libya, kat mana dia nak simpan duit juta-juta dia. Sampai nak offer kat aku. Kesian dia. Sapa-sapa nak tolong, try la reply emel dia..wakakakkaka
My names are Saif Al Islam Ghadaffi, the son of the present president of Libya.
I am contacting for an urgent assistance. As you can read and see in the media, my family is presently undergoing tough time in the hand of the masses due to his long stay in power as the president of Libya for over 40 years now. Although there is no way you can satisfy human being, my father has done so many things to better the life of our people and unfortunately they never appreciated his effort.
Please read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1208434/Gaddafi-son-buys-10m-Hampstead-mansion.html
The International community has reached a resolution for immediate seizure of our assets both in US and the UK.
I want to request your humble assistance to receive a total sum of $45.5 million US dollars which we have succeeded in moving the cash to an undisclosed Area.
You will receive this fund directly and keep in a safe keep while I shall come down to meet you for necessary investment as may be suggested by you. You should kindly let me know your percentage as we will be ready to share whatever percentage for your assistance.
Please reach me on my private email address:
Regards.
Saif Al Islam Ghadaffi
E-mail: saif-al_ghadaffi@email.com
SAVE #GAZA The Spirit Rachel Corrie Mission Attacked by Israeli - 16th May
Berikut ialah press statement yang dikeluarkan di laman web Perdana Global Peace Foundation mengenai perkembangan terkini misi bantuan ke Gaza.
sumber dari laman web rasmi PGPF
16 May 2011 (Wednesday)
The Spirit of Rachel Corrie Mission, involving a Malaysian owned ship carrying aid for Palestine, has been intercepted and attacked by the Israeli naval forces in the Palestinian security zone this morning at 0654 Jordan time. Currently the ship has been forced to anchor in the Egyptian waters at one and a half nautical miles from the Gazan waters.
The vessel left the Port of Piraeus, Greece on Wednesday, May 11 carrying 7.5 kilometers of UPVC (plastic) sewage pipes to help restore the devasted sewerage system in Gaza.
The humanitarian initiative is sponsored by Perdana Global Peace Foundation (PGPF) and participating in this mission includes anti-war activists and journalists, consisting of 7 Malaysians, 2 Irish, 2 Indians and 1 Canadian. - PGPF
sumber dari laman web rasmi PGPF
Profil Acid Splasher - Be On The Lookout
lelaki ini mungkin pyscho
Nama glamour : Pencurah Asid @ Pensid
Umur : Belum tua lagi
Asal : Wad bersalin
Status : Single and available maybe not available
Kenderaan kegemaran : Motosikal, EX5 bernombor plet curi WPV 4963
Bahanapi pilihan : BHP Infiniti 2x
Makan kegemaran : makanan berasid seperti spagetti, anggur, oyster dan sebagainya.
Minuman kegemaran : minuman berasid seperti air berkabonat
Hobi : Rempit & siram asid
Cita-cita : Delivery boy
Tujuan menyimbah asid :
Sebab pakai susuk, kena jaga pantang. (macam filem susuk tu)
+ + + + + +
Ok ok. Detail pasal penjenayah sorang sebenarnya ni masih blur. Cuma fotofit ni sudah dikeluarkan oleh PDRM minggu lepas berdasarkan maklumat orang ramai dan footage CCTV. Please be very careful especially wanita seluruh dunia, ku ingin kau tahuu..huuuuweehuuuuuu. Kalau ada motosikal yang tetiba menghampiri korang dalam keadaan mencurigakan, take cover! Even kalau bawak kereta, pastikan cermin tak diturunkan habis. Biar separuh or better takyah turunkan tingkap, guna aircond.
Harap-harap pihak polis, pihak berkuasa, orang ramai dapat cooperate dan membanteras kegiatan songsang pencurah asid ini. Kesian mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa asid. Setakat ini mangsa-mangsa terkena asid terdiri daripada wanita.
Thursday, May 12, 2011
Countdown #Myvi2011
Baru-baru ni PERODUA ada bagi hint tentang launching produk terbaru mereka. Apalagi kalau bukan Myvi 2011. Tak pasti sama ada nama Myvi akan maintain atau tidak. Tapi dalam ucapan MD Perodua tu ada menyebut, kalau launching Sept kira dah terlambat untuk diorang kejar target sales tahun ini sebanyak 195,000 unit. Since sekarang dah May, kemudian PERODUA mention yang sales mereka akan kembali melonjak (sejak krisis Tsunami di Jepun - yang efek parts PERODUA) maknanya model terbaru ini akan dilancarkan somewhere around end July or early August.
Seperti biasa, model ini bakal jadi hit. Sebab apa? tak banyak kereta yang boleh compete dengan dia dalam segmen yang sama. It's a perfect 2nd car, and 1st car for students. And most important, that T-brand factor yang banyak membantu imej PERODUA. So kepada sesiapa yang ada plan nak sambar Myvi, better wait a bit..dapatkan yang baru. Totally new interior (based on Alza dashboard), walaupun exterior not so much different. But there will be a new engine variant, 1500cc also based on the Alza. Ini pasti jadi biggest selling point.
Ciri-ciri membezakan Toyota Passo & Myvi 2011 (hadapan)
Ciri-ciri membezakan Toyota Passo & Myvi 2011 (belakang)
Wednesday, May 11, 2011
Bila Brader Kebab Guna RON97
Adalah satu hari aku pegi jalan kat pasar malam. Hari apa aku tak ingat. Pasar malam ni tempat melempiaskan nafsu makan dengan rate berpatutan. Macam-macam ada, dari burger, kebab, roti john, roti goreng, yong tau fu, kueh teow kerang, rangka ayam, ayam percik, dan etc. So pusing punya pusing, sampailah aku ke gerai feberet. Gerai jual kebab dan seangkatan. Kalau datang pasar malam ni mesti aku pulang dengan produk brader tu.
Teringat kata-kata cikgu, "macam pegi funfair, tak sah kalau tak beli belon"...aaa lebih kurang camtu kut.
Tapi hari tu lain sket. Sebab aku tengok tanda harga dia dah kena pancung. Ala-ala kat supermarket yang tengah SALE. Tapi harga tak kurang, makin naik adalah. Lalu bermula satu konversasi berikut.
"Bang, sebelum ni harga RM2.50 je...ni dah naik banyak ni", sambil buat muka nak beli tapi komplen dulu.
Gerai tu memang feberet beli either kebab, roti john, atau burger. Walaupun gerai lain berlambak, tapi sebab malas dan lokasi gerai yang dekat dengan simpang jalan nak pulang ke parkir kereta aku tetap nak beli kat situ.
"Alah, kenalah naik sikit. Macamana nak untung...RON97 kan baru naik. Dari rumah nak ke tapak pasar ni pun pakai minyak gak der", brader tokey kedai sambil pakai bandana sebuah parti politik.
"Betul jugak tu ye bang. Sekarang ni semuanya naik. Harga barang makin mahal, mana nak kaut untung..", nafsu makan makin membuak. Mahal tak mahal..aku nak jugak makan kebab malam nih, sambil tangan seluk poket..check duit syiling ada lebih tak.
"Aaaa bang, kasi kebab daging satu", kat tangan dah ada duit 50sen 6 ketul..cukup RM3. Baki 20sen
Selamat perut aku. Beli jugak kebab kegemaran. Kebab brader tu tak pernah menghampakan perut setakat ni. Nasib baik kuantiti inti daging masih maintain. Yelah, dah naik harga takkan daging nak kasi kurang. Itu dah tipu pelanggan. Boleh lapor kat Persatuan Pengguna tuu.
Tapi kejadian yang paling menyirap ialah bila aku nak blah dari pasar malam tu. Terpandang plak kat van yang parking baekk punya belakang gerai brader Kebab tadi. Aku suspek van tu dia punya sebab pintu sliding terbuka menghadap gerai dia dan ada banyak roti burger dalam tu.
...kat penutup minyak van tu ada tertulis DIESEL.
"Hampeh! Tu belum masuk cerita pasal gula lagi", bisik pada diri sendiri sambil jalan hentak-hentak kaki.
Tuesday, May 10, 2011
Teknik Menjawab Dengan Bos
Keje mencari nafkah kat bandar metropolitan seperti di Lembah Klang ni memang mencabar. Lambat sikit keluar rumah, sangkut dalam traffic jam. Lewat sikit balik dari ofis, sangkut traffic jam. Pendek kata dalam 24jam sehari, 2-3 jam dihabiskan atas jalan raya.
Masalah traffic jam ni menjadi punca ramai nak pulang ke rumah cepat. Jadi bila loceng waktu balik bunyi je, dah beratur kat punch card nak balik (waktu balik aku 5.30pm). Masalah di sini bila bos-bos mempersoalkan kenapa kita balik awal (padahal waktu pejabat dah abis kan?)
Mari lihat contoh perbualan :
Pekerja Contoh : "Balik dulu bos."
Bos Gaji 5 digit : "Aih, awal balik. Baru 5.30pm ni, aku dolu-dolu mana ada balik awal macam kau orang. Paling awal 6pm, lewat-lewat pun 7.30pm"
Aaa..kat sini ada pelbagai cara nak tangkis serangan Bos.
Jawapan straight to the point :
"Nak ambil anak kat nursery." - sambil buat mata besar macam Puss In Boots (Shrek)
Jawapan sinis tapi penuh fakta :
"Gaji saya dibayar sampai 5.30pm je bos." - sambil buat muka cebik tapi jelir lidah 1cm ke depan
Jawapan panjang lebar penuh kuajaq tapi betul :
"Bos cakap senang la, 10 tahun dulu bos keje mana ada traffic jam macam sekarang. Lagipun zaman bos dulu orang rumah tak perlu keje, tak payah hantar anak ke nursery. Sekarang ni dah jadi bos memang la tak kisah balik lambat. Sebab anak dah besar pegi skolah semua, dapat gaji mantap, balik rumah lauk semua dah siap sebab ada orang gaji lagi. Ada betul? Jadi bos toksahlah sibuk nak banding zaman bos kerja dulu dengan kami sekarang." - sambil buat donno je, pastu blah
Sekian.
*kisah di atas adalah rekaan semata-mata berdasarkan kisah benar (eh rekaan ke benar-benar nih?). Jangan mengada nak politikkan isu ni yer. Hahaha
Masalah traffic jam ni menjadi punca ramai nak pulang ke rumah cepat. Jadi bila loceng waktu balik bunyi je, dah beratur kat punch card nak balik (waktu balik aku 5.30pm). Masalah di sini bila bos-bos mempersoalkan kenapa kita balik awal (padahal waktu pejabat dah abis kan?)
Mari lihat contoh perbualan :
Pekerja Contoh : "Balik dulu bos."
Bos Gaji 5 digit : "Aih, awal balik. Baru 5.30pm ni, aku dolu-dolu mana ada balik awal macam kau orang. Paling awal 6pm, lewat-lewat pun 7.30pm"
Aaa..kat sini ada pelbagai cara nak tangkis serangan Bos.
Jawapan straight to the point :
"Nak ambil anak kat nursery." - sambil buat mata besar macam Puss In Boots (Shrek)
Jawapan sinis tapi penuh fakta :
"Gaji saya dibayar sampai 5.30pm je bos." - sambil buat muka cebik tapi jelir lidah 1cm ke depan
Jawapan panjang lebar penuh kuajaq tapi betul :
"Bos cakap senang la, 10 tahun dulu bos keje mana ada traffic jam macam sekarang. Lagipun zaman bos dulu orang rumah tak perlu keje, tak payah hantar anak ke nursery. Sekarang ni dah jadi bos memang la tak kisah balik lambat. Sebab anak dah besar pegi skolah semua, dapat gaji mantap, balik rumah lauk semua dah siap sebab ada orang gaji lagi. Ada betul? Jadi bos toksahlah sibuk nak banding zaman bos kerja dulu dengan kami sekarang." - sambil buat donno je, pastu blah
Okeh, jawapan ketiga tu memang kuajaq. Tapi itulah hakikatnya. Bukan kita tak mahu kerja lebih masa, tapi realitinya, banyak perbezaan zaman mereka dengan kita. Bos-bos yang dah lama kerja ni, kebanyakkannya tinggal berhampiran dengan ofis. Berbanding kita-kita yang masih baru ni, ada yang menyewa jauh di luar lembah klang, ada yang kena naik tol turun tol, yelah mana nak jumpa rumah-rumah berhampiran tempat kerja..susah weh. Jadi bos-bos kenalah prihatin sikit. Jangan asyik nak sembur je, bagilah semangat kat pekerja..dan paling best sekali bagilah bonus.
Sekian.
*kisah di atas adalah rekaan semata-mata berdasarkan kisah benar (eh rekaan ke benar-benar nih?). Jangan mengada nak politikkan isu ni yer. Hahaha
Saturday, May 7, 2011
Friday, May 6, 2011
Rosie Huntington-Whiteley take over from Megan Fox
Mula-mula mari gigit jari ramai-ramai. Sebab semua tahu awek hot (eh dah jadi bini orang) Megan Fox tidak akan muncul dalam sekuel filem epic Transformers 3 : Dark of The Moon tak lama lagi. Kenapa Megan Fox digugurkan? Hah, aku dah lama tulis pasal awek tu. Baca entri "Kenapa Megan Fox digugurkan dari Transformer 3".
haaa mana ada Megan Fox!!
Tapi tapi tapi tapi..Jangan gusar. Kerana Michael Bay memang bijok. Bijok gilo. Dia cepat-cepat pancing satu lagi awek hot yang tengah meningkat naik popularitinya. Seorang model Victoria's Secret bernama Rosie Huntington-Whiteley yang baru berusia 24 tahun. Baru je dapat title FHM hottest women & voted no. 1 MAXIM's hot 100 list. Pandai kan Michael Bay ni.
"Hot stuff peri-peri" kata budak tu
Haaa tu diaa tu diaaa.. Ni satu scene dalam movie Transformers 3 nanti. Si Rosie dapat watak awek baru kepada Sam Whitwicky. Carly namanya. Bukan iCarly tau. Tapi muka dia cam pelik sket, bibiaq besar mata sepet. Hahaha
Aik yang ni comey mey mey plak
Kesimpulannya, aku tak sabor nak tunggu Transformer 3. Especially lepas tengok trailer yang terbaru. Tapi, aku tak pasti sama ada boleh tengok di panggung ke tak. Kalau idak, menunggu ehem2 atau DVD ori lah..muhahamuhahahahah
Messi Is A Great Player, But The Others Are Great Divers
Menang kalah adat main bola. Tapi at some aspect aku bersetuju dengan ramai manager team bola di Eropah yang merasakan Barcelona mendapat sedikit support from the refs. Especially baru-baru masa semi-final ke2. Kenapa gol Real Madrid dibatalkan pun aku tak faham, padahal Ronaldo terjatuh dan tak tackle pun player Barcelona.
Mungkin kali ini, aku amat berharap Manchester United menang dengan Barcelona. Sebab aku rasa team yang hebat tak sepatutnya masuk final dengan cara tipu helah diving nih. Main bola betul-betul la. Kalau setakat mengharapkan team lawan kena red card je, aku rasa lagi bagus team Johor FC.
Thursday, May 5, 2011
John Terry Pun Ditarik Gelaran Kapten England..
Sometimes, we have to think rationally not emotionally. Don't just deny and delay things up, be a man and prove it.
"Be a man, do the right thing!" - Russel Peters.
Wednesday, May 4, 2011
Kalau Letak Poster Ni Boleh Dapat 19 Juta Viewers Tak?
Astaga, lama gila tak tulis entri gila-gila. Nanti takut orang label Bapak Gila-gila pulak..eh macam bapak gula-gula pulak. Dulu bukan kemain tulis pasal Tiz Zaqyah. Asal ada drama dia je nak tulis entri. Tapi itu zaman banyak masa terluang dulu. Sekarang mana boleh tengok TV sambil taip entri dah.
Oh bai de wei movie Nur Kasih yang dah lamaaaaaaa dok gebang-gebang tu dah nak keluaq dah habaq mai. 19hb Mei 2011, tarikh filem tu ditayangkan. Hmm camne nak tengok wayang ni? Ada budak kecik. Takkan nak tunggu ASTRO First? tak jadi first viewer la camtu. Eh ASTRO pun takde..aaaaa tidaakkkkk......(fade out) (fade in lagu Nur Kasih)
Osama's Death : Is Justice Really Served?
Media Barat dok gebang-gebang pasal pembunuhan Osama. Somehow aku masih rasa ini satu agenda US. Dan aku rasa ramai berpendapat yang sama. US kata kematian Osama dah melangsaikan hutang 9 September. Justice is served kata mereka.
Tapi apa kejadah justice kalau bila tengok balik negara-negara yang US dan sekutunya dah serang akibat propaganda "Terrorism" ni? Mana Justice untuk negara Afganistan? untuk Iraq? dan banyak lagi negara yang "dihancurkan" oleh US.
Ah tipu tipu lagi US ni. Tension sebab US Dollar dah jatuh mendadak la tu.
Oh, by the way Barcelona menanti di Final UEFA Champions League. Wembley bebeh!
Tuesday, May 3, 2011
Obama Bin Laden
Obama Bin Laden.
Typo paling hangat masa kini.
Betul ke Osama sudah dibunuh? Setelah 10 tahun berperang, beribu insan tak berdosa terkorban, berjuta..mungkin berbillion USD dibelanjakan tiba-tiba dalam satu malam serang terus dapat sasaran? Dengan rakyat berpesta la, siap dah ada sepanduk semua macam xpercaya je. Gambar Osama tu toksah cerita lah. Nampak sangat menipunya.
Typo paling hangat masa kini.
Betul ke Osama sudah dibunuh? Setelah 10 tahun berperang, beribu insan tak berdosa terkorban, berjuta..mungkin berbillion USD dibelanjakan tiba-tiba dalam satu malam serang terus dapat sasaran? Dengan rakyat berpesta la, siap dah ada sepanduk semua macam xpercaya je. Gambar Osama tu toksah cerita lah. Nampak sangat menipunya.
Tapi selain gambar "Mayat Osama" yang fake tu, aku rasa pelik jugak bila tengok gambar sekitar kawasan pertempuran dengan Osama tu. Dilaporkan ada satu helikopter milik US terhempas di kawasan "Mansion Osama" tersebut. Dengan kata lain, berlaku satu pertempuran hebat lah sampai geng Osama boleh tembak jatuh satu helikopter. Tapi cuba tengok betul-betul, sebuah helikopter ditembak jatuh, tetapi kawasan tu nampak macam tidak berlaku apa-apa. Tembok batu itu masih kukuh, tiada kesan kebakaran, tiada kesan letupan, tiada rekahan lansung.
Logik ke?
Source : The Big Picture |
Kononnya ini helikopter yang terhempas dekat kawasan persembunyian Osama
Aku personally tak percaya masa keluar rakaman ucapan Obama tu. Gaya dia cakap pun macam ragu-ragu, tak macam masa dia berkempen dulu. Pada masa yang sama, Obama pun kata Islam bukan musuh, Osama tak mewakili Islam. Eh tetiba je, lepas 10 tahun baru dia sedar semua tu?
Paling merisaukan apabila US bagi warning siap-siap yang Al-Qaeda akan retaliate. Pada aku ini macam statement nak "menghalalkan" permulaan perang seterusnya. Mungkinkah Libya menjadi sasaran seterusnya? Kita tunggu je, "Al-Qaeda" cawangan negara mana yang akan "serang" US dulu.
Believe it or not? Kalau tak believe..kena suruh Obama pakai polygraph la eh?
Labels:
barrack obama,
obama,
osama,
Osama bin laden,
osama dead,
osama hoax,
osama killed,
tim osman
[VIDEO] Transformers 3 : Dark of The Moon Latest Trailer!!
WAZZAPPPP!!!
Ini bukan video seks. Ini video lagi best dari itu. Trailer kedua filem epik Transformers 3 : Dark of The Moon sudah muncul di Youtube!! Memang tak sabor nak tengok wehhh..lagi banyak action nih. Eh Optimus Prime pun ada running LED lights kat front bumper gak eh? Heheheheheh