Showing posts with label Sarcasm. Show all posts
Showing posts with label Sarcasm. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Ciri-Ciri 1Malaysia Office Dengan Teknologi Hijau

Photobucket

Khamis, 8 Sept - Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan teknologi hijau. Teknologi Hijau memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, tenaga RON97, justeru menjimatkan dari segi perbelanjaan. Disamping itu juga, teknologi hijau dapat mengelakkan bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan, walaupun saya tak berapa percaya tetapi itulah yang disampaikan oleh Professor Emiratus Dr. Rosmah awal tahun dulu.

Menyahut seruan itu, sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam Teknologi Hijau iaitu 1Malaysia Hijau Development dengan kerjasama syarikat pengeluar komputer terkenal Dell & HP, telah menyiapkan satu prototype "1Malaysia Green Technology Office" yang akan menjadi benchmark kepada semua arkitek/kontraktor untuk menyediakan ruang pejabat baharu pejabat kerajaan dan anti-kerajaan. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam rekaan ini ialah bahan kedap bunyi, mudah dikitar semula, spare part murah, penjimatan harga bahan mentah sehingga 70%, mudah-alih (senang dipindah kesana kemari) dan bermacam-macam lagi.

Ini sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada dunia apabila menjadi negara pertama yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam pejabat. Teruskan membaca untuk melihat sendiri contoh prototype 1Malaysia Green Technology Office.


Wednesday, July 13, 2011

Drama Sebabak : Terhutang Budi Ler Sangat..Addoi

Photobucket
Photobucket
original template credit to F.O.A


+ + + + + +

Thursday, July 7, 2011

Lokasi Bersih 2.0 Terkini

Gambar perhimpunan Bersih 2.0

Tempat duduk terhad, (lelaki & wanita duduk berasingan), Makanan disediakan (terbaik dari Mamak), boleh melalak sesuka hati, tapi servis karaoke tidak disediakan. Semua bayaran makanan ditanggung pihak penganjur.
Dilarang bawa barang letupan, kecuali mercun Pop-Pop. Dilarang bawa bendera parti politik sebab ini pergerakan NGO (yang bersih dari pengaruh Politik). Jangan lupa Bersihkan diri sebelum datang (mandi segala mandi, bedak, deodorant etc untuk elakkan ketiak berbau). 
Sila awasi pergerakan anak-anak anda, jangan komplen kalau diorang lari, atau diculik orang. 
Kepada pengusaha MLM tegar, anda dilarang buat promosi sebarangan. Kami tak mahu beli produk mahupun menjadi downline anda. 

Monday, May 16, 2011

Profil Acid Splasher - Be On The Lookout

Photobucket
lelaki ini mungkin pyscho


Nama glamour : Pencurah Asid @ Pensid
Umur : Belum tua lagi
Asal : Wad bersalin
Status : Single and available maybe not available
Kenderaan kegemaran : Motosikal, EX5 bernombor plet curi WPV 4963
Bahanapi pilihan : BHP Infiniti 2x
Makan kegemaran : makanan berasid seperti spagetti, anggur, oyster dan sebagainya.
Minuman kegemaran : minuman berasid seperti air berkabonat
Hobi : Rempit & siram asid
Cita-cita : Delivery boy

Tujuan menyimbah asid :
Sebab pakai susuk, kena jaga pantang. (macam filem susuk tu)

+ + + + + +

Ok ok. Detail pasal penjenayah sorang sebenarnya ni masih blur. Cuma fotofit ni sudah dikeluarkan oleh PDRM minggu lepas berdasarkan maklumat orang ramai dan footage CCTV. Please be very careful especially wanita seluruh dunia, ku ingin kau tahuu..huuuuweehuuuuuu. Kalau ada motosikal yang tetiba menghampiri korang dalam keadaan mencurigakan, take cover! Even kalau bawak kereta, pastikan cermin tak diturunkan habis. Biar separuh or better takyah turunkan tingkap, guna aircond. 

Harap-harap pihak polis, pihak berkuasa, orang ramai dapat cooperate dan membanteras kegiatan songsang pencurah asid ini. Kesian mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa asid. Setakat ini mangsa-mangsa terkena asid terdiri daripada wanita.

Wednesday, May 11, 2011

Bila Brader Kebab Guna RON97


Adalah satu hari aku pegi jalan kat pasar malam. Hari apa aku tak ingat. Pasar malam ni tempat melempiaskan nafsu makan dengan rate berpatutan. Macam-macam ada, dari burger, kebab, roti john, roti goreng, yong tau fu, kueh teow kerang, rangka ayam, ayam percik, dan etc. So pusing punya pusing, sampailah aku ke gerai feberet. Gerai jual kebab dan seangkatan. Kalau datang pasar malam ni mesti aku pulang dengan produk brader tu. 

Teringat kata-kata cikgu, "macam pegi funfair, tak sah kalau tak beli belon"...aaa lebih kurang camtu kut.

Tapi hari tu lain sket. Sebab aku tengok tanda harga dia dah kena pancung. Ala-ala kat supermarket yang tengah SALE. Tapi harga tak kurang, makin naik adalah. Lalu bermula satu konversasi berikut. 

"Bang, sebelum ni harga RM2.50 je...ni dah naik banyak ni", sambil buat muka nak beli tapi komplen dulu.

Gerai tu memang feberet beli either kebab, roti john, atau burger. Walaupun gerai lain berlambak, tapi sebab malas dan lokasi gerai yang dekat dengan simpang jalan nak pulang ke parkir kereta aku tetap nak beli kat situ.

"Alah, kenalah naik sikit. Macamana nak untung...RON97 kan baru naik. Dari rumah nak ke tapak pasar ni pun pakai minyak gak der", brader tokey kedai sambil pakai bandana sebuah parti politik.

"Betul jugak tu ye bang. Sekarang ni semuanya naik. Harga barang makin mahal, mana nak kaut untung..", nafsu makan makin membuak. Mahal tak mahal..aku nak jugak makan kebab malam nih, sambil tangan seluk poket..check duit syiling ada lebih tak.

"Aaaa bang, kasi kebab daging satu", kat tangan dah ada duit 50sen 6 ketul..cukup RM3. Baki 20sen

Selamat perut aku. Beli jugak kebab kegemaran. Kebab brader tu tak pernah menghampakan perut setakat ni. Nasib baik kuantiti inti daging masih maintain. Yelah, dah naik harga takkan daging nak kasi kurang. Itu dah tipu pelanggan. Boleh lapor kat Persatuan Pengguna tuu.

Tapi kejadian yang paling menyirap ialah bila aku nak blah dari pasar malam tu. Terpandang plak kat van yang parking baekk punya belakang gerai brader Kebab tadi. Aku suspek van tu dia punya sebab pintu sliding terbuka menghadap gerai dia dan ada banyak roti burger dalam tu.

...kat penutup minyak van tu ada tertulis DIESEL

"Hampeh! Tu belum masuk cerita pasal gula lagi", bisik pada diri sendiri sambil jalan hentak-hentak kaki.


Related Posts with Thumbnails