Thursday, May 26, 2011

Dekat #Karak ada 10 Hantu?

Photobucket


Esok satu lagi..haihhh satu lagi filem genre Seram bakal menghantui panggung di Malaysia. Kali ini percubaan sulung daripada salah seorang adik-beradik kreatif KRU iaitu Yusry. Selepas kejayaan Hikayat Merong Mahawangsa, kali ini Yusry kembali dengan filem seram pertama terbitan KRU Studios bertajuk Karak - Laluan Puaka. Bukan mulut puaka macam si lazerrr tu okkeiy? Tak baik tau deknon..

Apa pun, kita tengok macamana sambutan filem ini. Sebab kena bersaing dengan entiti-entiti hebat seperti Nur Kasih, Kongsi dan Pirates Of The Caribbeans. Apapun, tengok dari trailer..filem-filem seram di Malaysia kini semakin berani tampil dengan hantu-hantu lebih ganas dan mencuakkan. CGI yang diorang guna pun nampak hidup. Itu memang trademark KRU dalam filem-filem mereka. Antara penggiat filem yang rajin menggunakan CGI dengan baik sekali.

Apapun, kalau ada masa nanti aku buat sedikit review filem Karak ini. Tak pasal-pasal lepas ni sapa yang nak balik ke pantai timur nanti kawan-kawan cakap..eh eh kau balik kampung lalu jalan puaka eh? LOL



Photobucket

ini bukan hantu. ini makhluk tuhan paling bibir seksi

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails