Showing posts with label Laluan Puaka. Show all posts
Showing posts with label Laluan Puaka. Show all posts
Friday, May 27, 2011
Ni Baru Betul Jalan Puaka (Video Boleh Bikin Kecut Perut)
Uihhh tak berani weh aku. Ini macam menempah maut je. Jalan yang lurus dan benar pun boleh accident, apatah lagi jalan tepi gunung lepas tu bawak lori gedabak macam tu! Tapi apa boleh buat..itu lah rezeki mereka. Kalau takde diorang ni, sapa nak bawak lori kan?
Tapi...horror kan?
Thursday, May 26, 2011
Dekat #Karak ada 10 Hantu?
Esok satu lagi..haihhh satu lagi filem genre Seram bakal menghantui panggung di Malaysia. Kali ini percubaan sulung daripada salah seorang adik-beradik kreatif KRU iaitu Yusry. Selepas kejayaan Hikayat Merong Mahawangsa, kali ini Yusry kembali dengan filem seram pertama terbitan KRU Studios bertajuk Karak - Laluan Puaka. Bukan mulut puaka macam si lazerrr tu okkeiy? Tak baik tau deknon..
Apa pun, kita tengok macamana sambutan filem ini. Sebab kena bersaing dengan entiti-entiti hebat seperti Nur Kasih, Kongsi dan Pirates Of The Caribbeans. Apapun, tengok dari trailer..filem-filem seram di Malaysia kini semakin berani tampil dengan hantu-hantu lebih ganas dan mencuakkan. CGI yang diorang guna pun nampak hidup. Itu memang trademark KRU dalam filem-filem mereka. Antara penggiat filem yang rajin menggunakan CGI dengan baik sekali.
Apapun, kalau ada masa nanti aku buat sedikit review filem Karak ini. Tak pasal-pasal lepas ni sapa yang nak balik ke pantai timur nanti kawan-kawan cakap..eh eh kau balik kampung lalu jalan puaka eh? LOL
ini bukan hantu. ini makhluk tuhan paling bibir seksi
Labels:
Filem terbaru,
Hantu,
Karak,
Kilafairy,
KRU,
Laluan Puaka,
Lebuhraya Karak,
Seram,
Yusry KRU


