Tuesday, May 3, 2011

Obama Bin Laden

Obama Bin Laden.
Typo paling hangat masa kini.

Betul ke Osama sudah dibunuh? Setelah 10 tahun berperang, beribu insan tak berdosa terkorban, berjuta..mungkin berbillion USD dibelanjakan tiba-tiba dalam satu malam serang terus dapat sasaran? Dengan rakyat berpesta la, siap dah ada sepanduk semua macam xpercaya je. Gambar Osama tu toksah cerita lah. Nampak sangat menipunya.

Tapi selain gambar "Mayat Osama" yang fake tu, aku rasa pelik jugak bila tengok gambar sekitar kawasan pertempuran dengan Osama tu. Dilaporkan ada satu helikopter milik US terhempas di kawasan "Mansion Osama" tersebut. Dengan kata lain, berlaku satu pertempuran hebat lah sampai geng Osama boleh tembak jatuh satu helikopter. Tapi cuba tengok betul-betul, sebuah helikopter ditembak jatuh, tetapi kawasan tu nampak macam tidak berlaku apa-apa. Tembok batu itu masih kukuh, tiada kesan kebakaran, tiada kesan letupan, tiada rekahan lansung. 

Logik ke?

Photobucket
Source : The Big Picture
Kononnya ini helikopter yang terhempas dekat kawasan persembunyian Osama


Aku personally tak percaya masa keluar rakaman ucapan Obama tu. Gaya dia cakap pun macam ragu-ragu, tak macam masa dia berkempen dulu. Pada masa yang sama, Obama pun kata Islam bukan musuh, Osama tak mewakili Islam. Eh tetiba je, lepas 10 tahun baru dia sedar semua tu?

Paling merisaukan apabila US bagi warning siap-siap yang Al-Qaeda akan retaliate. Pada aku ini macam  statement nak "menghalalkan" permulaan perang seterusnya. Mungkinkah Libya menjadi sasaran seterusnya? Kita tunggu je, "Al-Qaeda" cawangan negara mana yang akan "serang" US dulu.

Believe it or not? Kalau tak believe..kena suruh Obama pakai polygraph la eh?

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails