Masalah traffic jam ni menjadi punca ramai nak pulang ke rumah cepat. Jadi bila loceng waktu balik bunyi je, dah beratur kat punch card nak balik (waktu balik aku 5.30pm). Masalah di sini bila bos-bos mempersoalkan kenapa kita balik awal (padahal waktu pejabat dah abis kan?)
Mari lihat contoh perbualan :
Pekerja Contoh : "Balik dulu bos."
Bos Gaji 5 digit : "Aih, awal balik. Baru 5.30pm ni, aku dolu-dolu mana ada balik awal macam kau orang. Paling awal 6pm, lewat-lewat pun 7.30pm"
Aaa..kat sini ada pelbagai cara nak tangkis serangan Bos.
Jawapan straight to the point :
"Nak ambil anak kat nursery." - sambil buat mata besar macam Puss In Boots (Shrek)
Jawapan sinis tapi penuh fakta :
"Gaji saya dibayar sampai 5.30pm je bos." - sambil buat muka cebik tapi jelir lidah 1cm ke depan
Jawapan panjang lebar penuh kuajaq tapi betul :
"Bos cakap senang la, 10 tahun dulu bos keje mana ada traffic jam macam sekarang. Lagipun zaman bos dulu orang rumah tak perlu keje, tak payah hantar anak ke nursery. Sekarang ni dah jadi bos memang la tak kisah balik lambat. Sebab anak dah besar pegi skolah semua, dapat gaji mantap, balik rumah lauk semua dah siap sebab ada orang gaji lagi. Ada betul? Jadi bos toksahlah sibuk nak banding zaman bos kerja dulu dengan kami sekarang." - sambil buat donno je, pastu blah
Okeh, jawapan ketiga tu memang kuajaq. Tapi itulah hakikatnya. Bukan kita tak mahu kerja lebih masa, tapi realitinya, banyak perbezaan zaman mereka dengan kita. Bos-bos yang dah lama kerja ni, kebanyakkannya tinggal berhampiran dengan ofis. Berbanding kita-kita yang masih baru ni, ada yang menyewa jauh di luar lembah klang, ada yang kena naik tol turun tol, yelah mana nak jumpa rumah-rumah berhampiran tempat kerja..susah weh. Jadi bos-bos kenalah prihatin sikit. Jangan asyik nak sembur je, bagilah semangat kat pekerja..dan paling best sekali bagilah bonus.
Sekian.
*kisah di atas adalah rekaan semata-mata berdasarkan kisah benar (eh rekaan ke benar-benar nih?). Jangan mengada nak politikkan isu ni yer. Hahaha
2 feedbacks:
aku suka jawapan terakhir tu..nice :)
haha..tepat, padat dan jitu jawapan tu. tapi bos aku selalu terbalik. anak buah yg balik lambat. camno tu? buleh ke soal bos camtu? ape bos jwb agak2? huhu..
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan