Wednesday, May 11, 2011

Bila Brader Kebab Guna RON97


Adalah satu hari aku pegi jalan kat pasar malam. Hari apa aku tak ingat. Pasar malam ni tempat melempiaskan nafsu makan dengan rate berpatutan. Macam-macam ada, dari burger, kebab, roti john, roti goreng, yong tau fu, kueh teow kerang, rangka ayam, ayam percik, dan etc. So pusing punya pusing, sampailah aku ke gerai feberet. Gerai jual kebab dan seangkatan. Kalau datang pasar malam ni mesti aku pulang dengan produk brader tu. 

Teringat kata-kata cikgu, "macam pegi funfair, tak sah kalau tak beli belon"...aaa lebih kurang camtu kut.

Tapi hari tu lain sket. Sebab aku tengok tanda harga dia dah kena pancung. Ala-ala kat supermarket yang tengah SALE. Tapi harga tak kurang, makin naik adalah. Lalu bermula satu konversasi berikut. 

"Bang, sebelum ni harga RM2.50 je...ni dah naik banyak ni", sambil buat muka nak beli tapi komplen dulu.

Gerai tu memang feberet beli either kebab, roti john, atau burger. Walaupun gerai lain berlambak, tapi sebab malas dan lokasi gerai yang dekat dengan simpang jalan nak pulang ke parkir kereta aku tetap nak beli kat situ.

"Alah, kenalah naik sikit. Macamana nak untung...RON97 kan baru naik. Dari rumah nak ke tapak pasar ni pun pakai minyak gak der", brader tokey kedai sambil pakai bandana sebuah parti politik.

"Betul jugak tu ye bang. Sekarang ni semuanya naik. Harga barang makin mahal, mana nak kaut untung..", nafsu makan makin membuak. Mahal tak mahal..aku nak jugak makan kebab malam nih, sambil tangan seluk poket..check duit syiling ada lebih tak.

"Aaaa bang, kasi kebab daging satu", kat tangan dah ada duit 50sen 6 ketul..cukup RM3. Baki 20sen

Selamat perut aku. Beli jugak kebab kegemaran. Kebab brader tu tak pernah menghampakan perut setakat ni. Nasib baik kuantiti inti daging masih maintain. Yelah, dah naik harga takkan daging nak kasi kurang. Itu dah tipu pelanggan. Boleh lapor kat Persatuan Pengguna tuu.

Tapi kejadian yang paling menyirap ialah bila aku nak blah dari pasar malam tu. Terpandang plak kat van yang parking baekk punya belakang gerai brader Kebab tadi. Aku suspek van tu dia punya sebab pintu sliding terbuka menghadap gerai dia dan ada banyak roti burger dalam tu.

...kat penutup minyak van tu ada tertulis DIESEL

"Hampeh! Tu belum masuk cerita pasal gula lagi", bisik pada diri sendiri sambil jalan hentak-hentak kaki.


2 feedbacks:

sukaxplo said...

hahahahaha

kim said...

HHAHHAHAHAHAHHA. TAK BERAGAK BRADERN TU DERRR

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails