Friday, May 20, 2011

Dominique Strauss-Kahn Dan Jenayah Seks

Photobucket

Menghadapi tuduhan jenayah seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah hotel mewah sabtu lalu. Seperti biasa akan ada dua pihak menyokong dan tidak. Ada yang mengatakan konspirasi, dan ada yang bersetuju Kahn ialah seorang yang begitu. Tetapi apa yang penting, cara mereka menghadapi kes tersebut.

Kahn memilih untuk tidak menuduh mana-mana pihak. Sebaliknya mengambil langkah letak jawatan dulu dan berikrar akan berjuang untuk membersihkan namanya di mahkamah nanti. Bekas Director IMF itu juga disebut-sebut bakal calon Presiden Perancis.

Pihak pendakwaan dilaporkan sudah melihat rakaman video di hotel yang menunjukkan Kahn meninggalkan bilik dalam keadaan tergesa-gesa. Kahn kemudian ditahan di JFK Airport, sebelum berlepas ke Paris.

Another High-profile case yang bakal menjadi tarikan media dunia. Untuk rekod, pada tahun 2008 Kahn pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mempunyai hubungan sulit dengan Piroska Nagy iaitu isteri kepada seorang ahli ekonomi terkenal.


Sumber : Wikipedia.org

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails