Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Eat My Meatballs, Ape Cerita IKEA?


Hola Hola!

Post kedua hari ini. Mari cerita pasal topik kedua hangat di arena twitterjaya iaitu Meatball IKEA. Kepoh hari ini bila baru-baru ini foodcourt IKEA ditutup dengan tampalan notis berikut :

Photobucket
sumber dari google. tak pasti original source.

Kalau baca notis tu, katanya IKEA secara sukarela nak samak peralatan memasak dengan bantuan/tunjuk ajar pihak masjid. Kononnya ini sebagai langkah nak mengelakkan pra-sangka orang ramai bila timbul isu sijil halal untuk salah satu daripada supplier IKEA.

So havoc plak bila dah ada orang start spreading rumours yang ada babi dalam meatballs IKEA. Aku tak salahkan diorang sebab kalau korang google pun, memang recipe orignal meatball IKEA ada mengandungi babi. Orang putih kata pork. Jadi tak salah kalau secara basicnya boleh timbul keraguan dengan apa yang IKEA hidangkan kat sini.

Whatever pun, kalau betul tidak mengandungi babi untuk meatball versi IKEA Malaysia..harap cepat-cepatlah clarify. Kadang-kadang dah letih nak salahkan siapa. JAKIM selalu komplen kata tak cukup anggota nak memantau semua. Kita pun tak pernah ada rasa tanggungjawab nak laporkan awal-awal. Asal ada je kedai makan..makaannn je. Even takde tanda Halal pun..makaaann jugak. Kan?

Harap-harap cepatlah settle. Macam kes Kluang Kopitiam tu. Dakwa kalau sah ada babi. Lepas tu pegi round check skali TGIF, Chillis, Secret Recipe dan semua skali restoran sewaktu dengannya. Oh jangan lupa kedai Mamak sekali. Lepas tu please make an official announcement kat mainstream newspapers kedai mana yang mendapat pengiktirafan sah Halal dari JAKIM. Dan pemantauan kena la berterusan..bukan bermusim Ok?

Photobucket



untuk rekod, aku baru sekali membedal meatballs tu. Aku tak rajin ke IKEA macam orang-orang lain. Siap jadikan menu meatball ni weekly diet plak.



Wednesday, September 15, 2010

The Best Mee Rebus in Teluk Intan

Best of Teluk Intan : Mastan Ghany Mee Rebus
Kombinasi Mee Rebus + Air Sirap Laici = Mengancam


Cuti Raya panjang lagi, jadi pasti ramai sedang memikirkan aktiviti waktu cuti disamping pergi beraa ke rumah sanak-saudara dan kawan-kawan. Aku masih di kampung, menikmati cuti panjang sambil nak cerita kat korang semua ni.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke pekan Teluk Intan, pastikan jangan lupa singgah ke restoran Mastan Ghany yang terletak berhadapan bangunan The Store dan berdekatan dengan Stesen Bas lama Teluk Intan. Tidak pernah lengang dengan pelanggan, menu utamanya ialah Mee Rebus, Rojak, dan ABC. Biasanya bagi mereka yang berasal dari sini, pasti pernah menikmati kelazatan Mee Rebus Mastan Ghany.

Restoran Mastan Ghany bagi aku adalah antara tempat makan yang paling bersih pernah aku pergi. Tiada sampah sarap di lantai, meja sentiasa bersih, lantai pun cantik, meja dan kerusi sentiasa tersusun. Tak mustahil ia mendapat rating A dalam kebersihan premis. Servis cepat, dan sebab itu pelanggan tidak putus-putus silih berganti.

Jadi dalam musim cuti ni kalau ada sesiapa yang datang beraya ke Perak, singgahlah pekan Teluk Intan, mai pekena Mee Rebus Mastan Ghany. Pasti tidak akan mengecewakan! Restoran ini beroperasi dari pukul 8.30am hingga 6pm. Tutup hari Jumaat tau! 

p/s : FYI Ada 4 kedai Mastan Ghany di Teluk Intan (adik-beradik), but the best one is located opposite The Store. The other 3, not recommended. Tak best!

Friday, August 6, 2010

Only In China : Extraordinary Foods!

Contoh Menu sebuah Restoran di negara China

Inilah satu lagi kehebatan Negara China selain kepandaian menciplak produk orang lain. Satu-satunya negara yang kita boleh jumpa pelbagai menu dengan nama pelik yang mungkin tak pernah terlintas di fikiran Chef Wan untuk masak. Aku tak pasti sejauh mana tahap penguasaan Bahasa Inggeris penduduk negara China, tapi melihatkan gaya contoh menu di atas, seolah-olah menggunakan aplikasi google untuk translate nama masakan dari bahasa Cina kepada bahasa Inggeris.

Bila baca satu-persatu dah macam cerita pula nama masakan. "The black cow silk fried the idea powder"?? Wadehek. "The pig picks the noodle soup"? Peh, babi yang pilih? Yang paling kesian "Government abuse chicken", ini menu ayam teraniaya ke?

Apapun, kalau search di internet memang banyak contoh-contoh menu di China yang kelakar sangat. Hampir kebanyakan menu di restoran yang ada translation English sama level macam contoh di atas. Agaknya apa komen tourist yang ramai ke China tahun ini sempena World Expo di Shanghai.
Waiter : Yes, your order?
Tourist : I would like to have "Chop the strange fish" please..
Weird.


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Friday, May 7, 2010

Japan 101 : Takoyaki, Okonomiyaki dan Banyak Lagi

Satu contoh set Washoku. Lengkap dengan sushi dan tenpura

Konbanwa! Selamat malam. Kali ini aku nak ubah selera sikit. Bukan belajar bahasa Jepun, tapi aku nak perkenalkan serba sedikit makanan orang Jepun kepada semua. Makanan Jepun di sebut "Washoku" atau dalam tulisan Jepunnya 和食. Boleh dikatakan makanan yang aku nak senaraikan ini ialah antara makanan kegemaran aku ketika belajar di Jepun dulu. Sudah tentu menu pilihan agak terhad, disebabkan tidak boleh makan daging (di kedai). Tetapi semua ini aku pilih yang tidak berdaging, semuanya seafood.

Kalau tak silap aku, kesemua menu ini boleh didapati di restoran-restoran Jepun di Malaysia. Rasanya mungkin ada sedikit beza, tetapi bolehlah nak menyamai selera orang Jepun. Ketika di Jepun dulu, ada kalanya aku dan rakan-rakan cuba masak sendiri di rumah menu-menu ini (cuba jaya), sebab nak merasa "versi" berdaging. Jadi kalau nak yang halal, kenalah masak sendiri.

Jom kita tengok 5 makanan kegemaran aku

Related Posts with Thumbnails