Saturday, December 18, 2010

PROTON SAGA Facelift 2011 : Info Kecil-kecilan

So a few friends bertanyakan aku tentang model SAGA Facelift 2011 (atau SAGA FL - aku tak berapa suka PROTON letak FL tuh). Ada juga yang tanya compare to Myvi. Ok, jangan fikir semua orang tahu tentang kereta ya. Especially kawan-kawan perempuan. Even ada juga lelaki yang tak ambil tahu lansung tentang kereta, contohnya mereka yang lebih cenderung meminati gadgets berbanding kereta.

Jadi aku dengan selamba, nak highlight secara graphic the main changes yang terdapat dalam versi Facelift SAGA ini dan sedikit review dari pandangan peribadi based on pengalaman memandu sendiri kereta SAGA. Pertama-tamanya, TIADA perubahan dari segi powertrain. Maknanya enjin masih sama seperti pre-facelift version. 1,322cc Campro IAFM dengan 94hp dan 120Nm torque. No Turbo whatsoever. Hehe

Ok jom tengok perubahan SAGA FL

EXTERIOR CHANGES :

Photobucket


Photobucket

INTERIOR CHANGES :

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Sedikit mengenai FC (fuel consumption) :

Kalau nak compare Fuel Consumption dengan Myvi, maka sudah tentu Myvi lebih baik. Kerb weight Myvi ialah 950kg berbanding SAGA 1065kg. Dari segi city driving, Myvi memang serves the purpose. But when it comes to highway cruising, SAGA can deliver better fuel consumption. Tapi jangan tak tahu ramai pemandu SAGA yang boleh dapat figure yang baik. Semuanya bergantung kepada cara pemanduan masing-masing. Engine Campro pula memang high rev engine. Tekan sikit dah mengaum, sekejap dah cecah 110km/h. Itu salah satu sebab FC SAGA kurang baik berbanding Myvi.

Both Myvi dan SAGA ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Myvi dengan saiz kompak dan penjimatan minyak, SAGA dengan handling mantap serta kestabilan ketika di lebuhraya. Kedua-duanya  merupakan antara model yang laris di Malaysia. Tapi aku kurang faham sikap sesetengah orang yang suka mengutuk produk keluaran negara sendiri. I know, most of them are salesman (rajin berulang kali komen nak jatuhkan produk lain). 

Oh, kepada yang tak tahu Myvi pun nak keluar model baru juga awal tahun depan. Memang rancak PROTON dan PERODUA sekarang nih.

//Market kereta kat Malaysia ni kecil je. Bersainglah dengan sihat, bukan dengan bantuan komen-komen busuk weh.


0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails