Friday, May 27, 2011

Sinopsis Filem Songlap, ada Shaheizy Sam lagi!

Ini aku jumpa trailer filem terbaru lakonan superstar wonder boy paling pophulerr sekarang, Shaheizy Sam anak mami. Tahun ini mungkin tahun Shaheizy Sam lah. Filem Kongsi (masih ditayangkan) entah dah berapa juta-juta dah. 1st day dah RM1 juta, seminggu dah dekat RM7 juta. Juta-juta lemon la untung David Teo lagi. So this time "Songlap" dari Grand Brilliance dan Red Films. Red Films ni pernah hasilkan "Pisau Cukur", "Kami" dan "Gol dan Gincu". Tengok trailer macam menarik, kualiti gambar pun macam HDSLR lah. Tu yang aku nak share nih. Oh selain Shaheizy, Shafie Naswip dan Sara Ali pun ada. Dua-dua budak ni berlakon gak dalam Nur Kasih The Movie.

Layan dulu trailer gempak "Songlap", pastu sinopsis filem.


Sinopsis filem, dipetik dari Facebook fanpage "Songlap"

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails