Thursday, May 26, 2011

PROTON SAGA FL versi 1.6L Dilancarkan : Better Power To Weight Ratio!

Photobucket


Semalam PROTON menambah satu lagi variant dalam keluarga SAGA dengan pelancaran model SAGA Facelift versi 1.6L Executive. Ini ialah satu minor powertrain improvement untuk memenuhi permintaan ramai yang inginkan lebih kuasa dan better performance dari PROTON SAGA. Harga yang ditawarkan ialah RM46,549 dan hanya dikeluarkan dalam transmisi 4-AT serta warna Solid White. Untuk membezakan dengan PROTON SAGA Facelift versi 1.3L, kereta ini diberikan sport rim versi pre-facelift SAGA SE dan body sticker. Dari segi interior, chrome finishing (color) pada aircond outlet yang sama digunakan seperti pre-facelift SAGA SE sebelum ini.

Satu lagi pilihan dalam segmen ini. Apakah ia mampu menggugat jualan PERODUA? Adakah peminat automotif masih mahu memilih kereta kompak untuk pulang ke kampung? Ini bakal menjadi satu persaingan menarik antara PROTON dan PERODUA untuk tahun 2011.

Secara logiknya, better power vs weight boleh memberikan pecutan lebih lancar dan fuel consumption yang lebih baik dari versi 1.3L. Personally aku tak rasa model ini akan cannibalize PROTON Persona, sebab kedua-duanya merupakan segmen yang berlainan dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails