Showing posts with label perodua. Show all posts
Showing posts with label perodua. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Sembang Kereta : Exora Minor Facelift 2 & Myvi Bumper Baru inkambing soon?

Minggu ni dua kilang buat kereta nasional kat Malaysia ni bikin panas dengan pendedahan projek-projek baru yang akan muncul dalam masa terdekat. Diringkaskan cerita; 

Proton : 

1. Exora Bold free service recall untuk rectify masalah radiator connector yang selalu bocor. 
2. Exora Minor Facelift (MC2) dikhabarkan akan launch awal tahun depan. 
3. Preve Minor Facelift pun dikhabor nak launch awal tahun depan. 
4. Ada pulak spy-shot Exora dengan "baju" ala Nissan X-Gear pulak. Yang ini tak pasti nak launch ke atau saje buang duit buat. 



Perodua : 

1. Myvi Facelift Facelift untuk kali keberapa ntah. Akan muncul pertengahan Januari. 


 Sekian sajalah ringkasan gossip kereta hari ini.

Thursday, July 19, 2012

Perodua Alza Advance Edition Diperbaharui - RM69,503

PERODUA telah melancarkan model MPV mereka Alza Advance Edition yang diberi penambah-baikan berbanding sebelum ini. Dari sudut luaran, ia masih mengekalkan body-kit yang sama seperti sebelum ini. Namun, bahagian interior diberi nafas baru dengan paparan multimedia unit skrin sesentuh dengan integrasi GPS/Navigation. Ini merupakan "carry over" aksesori dari model Myvi yang terbaru. Maklumat lanjut dengan merujuk kepada brochure-brochure berikut.

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

sumber : Buy-Perodua.com

Wednesday, September 21, 2011

Sembang Kereta : Myvi Elegance vs Myvi SE vs Myvi Extreme (Rear Bumper Edition)

Lama ku peratikan...err takde la lama sangat. Sebenornye sejak launching Myvi SE 1.5 dan Myvi Exterme 1.5 tempoh hari jer. Ada sesuatu yang menjadi persoalan tentang ketiga-tiga variant Myvi 2011 ni. Mula-mula kita susunkan dulu gambar variant Myvi nih. Cer korang tengok dulu. Yang atas Myvi 2011 1.3L, kendian Myvi SE 1.5L, last skali Myvi Extreme 1.5L.

Photobucket
Myvi 1.3L 2011


Photobucket
Myvi SE 1.5L


Photobucket
Myvi Extreme 1.5L

Okay kawan-kawan. Aku nak fokus kat Rear Bumper Myvi 2011. Aku ada perasan yang bumper baru Myvi ada satu opening kecil dibawah rear reflectornya. Bila dibaca review di blog-blog automotif, design itu memang sengaja dibuat sebagai penambahbaikan kepada model Myvi sebelumnya (yang tak best macam lagi best). Honestly aku kagum sebab Engineer Perodua actually ada consider benda-benda kecil camtu tapi memberi impak pada model baru ni. No wonder review mengatakan handling Myvi 2011 lebih baik daripada yang sebelumnya. Oh korang tak paham apa aku tulis eh? Cer tengok gambar lepas ni. Aku dah highlight area tersebut

Photobucket

Air Vents tu menurut En Paul Tan, adalah untuk mengurangkan tekanan yang terhasil di rear bumper model lama Myvi. Dengan adanya air vent tu, ia secara tidak lansung dapat mengurangkan flapping dan improve handling kereta. Yelah, bumper sebelum ni memang kosong gitu je kan?

Photobucket

Now, kita tengok bumper baru untuk Myvi SE dan Myvi Extreme. Yang kat bawah ni aku fokuskan Myvi SE dulu. Basicly both are the same, cuma Myvi Extreme ada additional rear bumper skirting. Ok, kat sini aku nak bersoal. Harap-harap ada jurutera automotif, atau lebih baik lagi kalau ada jurutera Perodua dapat explain.

Soalan : Kenapa air vent takde pada model SE dan Extreme? Adakah kewujudan rear diffuser tu sudah meet the purpose dan air vent tak diperlukan? Atau design bumper SE & Extreme tak memerlukan air vent? Aku cuma nak tau tu jer. Harap ada yang boleh explain supaya senang aku nak explain kat orang lain. Thanks!

Photobucket
Takde air vent pada SE & Extreme


p/s : ada 3 jenis spoiler berlainan pada Myvi Elegance, Myvi SE dan Myvi Extreme. Personally aku suka spoiler Myvi SE, spoiler pada Extreme terlalu over sket, and kemungkinan besar sekadar untuk tujuan kosmetik je kut. Even iklan di radio pun macam perli produk sendiri je..."Myvi Extreme 1.5L, boleh terbang ke bulan!"

Tuesday, September 13, 2011

Harga Myvi Extreme 1.5 dari RM58,200 ~ RM61,700

Photobucket
Myvi Extreme 1.5L


Photobucket


Berdasarkan brochure harga dari Perodua, Myvi Extreme 1.5L yang baru ini akan dijual pada harga RM58,200 (manual) hingga ke variant paling mahal iaitu RM61,700 (automatik). Secara peribadi saya fikirkan ia sedikit mahal bagi mereka yang inginkan kereta pertama. Mungkin agak membebankan bagi mereka yang baru bekerja. Tetapi bagi peminat-peminat kereta yang "Extreme", mungkin ini pilihan mereka. Nantikan kemunculan kereta "Extreme" ini di jalanan selepas dilancarkan hujung minggu ini.

Thursday, September 8, 2011

Perodua Myvi Extreme with 1.5L Engine?


Khabar angin (sedikit jerebu) mengatakan bakal dilancarkan pada 16 September depan. Kemain seronok peminat Myvi kereta berkapasiti 1.5Liter ini nak keluar dah. Boleh la cucuk BMW 5-Series dengan lebih cemerlang lagi, atau pun mencilok kiri dan kanan kat highway Seremban dengan lebih efisyen. Kahkah. Jangan marah, tapi itu realiti ok? Masa driving balik raya hari tempoh hari pun hampir-hampir membahayakan aku bila kete aku kena cucuk rapat-rapat (macam jus perapat) waktu malam kat highway PLUS hala ke selatan (2 lane kat Ayer Keroh). Dah la pakai lampu HID yang membutakan mata, siap kasi highlight..hishh tak boleh sabar aku nak pintas lori..

Eh jap. Aku nak cerita Myvi Extreme lah. Ohhh. Kereta ni dah lama dah atas jalan. It's merely the same Myvi "Lagi Best", with extra bodykit (eg Huge Front Lip, Rear Skirt and Tailgate spoiler), expect some new fabric seat (probably leather). Not sure kalau ada enhancement to the chasis since enjin berkapasiti lebih besar digunakan. Anyway dah banyak spyshot (aku pun taktau nape nak spy lagi), model terbaru Myvi Extreme.


Photobucket

Photobucket

Oppss..silap gambar lah. Yang atas tu Renault Megane RS. Aku ingatkan Myvi Extreme tadi. Aaaa yang ni baru betul-betul ori punya Myvi.

Photobucket
Aaa ini baru betul-betul Myvi Extreme

Apa pun, Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.
Gurau jewww, ala itu pun nak butthurt. Cubit kang!

Monday, June 20, 2011

Myvi 2011 Sudah, Lepas Ini Tunggu Persona-R pula

Photobucket
spyshot Persona-R (sumber dari carian google)

Bagi peminat automotif (local scene), model-model baru dari PROTON dan PERODUA memang menjadi bualan hangat. Walaupun dari segi komen di blog-blog online banyak yang negatif mengenai industri automotif di Malaysia, namun saya yakin semangat menyokong produk tempatan tetap ada. (Harap-harap begitulah).

Jadi baru-baru ini, PERODUA sudah pun melancarkan model terbaru Myvi sebagai kesinambungan daripada kejayaan model sebelumnya. Tak perlu nak membanding itu dan ini, kerana in the end ia bergantung kepada minat dan duit poket masing-masing. Lepas Myvi dah launched, tumpuan kembali kepada PROTON yang dikatakan bakal melancarkan model sedan terbaru Persona-R (replacement) awal tahun 2012. Tak lama dah pun.

Details model baru ini masih samar-samar, kecuali perkabaran mengatakan model ini bakal menggunakan enjin Campro Turbocharged 1.6. Tapi ini bukanlah model pertama yang akan menggunakan enjin baru tersebut sebab ia akan diperkenalkan ke pasaran melalui model EXORA Facelift tak lama lagi.

Looking foward to more spyshots and exciting news on the local scene. Kudos to PROTON and PERODUA.

Thursday, June 9, 2011

(LATEST) Harga Myvi 2011 Baru

Rasanya ini lebih tepat. Sumber dari dealer PERODUA sendiri yang dah ada printed catalogue price. So boleh refer details tentang setiap variant. Seperti airbags, ABS, GPS dan lain-lain. Sumber Buy-perodua.com

Photobucket


OTR Price

1.3 Standard (Ez) Auto       Solid : RM 47,426 | Metallic : RM 47,926
1.3 Standard (Ez) Manual   Solid : RM 44,426 | Metallic : RM 44,926

1.3 Premium (Ezi) Auto       Solid : RM 50,226 | Metallic : RM 50,726
1.3 Premium (Ezi) Manual   Solid : RM 47,226 | Metallic : RM 47,726

1.3 Elegance (Eze) Auto       Solid : RM 57,388 | Metallic : RM 57,908
1.3 Elegance (Eze) Manual   Solid : RM 54,408 | Metallic : RM 54,908 

So apa pendapat anda? Harga bersesuaian ke? Adakah pemilik Myvi sekarang akan bertukar kepada Myvi yang baru tetapi sama saiz, sama kecil, sama ruang beg balik ke kampung? Pendapat aku, kereta ini amat sesuai sebagai 2nd car untuk city driving. Tetapi, dengan harga begini dan lebih banyak alternatif lain untuk dipilih, customer harus berfikir panjang untuk memilih berdasarkan praktikalilti atau sekadar follow the trend. Hehe.

Apa pun, with the Toyota/Daihatsu DNA going strong with the Malaysian people's mindset, kereta ini bakal menjadi model terlaris Perodua sekali lagi.


Tuesday, June 7, 2011

Harga Myvi 2011 Baru?

Photobucket



Daripada sumber-sumber telefon karat,
Harga tentatif PERODUA Myvi 2011. Variant bukan main banyak kali ini.

1.3 Standard (Ez) Auto       Solid : RM 47,426 | Metallic : RM 47,926
1.3 Standard (Ez) Manual   Solid : RM 45,400 | Metallic : RM 45,900

1.3 Premium (Ezi) Auto       Solid : RM 50,226 | Metallic : RM 50,726
1.3 Premium (Ezi) Manual   Solid : RM 48,200 | Metallic : RM 48,700

1.3 Elegance (Eze) Auto       Solid : RM 57,388 | Metallic : RM 57,908
1.3 Elegance (Eze) Manual   Solid : RM 53,200 | Metallic : RM 53,700


*harga mungkin berubah ketika official launching nanti

Thursday, May 12, 2011

Countdown #Myvi2011

Baru-baru ni PERODUA ada bagi hint tentang launching produk terbaru mereka. Apalagi kalau bukan Myvi 2011. Tak pasti sama ada nama Myvi akan maintain atau tidak. Tapi dalam ucapan MD Perodua tu ada menyebut, kalau launching Sept kira dah terlambat untuk diorang kejar target sales tahun ini sebanyak 195,000 unit. Since sekarang dah May, kemudian PERODUA mention yang sales mereka akan kembali melonjak (sejak krisis Tsunami di Jepun - yang efek parts PERODUA) maknanya model terbaru ini akan dilancarkan somewhere around end July or early August.

Seperti biasa, model ini bakal jadi hit. Sebab apa? tak banyak kereta yang boleh compete dengan dia dalam segmen yang sama. It's a perfect 2nd car, and 1st car for students. And most important, that T-brand factor yang banyak membantu imej PERODUA. So kepada sesiapa yang ada plan nak sambar Myvi, better wait a bit..dapatkan yang baru. Totally new interior (based on Alza dashboard), walaupun exterior not so much different. But there will be a new engine variant, 1500cc also based on the Alza. Ini pasti jadi biggest selling point. 

Photobucket
Ciri-ciri membezakan Toyota Passo & Myvi 2011 (hadapan)


Photobucket
Ciri-ciri membezakan Toyota Passo & Myvi 2011 (belakang)

Monday, January 31, 2011

Spyshot Myvi 2011 Uncovered!

PANAS NIH

Spyshot Myvi 2011 sudah terbocor di internet. Sama ada sengaja atau tidak, sudah terbocor dan terbogel sudah wajah baru Myvi 2011. Seperti yang aku jangka sebelum ini rear design tak banyak berubah dan Perodua masih mengekalkan design lampu brek yang lebih kurang dengan model sekarang. Tidak sama dengan Passo 2011.

Ini sekali pandang macam gambar dalam kilang. Tengah QC inspection barangkali. Macamana boleh terbocor? Ada dua faktor, vendor yang curi ambil, atau pun staff Perodua sendiri yang bocorkan atau pun mungkin salah satu strategi marketing yang sengaja dilakukan. Heh nampaknya production unit sudah ada, tak lama lagi lah tu nak launching.

Photobucket
view depan dah ada rupa Hyundai pulak. Ni baseline ni, takde foglamp

Photobucket
Rear view tak banyak ubah, no suprise. Interior tak tahu


Setuju tak front view Myvi ini iras-iras Hyundai nye latest front fascia design cue sket..
Apa pendapat korang design versi 2011 ni?


SOURCE : pic kredit to TS at forum lowyat

Sunday, December 26, 2010

Jom Skodeng Perodua Myvi 2011

O hai.
Kali ini aku nak sembang fasal kereta dari PERODUA pula. Kereta yang dikhabarkan akan muncul 1st Quater 2011, iaitu new Myvi 2011. Lately sejak PROTON mengumumkan tentang SAGA Facelift (yang sudah pun dilancarkan), PERODUA mengambil langkah awal "menayangkan" model baru syarikat itu di jalan raya. Dari situ muncul lah "spy shot" kereta yang bakal muncul suku tahun pertama 2011 itu nanti.

Photobucket
Myvi 2011 Spyshot

Sekali pandang mesti ramai kata sama saja. Cuma tukar tailgate belakang yang nampak ada styling line berbanding  model Myvi sekarang (rujuk gambar bawah). Tapi sebenarnya kalau di kaji betul-betul, Myvi itu adalah sama dengan Toyota Passo/Daihatsu Boon yang baru. Kali ini PERODUA mengambil inisiatif lebih sikit dengan menukar bahagian depan (most probably headlights, bumper), dan belakang (tailgate, rear combi lights, bumper). Pendek kata, similar to what PROTON did with the SAGA Facelift.

Photobucket
current Myvi design (ini versi SE)

Photobucket
ini Toyota Passo 2011 (yang berkongsi platform dengan Myvi)

Kalau diperhatikan betul-betul, kita boleh mengesan design Passo baru di dalam Myvi 2011 spyshot. Cuba bandingkan styling line pada pintu di mana sama dengan Passo terbaru. Bentuk pintu belakang pun sama, di mana PERODUA cuba menyembunyikan styling line pintu dengan menampal kertas putih seolah-olah design Myvi sekarang (rujuk kedua-dua gambar bawah).

Paling ketara diubah ialah bahagian belakang, di mana PERODUA membawakan design baru pada tailgate dan rear combi light. Perhatikan curvature pada bumper belakang sama dengan Passo, tetapi di tambah rear reflector dan kedudukan nombor plet diletakkan di atas.

Photobucket

Apakah perubahan pada Myvi 2011 nanti? Based on specification pada Passo, tidak banyak perbezaan sebab ia berkongsi platform yang diteruskan daripada model Passo sebelumnya. Cuma ada sedikit perbezaan pada Length dan Height kereta tersebut. Width masih sama so kita boleh bayangkan keluasan dalaman tidak banyak berubah dengan model sekarang.

Photobucket

Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah bagaimana rupa bahagian depan dan trim dalaman kereta Myvi 2011 nanti. Apakah ia akan membawa konsep yang ada pada Passo 2011 seperti di bawah? Tapi aku rasa, PERODUA akan memilih untuk menggunakan konsep yang ada pada Myvi sekarang kerana lebih menjimatkan jika carry over design. Mungkin ada perubahan sedikit tapi rasanya tidak akan serupa dengan Passo 2011 ini yang nampak terlalu simple dan terbuka.

Photobucket

Model baru Myvi ini sebenarnya sudah di "teaser" masa pameran KLIMS baru-baru ini. Jadi agaknya sudah boleh agak rupanya bagaimana. Dan rasanya model dibawah ini membayangkan variant SE untuk Myvi berdasarkan design bumper yang agresif dan front grill yang garang (garnish berwarna hitam saja di tunjukkan).

Photobucket

Apakah Myvi akan diperkenalkan dengan variant 1500cc? Kenalah kita tunggu lebih banyak lagi spyshot muncul. Hopefully ini bukan model variant Myvi lagi dengan harga yang berpatutan. Nampaknya industri automotif di Malaysia semakin rancak tahun hadapan!

Gambar-gambar sumber dari carian google.

Wednesday, July 7, 2010

Perodua Myvi LE? Ladies Edition Ke?

Peh, berpinau mata tengok website Paultan.org hari ini. Ada kereta warna bling-bling lah. Itulah dia Perodua Myvi LE, edisi yang keberapa kali pun aku tak ingat dah. Kalau tak silap sebelum ini pun ada Limited Edition juga yang berwarna hitam tu. Kali ini "lain macham" sikit LE nya. Ada flower print pada centre cluster dekat trim radio tu. Memang girlish. Jadi aku rasa walaupun top mark di belakang tulis "Limited Edition", aku rasa maksud sebenarnya ialah Ladies Edition. Dengan warna "pink karer", haruslah buyer dia golongan wanita. Aku tak dapat bayangkan seorang lelaki sejati membawa kereta yang ada bunga-bunga macam ini. Lebih baik beli Myvi SE lah. Much better than this!

Harga Myvi LE ini :
RM48,600 untuk warna metallic
RM48,100 untuk warna solid

Wau, pink karer lah. Just a paint job to me.
(photo source paultan.org)

Wah lau, ada itu munga-munga cintan woo! so ayu aa this car
(photo source paultan.org)

Yang ini Myvi BE, Babies Edition! haha
terhad edisi manual (guna kaki)


p/s : dengarnya tak lama lagi PROTON pun nak keluarkan model terbaru..!

Monday, November 30, 2009

Latest Offering from Perodua : ALZA

I visited the nearby Perodua showroom to see the latest addition in their product line-up; the Perodua Alza. Basicly everyone (who surfs the net) knows that Perodua will carry over the model from their major share holder company, Toyota/Daihatsu which is the Toyota Passo Sette. Suprisingly Perodua also wants to have a go at MPV segment right after Proton announced that they are developing their own MPV back in 2007 (if I'm not misaken).


Perodua Alza Front & Rear

Anyway, it was no suprise that the showroom was packed with people interested to see what Perodua will offer in the new model. No suprise on the exterior. Difference between the Toyota Passo Sette and Perodua Alza are the Front and Rear Bumpers, Radiator Grill and the Projector Headlamps. Some says that this Alza look is better that the Passo Sette, but I personally don't agree with that. The Alza's design is so similar to the Myvi (frontal) and Viva (rear). It feels boring to look at the car many times.

compare with Myvi and Viva
I can see a Myvi front with Viva rear in the new Alza


Interior wise, also not much different from Passo Sette. Meter cluster is located at center (which I can't help but feeling awkward - reason for not buying Vios), the gear lever (AT version) is up on the dashboard, while there is a foot brake (AT version) which provide better leg room for the front seats. By the way, the driver seat is extended to the passenger seat, making it a bench like seating. However it's still a two seater while the center portion can be folded as an arm rest. There's audio control on the steering too. Similar to the Proton Exora, bluetooth audio function is available for the premium version.





2nd row seats legroom is OK (similar to Myvi's) but 3rd row seats is a NO for me unless the 2nd row is pushed further front. The entry to 3rd row is quite cramped, not suitable for adults (over 170cm). Luggage space is too damn small. I wonder how Perodua can claim that this is the car for "Balik Kampung", there's no space for luggage! The area depth is just about the same of an A4 paper width, which is just about 30cm.

Colorwise, there's a new color besides 5 other carry over colors from Myvi. The new color is called Classy Purple which we used to see on the Proton Persona. (same as Blueberry Tea). In my opinion, this car looks good in bright colors; which to me the best color is Pearl White. It will give the car bigger look, plus the fact that white color is the trend nowadays.

All in all, my summary of the Perodua Alza:

What I like:
1. A new car, fresh model
2. Compact, easy for city driving
3. Nice headlamp
4. Proven engine from Toyota/Daihatsu
5. Front seat legroom
6. Head unit/Radio design
7. Build quality - inherited from Toyota/Daihatsu DNA

What I don't like:
1. Center position meter cluster
2. No luggage space!
3. No 3rd row aircond
4. Difficult entry to 3rd row



Personally, I'm not into this kind of segment yet, so I have no plans on buying any MPV in the near future. This is just my personal view of the car (as an automotive fan). No hard feelings ya!


*photos courtesy of GOOGLE.com

Related Posts with Thumbnails