Showing posts with label Hantu. Show all posts
Showing posts with label Hantu. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Dekat #Karak ada 10 Hantu?

Photobucket


Esok satu lagi..haihhh satu lagi filem genre Seram bakal menghantui panggung di Malaysia. Kali ini percubaan sulung daripada salah seorang adik-beradik kreatif KRU iaitu Yusry. Selepas kejayaan Hikayat Merong Mahawangsa, kali ini Yusry kembali dengan filem seram pertama terbitan KRU Studios bertajuk Karak - Laluan Puaka. Bukan mulut puaka macam si lazerrr tu okkeiy? Tak baik tau deknon..

Apa pun, kita tengok macamana sambutan filem ini. Sebab kena bersaing dengan entiti-entiti hebat seperti Nur Kasih, Kongsi dan Pirates Of The Caribbeans. Apapun, tengok dari trailer..filem-filem seram di Malaysia kini semakin berani tampil dengan hantu-hantu lebih ganas dan mencuakkan. CGI yang diorang guna pun nampak hidup. Itu memang trademark KRU dalam filem-filem mereka. Antara penggiat filem yang rajin menggunakan CGI dengan baik sekali.

Apapun, kalau ada masa nanti aku buat sedikit review filem Karak ini. Tak pasal-pasal lepas ni sapa yang nak balik ke pantai timur nanti kawan-kawan cakap..eh eh kau balik kampung lalu jalan puaka eh? LOL



Photobucket

ini bukan hantu. ini makhluk tuhan paling bibir seksi

Sunday, September 19, 2010

Hantu Raya

Tahun ini kita beraya dengan Hantu.
Tengoklah, sebaik saja 1 Syawal tiba semua hantu berpesta di televisyen.

Ada susuk, jangan pandang belakang, jangan tegur, congkak, 40 hari bangkitnya pocong, kisah seram malam raya, beranak dalam kubur, kuntilanak dan macam-macam lagi hantu.

Photobucket
Betul, David Teo pun tak bagi tengok belakang

1Malaysia, 1Raya, 100Hantu

Monday, May 10, 2010

Iklan Jawatan Kosong : Hantu Part Time

Maskot : Hantu Hip Hop Gunung Raya

Kepada semua yang ingin mencari pendapatan lebih, atau kurang berpuas hati dengan earnings dari Nuffnang anda, bolehlah cuba memohon pekerjaan sebagai Hantu sambilan, atau dengan kata lain "Professional Scarers". Sila rujuk maklumat lanjut di dalam iklan dibawah. Ini bukan dugaan, ini betul-betul tau. Jadi jika anda mempunyai salah satu kriteria berikut :

1. Perangai macam Hantu
2. Boleh mengilai macam Pontianak (bukan bogel macam pontianak)
3. Mampu buat memek muka macam Zombie
4. Gagah seperti Terminator (terminator???)

Cubalah nasib. Tapi kena pergi interview dulu ya. Pastikan anda make up sehabis baik. Mana tahu karier anda sebenarnya bukan seorang Jurutera, ataupun Designer. Tetapi seorang "Professional Scarer!"



SOURCE : mailbox aku

Bertanya di FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog! Jangan tanya iklan kerja!

Related Posts with Thumbnails