Showing posts with label Khabir Bhatia. Show all posts
Showing posts with label Khabir Bhatia. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Kalau Letak Poster Ni Boleh Dapat 19 Juta Viewers Tak?

Astaga, lama gila tak tulis entri gila-gila. Nanti takut orang label Bapak Gila-gila pulak..eh macam bapak gula-gula pulak. Dulu bukan kemain tulis pasal Tiz Zaqyah. Asal ada drama dia je nak tulis entri. Tapi itu zaman banyak masa terluang dulu. Sekarang mana boleh tengok TV sambil taip entri dah.

Oh bai de wei movie Nur Kasih yang dah lamaaaaaaa dok gebang-gebang tu dah nak keluaq dah habaq mai. 19hb Mei 2011, tarikh filem tu ditayangkan. Hmm camne nak tengok wayang ni? Ada budak kecik. Takkan nak tunggu ASTRO First? tak jadi first viewer la camtu. Eh ASTRO pun takde..aaaaa tidaakkkkk......(fade out) (fade in lagu Nur Kasih)

Photobucket



Saturday, December 5, 2009

Nur Kasih Special 3 : Siapa Kabir Bhatia?

Siapa pengarah drama Nur Kasih? 

Info dipetik dari web Sinema Malaysia. Tidak pasti bila kali terakhir di kemas kini. Tambahan info oleh saya di hujung entri.




Nama Penuh :      Mohd Kabir Bhatia Bin Abdullah
Tempat Lahir :     New Delhi
Bangsa :     India
Bahasa :     Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya :     Pengarah, Penyunting Filem, Penyunting Video, Penerbit Filem, Penerbit TV, Penulis

Dengan pengalaman lebih 15 tahun di dalam industri penerbitan, beliau merupakan seorang pengarah dan penerbit yang amat berpengalaman. Memulakan kariernya sebagai eksekutif akaun dalam pengiklanan konsep (India). Kemudian beliau beralih ke bidang pembikinan filem dan menyertai UTV India sebuah syarikat pengiklanan, filem & televisyen yang terkenal di sana sebagai penerbit eksekutif dan pengarah. Meneruskan khidmat beliau di Antah-UTV (M) Sdn Bhd sehingga tahun 2001 dan selepas itu memutuskan untuk bergerak sendiri.

Beliau telah menerbit dan mengarah beberapa iklan, korporat, rancangan televisyen dan video syarikat di Malaysia, Singapura dan India.

Beliau juga telah mengarah komersil untuk Storm Mitsubishi, Pelancongan Sarawak, Air Mineral Bleu. Baru-baru ini beliau telah mengarah Video Korporat untuk Berjaya Resort dan Hotels in Pulau Langkawi, Redang & Tioman.

Bagi rancangan televisyen di Malaysia, beliau telah mengarah program-program seperti (Astro) Idaman 1 & 2, Bila Larut Malam, (NTV7) Jodoh dan Mastura, (TV3) Ah-ha!, Telemovie Primadona (Pemenang Penerbitan Terbaik, Sinematografi Terbaik, Solekan Terbaik di Anugerah PPPFM 2000, Filem Terbaik, Penerbitan Terbaik di Pesta Perdana Suria 2001), Talk About Love, sebuah sitcom di TV2 (pencalonan untuk Komedi Terbaik di Anugerah Teklevisyen Asian)

Beliau juga merupakan Line Producer bagi filem Bollywood 'DON' yang dibintangi Shah Rukh Khan.

Dalam tahun 2006, beliau telah mengarahkan filem Cinta untuk Grand Brilliance dan mempunyai 3 lagi filem yang akan diarah beliau untuk Grand Brilliance dan Tayangan Unggul pada tahun 2007.

Beliau juga merupakan Journalist Drama bagi Star Newspaper dan telah mengarahkan telenovela 75 episod Manjalara dan 25 episod drama Kasih Suci untuk TV3.

Antara hasil karya Kabir Bhatia yang ditayangkan dalam tahun 2009 termasuklah Kekasihku Seru dan Tower 13. Di layar perak pula filem Cinta, Sepi, Setem.


*update : Kabir memenangi Anugerah Drama Bersiri terbaik 2009 - Kekasihku Seru

Friday, December 4, 2009

Nur Kasih Special 2 : Pengaruh Runut Lagu dan Drama

Kalau ada yang sudah perasan, TV3 sudah mula menayangkan iklan drama bersiri terbaru yang akan memenuhi slot drama hari Jumaat. Namun aku tak berapa terpikat dengan OSTnya. Kalau tak silap, nyanyian Siti Nurhaliza kan? Lagu mendayu gitu tak berapa kena dengan saya..hehe

Apa pun, OST memainkan peranan penting dalam mempopularkan sesebuah drama bersiri. Lihat saja bagaimana drama bersiri Jepun dan Korea menggunakan pengaruh lagu dalam drama mereka. Secara tidak lansung lagu/artisnya menjadi popular dan drama pun laris.

Untuk tahun 2009, saya rasa lagu OST untuk drama TV yang terbaik haruslah nyanyian Yasin, dan ditulis oleh Yasin sendiri tak lain tak bukan, lagu Nur Kasih.

NUR KASIH - Yasin

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Terbayang-bayang drama Nur Kasih kan? Boleh flashback intro drama ini kan? Hebat!
Kombinasi lagu dan drama yang cukup mantap! Setuju?

*tapi kenapa sudah kurang kedengaran Nur Kasih di corong radio ya?

Wednesday, December 2, 2009

Nur Kasih Special - Part 1



Ini bukan episod special Nur Kasih ya. Ini entry khas aku dedicate untuk drama 26 episod yang berjaya menarik minat aku (yang kurang follow drama bersiri Melayu sebenarnya). Ala-ala tribute to Nur Kasih lebih kurang. Sebab drama berbahasa Melayu, lebih mudah aku cerita dalam bahasa Melayu juga.

Nur Kasih. Dua perkataan yang menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini. Lihat saja result hasil dari Google perkataan tersebut.


Berjuta beb! Mungkin sesiapa saja yang meletakkan perkataan Nur Kasih dalam blog/entry mesti dapat traffic yang menggalakkan. (Jumlah result google pasti sudah meningkat kerana screenshot diambil 2 hari lepas)

Aku bukan apa, drama Nur Kasih baru saja menutup tirai jumaat lalu (27 Nov), setelah berminggu aku dan isteri tanpa gagal mengikuti drama berunsur kasih sayang + islamik ini. Tak pernah aku begitu seronok mengikuti drama Melayu. Sebabnya stesen TV di Malaysia ini dipenuhi dengan drama Melayu yang cliche, predictable, tak realistik, polis yang tak pandai pegang pistol, keluarga kaya berkereta Toyota Celica, jiwang tak bertempat, runut bunyi tak menarik, lawak yang tak berapa nak lawak, hero capek dan sebagainya. Nampaknya dah hilang rasa suspen tiap jumaat menunggu drama Nur Kasih..hehehe. Mungkin suspen tunggu Filemnya pulak?

Nur Kasih diarah oleh seorang pengarah yang hebat. Khabir Bhatia. Walaupun seorang kelahiran New Delhi, namun karyanya hebat-hebat belaka. Filem-filem yang diarah oleh Khabir semua sudah aku tonton. Cinta, Sepi, dan Setem. Drama yang pernah aku layan pula Manjalara, Kekasihku Seru dan of course; Nur Kasih (bayangkan suara Yasin). Skrip drama pula ditulis oleh isterinya sendiri Mira Mustaffa.

Persamaan yang aku rasa wujud antara kesemua filem dan drama di atas; Sinematografi yang hebat. Angle yang menarik, pertukaran plot yang teratur, pelakon dan situasi yang dekat dengan realiti (tak ada kereta mewah, perempuan seksi, gangster etc). Dialog-dialog ringkas tapi berjaya samada yang menyentuh perasaan atau komedi sinis.

Pasti ramai yang bersetuju bahawa semua drama-drama Khabir Bhatia yang ditayangkan di TV mendapat sambutan. Apa agaknya genre yang bakal dibawa dalam masa akan datang?
akan bersambung dalam entri seterusnya.

Related Posts with Thumbnails