Thursday, May 19, 2011

Demam Nur Kasih sudah bermula! 19 Mei 2011



Okei okei..sila bayangkan ada lagu Nur Kasih di background sambil korang baca entri ni.

Penamat kepada siri drama popular gila babeng di Malaysia, Nur Kasih. Gila kau, drama Nur Kasih tu berapa kali punya repeat weh. Masa bersahur pun ada, masa berbuka pun ada. Dah abis raya pun ada lagi. Tak cukup kat TV, kat tonton pun nak streaming lagi. Lepas tu keluar DVD collection lagi. Kat kedai Ravi pun ada kut. Memang menggila drama ni. Aku pun ntah berapa kali tengok.

Sebelum ini pun aku dah beberapa kali tulis entri pasal Nur Kasih. 1 thing yang aku respect dengan flim ni ialah cinematography. Memang mantap. Lain dari lain. Tak sama dengan flim-flim yang papa sol dan sol KKL KKL Drift! buat. Skill Khabir Bhatia memang sebaris dengan kehebatan arwah Yasmin Ahmad.

Pelakon toksah cite ah. Tiz Zaqyah ado, Fizz Fairuz ado, Remy Ishak ado, Mia Sara pun ado. Pastu ada ramai lagi. Tapi nampak gaya macam 

Apapun, aku lambat sket tengok kut. Camne nak bawak baby tgk wayang. Nanti kena atur strategi dulu. Hahaha itu pun kalau tiket tak sol sol sold out hari-hari. Kata 19juta orang nak tengok. Err..dR Rozmey tengok Nur Kasih tak?




Agak-agak korang rasa berapa juta kutipan Nur Kasih the Movie nanti? Aku rasa tak kurang dari RM8juta kut. Bakal menjadi filem paling laku di Malaysia. Tapi tidak mungkin dapat mengatasi rekod filem 2Alam, sebanyak RM40juta. 

Sekian, bye


0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails