Nampaknya cerita iklan raya TV3 sudah
santa setel. Semalam TV3 sudah pun apologize masa Buletin Utama. Hari ini semua akhbar punya headline tulis tentang penarikan balik iklan tersebut.
KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta. - Kosmo
Hebat, dalam masa yang singkat je, isu iklan ini tersebar meluas di alam siber dek kerja Facebook, Twitter dan
Hajime Kindaichi Blogs. Reason kenapa aku bantah iklan itu ialah bagaimana ia menggambarkan campur aduk elemen pelbagai agama untuk perayaan besar umat Islam. Itu saja. Mungkin percaturan nak buat iklan berunsurkan 1Malaysia gagal di situ. Gagal sama sekali. Nasib baik TV3 prihatin dengan feedback viewers. I thank you for that.
Tapi disebalik itu semua, aku sedikit
kagum keliru dengan beberapa
adiwira penyelidik iklan yang mendapati iklan itu ada kaitan dengan unsur Illuminati, Freemason dan sebagainya.
Pada pendapat aku, diulangi..
pada pendapat peribadi aku, kita terlalu cepat
over-exeggerate dengan isu ini. Rasanya, daripada kita mengkaji semua iklan di Malaysia ini, lebih baik kita tingkatkan ilmu di dada kita supaya tidak mudah dikaburi oleh segala penipuan duniawi. Pada aku, certain points yang dikaji itu tak masuk akal. Wayy to much. Ke laut perginya.
Seriusly, aku pun tonton
.com.my segala macam dokumentari tentang Illuminati, Freemasons, New World Order dan whatsoever lagi. Memanglah menakutkan sikit bila tengok what they have done all these while. Dan aku tak menafikan 100% kewujudan organisasi itu. Kita juga sedia maklum, yahudi akan cuba mempengaruhi kita menerusi media, fashions, propaganda, foods bla-bla-bla dan banyak lagi. Itu memang kerja mereka, nak sesatkan orang. So apa yang patut kita buat kalau tak nak sesat? Kuatkan rohani dan ilmu di dada lah!. Daripada duduk kaji sampai tak tentu arah (which I don't know apa impaknya kepada kita semua), lebih baik kita dekatkan diri dengan Allah. Senangkan? Lagi banyak masa ko spend depan TV and komputer tu, lagi cepatlah kepala otak tu korup (skrin komputer tu boleh illuminate tau).
Tapi sekali lagi aku nak bagitau, aku rasa
on this particular issue (iklan raya TV3
santa claus pope), it's just too much (aku cuma tak agree part tulisan jawi terbalik - itu pun tak berapa jelas kelihatan, betul ke jawi?). Please don't confuse all of us with those theory. Nanti hari raya budak-budak semua pakat cerita benda merapu.
p/s : jangan sampai orang buta mata sebelah pun korang label "mobile all seeing eye" pula.