Poster menarik sebagai intro hari ini
(untuk rekod, impotence bermaksud pucuk yang kematian)
Semalam ada seorang insan kurang macho. Ketika itu lif on the way turun. Dekat skrin nombor dah beransur dari 3,2 dan nak sampai ke ground floor. Insan kurang macho yang sedang tunggu lif sama aku ni dengan hampehnya menyalakan rokoknya. Sungguh faktap disitu.
Aku dengan wife yang dok tunggu ni terus tak jadi masuk disebabkan mamat tak macho tu yang masuk dengan rokok menyala dan hidung berasap macam ekzos lori hantu. Kami siap buat body language menyampah (tapi bukan gedik), sambil mengeluarkan sound efek "Hisshh apa ni nak masuk lif hisap rokok!". Tak pastilah kalau otak dia boleh digest perbuatan aku tu.
Di sini aku syak, dia gagal membezakan dua situasi yang berlainan. Aku tau perokok suka merokok di dalam tandas. Especially ketika buat projek besar-besaran. Dalam tandas tu takpelah lagi (walaupun sebenarnya tak boleh merokok), sebab ko masuk tu tandas sorang-sorang. Tapi dalam lif tu beramai-ramai. Budak-budak ada, perempuan mengandung ada, Indon tukang sapu pun ada. Pakai la otak sikit. Hisaplah rokok lepas keluar dari lif, bukan semasa dalam lif! Be rational la weh. Please..
Besar lebih kurang, tapi tandas tu kau masuk sorang-sorang!
7 feedbacks:
hahaha.
setuju bang!
sangat setuju!
"Besar lebih kurang, tapi tandas tu kau masuk sorang-sorang!"
Aku suka statment tue...
betol tuh.
kalau nak merokok sgt,tp tgk la tmpt
haihh manusia manusia =_=
setuju bro. lift bukan tandas
memang anti dengan perokok, dorang ni kadang2 tak hormat orang lain, kalau sedap sangat telan je terus batang rokok tu.
kalau jumpa org mcm ni, nak aje aku guna statement noh hujan..
'awak busuk!'
Hidung saya pedas
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan