Thursday, September 9, 2010

Lagu Raya Tahun 2004

Ini repost daripada entri raya aku tahun 2004. 2nd Raya di perantauan. Hari tu kuliah seperti biasa. Kalau tak silap aku kelas Differential. Bosan gila. Bawak kuih raya kiriman famili ke kelas, pastu makan sorang-sorang. Sebab dalam kelas tu aku sorang je "alien", yang lainnya bermata sepet, rambut kuning tak berbasuh. Musim itu musim luruh. Suhu dah jatuh dan nak masuk Winter. Sejuk sejuk sejuk.

Jadi aku tulis entri ni weekend lepas raya tu. Hari Ahad. No edit, repost balik je.

Tajuk entri : Questions and Answers (Hari Raya Edition)

Hai selamat hari raya
( ye selamat hari raya kepada anda juga )
Kami semua ucapkan
( saya pun ucap jugak )
Menikmati hidangan
( sedang menikmati nih )
Yang kami sediakan
( masa bila anda sediakan nih? )

Sila jamu selera
( jamu ape..telur goreng ngan nasi kosong je nih hah )
Dengan bermacam hidangan
( ape barang...jgn kan hidangan..pinggan pun tak basuh lagi ni hah )
Pilih yang mana suka
( aku nak pilih camne..takde bende nih hah..)
Sila janganlah segan
( aku bukan segan..dah takde ape2 nih...)

Rasalah ketupat ini
( hohoho..nak rasa..tapi mane ketupatnye? )
Dengan rendangnya sekali
( hah rendang ka...kena tunggu askar2 buat )   [askar merujuk kepada rakan-rakan seuniversity]
Sudilah rasa kuihku
( oo ko buat kuih ker...aku takde la...tahun ni tak dapat..)
Pilihlah yang mana satu
( ada satu jenis je..nak pilih dua tak boleh aa..)

Hai... di hari begini
( aa hari ape? sejuk ni hari ahad lagi )
Kita menjamu selera
( hohoho jamu2..makan-makan ape yang ada..sile sile )
Kita bermaaf-maafan
( maaf ek...15-7...0-0 takbleh aa..amai sangat..huhu )  [amai means manja dalam japanese]
Di suasana hari raya
( yaa takkan suasana hari krismas kut..)

+ + + + + + +

Don't expect any updates during hari raya 1-2-3, sebab aku pun tak expect ada readers waktu Raya. Takkan hari raya pun korang nak mengadap internet kan? Get a life, enjoy raya with your families and friends ok?

Trafik blog? Halaa, tak mati pun kalau 2-3 hari tak dapat trafik..tak perlu lah susah payah copy paste entri orang kan semata-mata nak update.. Lepas raya nanti kita balun baik-baik tulis blog ok? (nak troll pun silalah).. Setuju?

2 feedbacks:

Ili Shaheera said...

Sempat berjenaka ea.. x3

Kujie said...

Salam.... selamat hari raya aidilfitri 1431H, maafkan jika ada kata-kata yang salah, hati yang berprasangka , janji yang sering lupakan atau pun sikap dan sifat yang sering menyakitkan . Kak Jie insan biasa yang tak luput dari khilaf dan salah.

Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf zahir dan batin

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails