Wednesday, September 15, 2010

The Best Mee Rebus in Teluk Intan

Best of Teluk Intan : Mastan Ghany Mee Rebus
Kombinasi Mee Rebus + Air Sirap Laici = Mengancam


Cuti Raya panjang lagi, jadi pasti ramai sedang memikirkan aktiviti waktu cuti disamping pergi beraa ke rumah sanak-saudara dan kawan-kawan. Aku masih di kampung, menikmati cuti panjang sambil nak cerita kat korang semua ni.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke pekan Teluk Intan, pastikan jangan lupa singgah ke restoran Mastan Ghany yang terletak berhadapan bangunan The Store dan berdekatan dengan Stesen Bas lama Teluk Intan. Tidak pernah lengang dengan pelanggan, menu utamanya ialah Mee Rebus, Rojak, dan ABC. Biasanya bagi mereka yang berasal dari sini, pasti pernah menikmati kelazatan Mee Rebus Mastan Ghany.

Restoran Mastan Ghany bagi aku adalah antara tempat makan yang paling bersih pernah aku pergi. Tiada sampah sarap di lantai, meja sentiasa bersih, lantai pun cantik, meja dan kerusi sentiasa tersusun. Tak mustahil ia mendapat rating A dalam kebersihan premis. Servis cepat, dan sebab itu pelanggan tidak putus-putus silih berganti.

Jadi dalam musim cuti ni kalau ada sesiapa yang datang beraya ke Perak, singgahlah pekan Teluk Intan, mai pekena Mee Rebus Mastan Ghany. Pasti tidak akan mengecewakan! Restoran ini beroperasi dari pukul 8.30am hingga 6pm. Tutup hari Jumaat tau! 

p/s : FYI Ada 4 kedai Mastan Ghany di Teluk Intan (adik-beradik), but the best one is located opposite The Store. The other 3, not recommended. Tak best!

2 feedbacks:

Lily said...

Perak jugak ( :

Anonymous said...

tempat makan best kat kamunting kat mana plak? gua tak jumpe ni.


PS: weh lama gila cuti?

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails