Showing posts with label My Opinion. Show all posts
Showing posts with label My Opinion. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Tak Sabar Nak Tengok Sarkas Kat KL esok

ahh aku tak suka tulis pasal politik sangat, tapi..

Bersih, bersih, bersih. tak habis-habis.
Hakk ptuiihh!

Bikin panas sama rakyat Malaysia. Ambiga punya pasal, satu Kolumpo sesak. Kononnya menuntut pilihanraya yang adil, berselindung disebalik perkataan "Bersih" dan perjuangan Demokrasi. Pigidah. Semua orang faham ini kerja politik dengan agenda tertentu. 

Jangan dok kata la perhimpunan aman. Macam tak biasa je korang ni dengan situasi politik di Malaysia. Bila ada penglibatan parti politik khususnya Parti Keadilan dalam kelompok so call NGO ni, mesti akan ada kekecohan. Dah lupa ke kejadian kat Masjid Amru Al-As? Macam tu ke gaya nak buat perhimpunan Aman di jalanraya? Kalau dalam masjid pun tak boleh kawal diri, especially ketua AMK tu ape cite beb. Terkinja-kinja dalam masjid. Takde adab. 

Esok yang turun 100% pasti mostly bangsa Melayu. Sebab apa? Sebab kita mudah dipermainkan. Sama macam brader AC tipu orang melayu dengan gelang ajaib dia. Bersih ni umpama orang jual produk MLM yang kononnya berunsur Islamik pada harga yang tak munasabah. Tapi orang tetap beli, sebab percaya dengan tipu helah penjual dengan dalil-dalil dia. Macam Bersih ni, dah tau si pengerusi dia tu ada history yang kurang enak pada penganut Islam di Malaysia, tapi orang sokong gak. Sebab apa??? sebab salahguna term BERSIH, sebab DEMOKRASI. Kononnya lah kan.

Bersih ni nak perjuang demokrasi apa kejadah? Bila MB Selangor dah offer Stadium Shah Alam untuk buat perhimpunan, kenapa tak nak terima? Kalau benar nak buat secara aman, mereka sepatutnya dah terima tawaran tu. Dengan kawasan yang lebih luas, takda masalah nak kumpul beratus ribu orang pun. Tetapi mereka pandai, kalau rosak harta benda di Selangor, kerajaan PR Khalid yang kena tanggung. Jadi option terbaik, bikin provokasi dalam Kuala Lumpur. Lebih banyak Embassy ada, lebih banyak media international boleh cover. Ini taktik. Nanti sudah pasti ada mangkuk ayon pegang sepanduk "The World Is Watching" macam kes Mesyuarat Bawah Pokok kat Perak tu. 

Sekalung Tahniah kepada Anwar Ibrahim, mungkin ini je cara terakhir nak dapatkan Putrajaya yang pernah dia janjikan pada semua err..hampir 3 tahun dulu eh? So bila dia dapat je Putrajaya nanti, hari ke-2 tu minyak boleh turun 50sen ek? Yey yey sukanyerrr. Eh jangan lupa plak 16 Julai nanti tau.

Oh by the way, lepas BERSIH ni tamat.. aku nak buat proposal anjurkan satu demo aman Gabungan Perbicaraan Mahkamah Tanpa Tangguh-tangguh lagi Walaupun dah Kantoi ada Video (TANGGUH) ... nak berarak dari Apartment Tivoli Villa dan hantar memorandum kat Karpal Singh supaya jangan tangguh-tangguh lagi kes anak guamnya yang pernah disuruh Bertaubat itu.


Hambik. Puas hati aku. This will be my last post on this Bersih shit. Agenda politik gila Ahli-ahli YB Malaysia ni punya pasal, kucar-kacir satu Malaysia. Yang kaya tetap Anwar Ibrahim, Khairy Jamaludin, Ibrahim Ali, Ambiga, Mat Sabu & lain-lain. Depa duit lebat, rakyat jadi sesat. 

Kepada rakan-rakan yang tak pernah mengundi tapi sibuk nak pergi jugak esok, padan muka aku cakap siap-siap kalau kena tangkap dan tembak air pedih. Oh, tolong kira sekali berapa ramai orang Melayu, Cina dan India yang join esok ya? (minus Tian Chua tau..sebab dia memang konfem kat front page nanti)

#BELIABENCIPOLITIK

Thursday, June 23, 2011

Bersih Lah Sangat

Photobucket


Aku tak nampak apa-apa kebaikan daripada demonstrasi Bersih 2.0 yang nak buat 9 Julai nanti. Kecuali bagaimana ribuan bangsa Melayu (majoritinya umat Islam) dipergunakan oleh seorang peguam bernama Ambiga. Siapa Ambiga ni? Pegi la google sendiri.

Tengah hari tadi ada news update yang terdapat sebaran sms ugut bunuh si Ambiga ni. Hahaha lawak doh. Aku macam biasa dengar je kes sms ugut-ugut ni. Modus operandi sama macam Al-Sheikh dan family. Apa susah Ambiga, lari je ke kedutaan Turki.

Photobucket

Tuesday, September 7, 2010

Now It's A Fenomena

Hebat. Now everyone can fly wants to join the bandwagon. Beberapa hari lepas, ramai berebut nak share link website berkenaan illuminati conspiracy theory, iklan raya and so on. Tapi hari ini, ramai nak share link website yang counter all these theory, or specifically on the TV advert. Padahal sebelum ni koranglah yang beria-ria nak sebarkan link teori-teori tu, sekarang nak share pulak yang opposite opinion?

Photobucket
bak kata pepatah, "Seperti Ayams Menonton Horror Movie"

Lain kali, kalau kita tidak yakin dengan apa yang kita terima, lebih baik jangan kecohkan sebarkan dulu. Baca berulang kali sebelum tekan share. Aku tengok ramai yang jenis baca saja tajuk, tengok gambar/video sikit terus rasa klimaks nak share kat semua orang di facebook dan twitter. Bahaya weh, zaman sekarang ni sedara-mara kita yang muda-mudi sudah pandai IT. Semua ada access facebook, twitter segala kejadah tu. Bayangkan apa akan jadi kalau mereka-mereka yang masih mentah ini terima maklumat yang tidak tahu hujung pangkal ini? Like what I said before, nanti Hari Raya dah tak jadi raya. Semua pakat nak sembang teori mata satu konspirasi dengan atok nenek diorang kat atas pangkin! (macam cerita pangkin atok)

So keyword untuk entri aku kali ini ialah Reader's Digest. Tolonglah digest, hadam and understand the information that you absorb first before spreading out to the masses. Don't just play around with other people's mind. Ini bukan soal tips blogging atau cara mendapatkan trafik ya'll. It's far more extreme than that.
So please, kawan-kawan jangan cepat melatah ok?

Photobucket
Take your time, pussy

Sometimes We Tend To Exeggerate Over Small Things

Nampaknya cerita iklan raya TV3 sudah santa setel. Semalam TV3 sudah pun apologize masa Buletin Utama. Hari ini semua akhbar punya headline tulis tentang penarikan balik iklan tersebut.
KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta. - Kosmo
Hebat, dalam masa yang singkat je, isu iklan ini tersebar meluas di alam siber dek kerja Facebook, Twitter dan Hajime Kindaichi Blogs. Reason kenapa aku bantah iklan itu ialah bagaimana ia menggambarkan campur aduk elemen pelbagai agama untuk perayaan besar umat Islam. Itu saja. Mungkin percaturan nak buat iklan berunsurkan 1Malaysia gagal di situ. Gagal sama sekali. Nasib baik TV3 prihatin dengan feedback viewers. I thank you for that.

Tapi disebalik itu semua, aku sedikit kagum keliru dengan beberapa adiwira penyelidik iklan yang mendapati iklan itu ada kaitan dengan unsur Illuminati, Freemason dan sebagainya. Pada pendapat aku, diulangi..pada pendapat peribadi aku, kita terlalu cepat over-exeggerate dengan isu ini. Rasanya, daripada kita mengkaji semua iklan di Malaysia ini, lebih baik kita tingkatkan ilmu di dada kita supaya tidak mudah dikaburi oleh segala penipuan duniawi. Pada aku, certain points yang dikaji itu tak masuk akal. Wayy to much. Ke laut perginya.

Photobucket

Seriusly, aku pun tonton.com.my segala macam dokumentari tentang Illuminati, Freemasons, New World Order dan whatsoever lagi. Memanglah menakutkan sikit bila tengok what they have done all these while. Dan aku tak menafikan 100% kewujudan organisasi itu. Kita juga sedia maklum, yahudi akan cuba mempengaruhi kita menerusi media, fashions, propaganda, foods bla-bla-bla dan banyak lagi. Itu memang kerja mereka, nak sesatkan orang. So apa yang patut kita buat kalau tak nak sesat? Kuatkan rohani dan ilmu di dada lah!. Daripada duduk kaji sampai tak tentu arah (which I don't know apa impaknya kepada kita semua), lebih baik kita dekatkan diri dengan Allah. Senangkan? Lagi banyak masa ko spend depan TV and komputer tu, lagi cepatlah kepala otak tu korup (skrin komputer tu boleh illuminate tau).

Tapi sekali lagi aku nak bagitau, aku rasa on this particular issue (iklan raya TV3 santa claus pope), it's just too much (aku cuma tak agree part tulisan jawi terbalik - itu pun tak berapa jelas kelihatan, betul ke jawi?). Please don't confuse all of us with those theory. Nanti hari raya budak-budak semua pakat cerita benda merapu.

p/s : jangan sampai orang buta mata sebelah pun korang label "mobile all seeing eye" pula.

Related Posts with Thumbnails