Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Takkan Paramore je, Maher Zain Pun Nak Juga! Live in Malaysia!!

Photobucket
Poster Maher Zain : SAVE the SOUL Showcase

Yaaa, penyanyi nasyid yang popular sekarang ni Maher Zain akan mengadakan showcase khas di Malaysia bulan depan!! Lokasi di Auditorium MBSA Shah Alam, pada 14 dan 15 Oktober. Aku sedang merancang nak pergi sebab dekat je dengan rumah. Teringin juga nak tengok Maher Zain in person. Hari-hari layan album "Thank You Allah" dalam kereta. Serius gangster tak bosan.

Kalau ada yang berminat nak pergi, sila call nombor-nombor di bawah. Aku pun belum sempat lagi nak call. Tengah plan dengan kawan-kawan yang nak pergi sekali.

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)
2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)
3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)

Harga tiket : RM70, RM100, RM150, RM200

InsyaAllah aku pergi!

SOURCE : Raudhatus Sakinah

Friday, August 13, 2010

Mencari Niat Puasa Ramadhan



Alhamdulillah, hari ini sudah 2 Ramadhan 1431. Bagaimana dengan puasa semalam? Semoga semua berjalan lancar, terutamanya kepada bakal ibu yang mengandung, pasti cabarannya agak besar. Apa pun, sekiranya masih ada yang tercari-cari niat puasa ramadhan dan doa ketika berbuka puasa aku tempelkan di sini sebagai rujukan. Walaupun ia patut diketahui semua, tapi masih ada yang google "Niat Puasa" dan tersinggah ke blog aku ini (merujuk pada keywords). Jadi untuk tidak menghampakan mereka yang mencari (dan tak sengaja sampai ke sini), aku tempelkan untuk kebaikan kita semua. Manalah tau ada hamba Allah yang terlupa, bila baca balik di sini dapatlah dia perbetulkan bacaan niatnya.

2 Ramadhan 1431 | Waktu Berbuka Bagi Zon 1 : Petaling Jaya, Shah Alam = 7.28pm

p/s : Alhamdulillah, rezeki Ramadhan dari Nuffnang

Friday, July 16, 2010

Bon Odori 2010 Esok Di Shah Alam : Mari Menari Seperti Doraemon

Gambar yang sempat aku rakam tahun lepas

Bon Odori datang lagi tahun ini. Bakal diadakan esok di tempat biasa, iaitu Kompleks Sukan Panasonic. Jangan risau tentang waktu maghrib, kerana pengalaman aku khemah surau yang besar ada disediakan berhampiran parking lot. Jadi, kepada yang bergembira di sana pastikan kewajipan tidak dilupakan. Aku tak pernah miss lagi event Bon Odori, seronok ambil gambar dan dapat interact dengan orang Jepun. Ini lah peluang untuk gunakan bahasa Jepun yang ada. Tapi tahun ini aku mungkin tak berkesempatan nak pergi. Jadi kepada yang nak sangat jumpa awek Jepun/pakwe Jepun bolehlah singgah ke Bon Odori sabtu ini. Tapi dilarang pakai cosplay tau!

Date: 17th July 2010
Time: 5:00pm - 10:00pm
Organizer: Embassy of Japan, The Japan Club of Kuala Lumpur & The Japanese School of Kuala Lumpur
Venue: Panasonic Sports Complex (formerly Matsushita Centre), Lot No 4, Persiaran Perkilangan Seksyen 21, 40300 Shah Alam, Selangor
Free Admission
Event :
17:00 Gates open
19:00 Opening - Drum Performance
19:15 Enjoy the Cultural Dance Part 1
19:45 Dance by Guest Performers
20:00 Enjoy the Cultural Dance Part 2
20:30 Dance by Guest Performers
20:45 Enjoy the Cultural Dance Part 3
21:45 Closing Address

Related Posts with Thumbnails