Friday, September 17, 2010

Tulis SMS Nak Lari Rumah Pun Fail

Ni dipetik dari kisah dua pelajar kembar Nurulain dan Nurulashiqin Kamarazmi yang didapati menghilangkan diri selepas keluar membeli-belah di Kampar. Kelakar juga budak-budak zaman sekarang, tulis sms nak lari dari mak bapak pun dalam bahasa gedik. Buatnya mak bapak tu tak faham, mau depa buat dek je.

SMS #1 : kepada maknya
Kami mNx mAaf..NNty kmi blek ark..

SMS #2 : kepada rakan mereka
AskOm..ella ko ckp kt emk ktew owg yg ktew owg selamt...kte owg akan blk suatu hari nanty...k...jgn cri ktew owg lg...

Macam mana SPM Bahasa Melayu nak dapat A1??

12 feedbacks:

Hellioz said...

LOL fucken hard
gyahahahahhah~

ARM said...

Apa nak jadilah budak2 sekarang nie. Dorang ingat senang lah hidup tanpa ibu bapa pd umur yg sebegini muda...Nanti dah susah barulah terkapai2 mencari org tua...

Kyuubi_85 said...

haha..budak2 nak lari pi mana? lepas 2-3 hari bila dah lapar pulang rumah la tu.. haha

.:: Miu Miu ::. said...

kecik2 dah pandai lari rumah, iskk..

eone2002 said...

diikut kn sangat darah muda,da susah esok baru padan muka. Mak bpk jgk yg dicari.

name : afif fahmi rosli said...

Hoho, budak zaman sekarang ni. bermacam2 hal diorang buat. Aduh..

J. Love said...

eii kitew tark sukewww taww cakap type mCM niewww! hiks!

Azrul Hisham said...

tu dia...bahasa rempit wannabe...

aku baca pun tak faham...

Ili Shaheera said...

La.. senang ja nak faham =w= Tapi tak patot la depa mesej kat mak yah macam tu..

Dpa igt mak yah uh kwan ka pa.. maw bgi pnmpaq bru taw lngit tgi ka rndah..
Oops? AHAHAHAHAHAHA

EDDYLEBS said...

macam mana la bunyi ayat tu kalau org yg tak tau bahasa melayu sebut ye...jangan2 blk (balik) dia sebut B. L . K

Mariella Liyana said...

short-sighted sungguh la budak-budak neyh..!

nak tergeliat lidah menyebut ikut ejaan tu...
-_-'

.sweet-ants. said...

tp bile bcakap xde lak bunyi W tu ek

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails