Tuesday, November 30, 2010

Nafsu Serakah

Entri ini menguji kesabaran.
Ini semua nafsu.
Menakutkan.


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Cepat, tekan x laju-laju.
Nanti terjebak.

Monday, November 29, 2010

Sifat Malu Perlu Ada

Mintak ampun ya sekalian pengunjung.

Seperti yang aku war-warkan kat twitter (bukan di Harian Metro), aku akan menulis satu lagi entri tentang tokoh terkenal Malaysia tahun 2010 ini, tak lain tak bukan DDR (Bukan RAM komputer)

Satu artikel dalam akhbar Mstar dijadikan rujukan kali ini.

Photobucket

MALU? Apa pun tahniah kerana mereka berempat berjaya melepasi halangan yang amat sukar; iaitu menonton filem 2 Alam.

+ + + + + + +

Kesian. Begitu hebat sekali dugaan filem 2 Alam ni. Hanya kerana marketing strategi yang melampaui norma kehidupan daripada penerbitnya, teruk dikecam karya yang diarahkan oleh...err siapa pun aku tak tahu (sebab spotlight terlalu over pada DDR, maybe that's the DDR way..pffrrtttt!). Para barisan pelakon pun pasti mendapat tempiasnya.

Katakanlah DDR menggunakan cara marketing yang lebih down to earth..misalnya

Mensasarkan kutipan RM2juta untuk karya pertama atau mungkin menitikberatkan jalan cerita filem itu ketika promosi. Bukan meletakkan DDR seolah-olah pelakon utama, serta lebih banyak promosi produk jusmate. Aku pasti filem itu boleh mendapat sambutan dari peminat filem.

Tapi rasanya macam mustahil. Lihat sajalah di Facebook DDR sendiri, bagaimana dia memuji diri sendiri. Hebat betul "jutawan hebat" ni.

Photobucket

scroll bawah sikit nanti nampak statement terhebat abad ini.

Photobucket

selamba jer puji diri sendiri di laman facebook sendiri. "Jutawan sehebat DDR"? tak ke rasa pelik? terang-terangan angkat bakul sendiri. Sorry la DDR, kalau berterusan macam ni..macamana kami semua nak support? Memang sah kena jadi bahan je.


//camna ni Dr? Strategi makan tuan ni..

Saturday, November 27, 2010

Stop Child Abuse

unicef


It's been a while since aku tak menulis untuk Nuffnang. Semalam setelah sekian lama tak melawat blog Nuffnang, ternampak satu tajuk sempena kempen UNICEF Stop Child Abuse. Teringat aku pada entri yang pernah aku tulis berkaitan dengan isu penderaan kanak-kanak di blog ini.

Siapa boleh lupa kisah adik Syafiah Humairah, 3 tahun. Dia telah didera oleh "teman lelaki" ibu kandungnya. Lebih menyayat hati, dia disepak, ditampar dan dihentak sehingga mengalami pendarahan otak, kerosakan buah pinggang dan lain-lain. 


Dasyat kan?

Root cause kejadian penderaan dasyat itu? Hanya kerana adik Syafiah pulang ke rumah selepas bermain hampir waktu senja.

Berbaloi ke nak mengajar anak kecil macam itu? Even worst, she's not his own child. Apa hak dia? 
Ok kita tamatkan kisah ini. Ini mukadimah je. 

+ + + + + + + +

Tarik nafas panjang-panjang. Get ready for part 2 of this looong entry :

Apakah yang diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak?
Definisi penderaan kanak-kanak termasuklah penderaan fizikal, psikologikal, diskriminasi, membiarkan kanak-kanak berseorangan, dan juga penganiyaan. Tak kira dalam apa jua bentuk sekalipun, secara lisan mahupun fizikal. Baik di rumah, ataupun di sekolah. 

Mengapa kanak-kanak menjadi mangsa?
Mudah saja, sebab mereka tidak mampu retaliate, tidak boleh bertindak balas. Dalam institusi keluarga, kanak-kanak merupakan anggota keluarga yang paling lemah. Logik lah kan? Bila berlaku kecelaruan minda, stress, tekanan perasaan most adults akan target anak-anak sendiri. Mesti terpengaruh dengan cerita-cerita ganas di TV. Nak rasa jadi hero, tapi tak berani pukul penjenayah..akhirnya lepas geram kat anak sendiri. (mungkin begitu senario dia..contoh je la)

Bagaimana nak ubah keadaan ini?

1. Ambil perhatian. Ambil berat. Ambil kisah tentang apa yang berlaku dalam kejiranan kita.
Tapi make sure berpada-pada. Takkan bila jiran beli TV je kita sibuk. Kalau tiba-tiba dengar anak menangis yang luar biasa (kena herdik, pukul dan sebagainya) perlulah ambil kisah juga. Tanya apa berlaku, kalau takut sila report polis. Biar Polis buat kerja. Tapi Polis pun kenalah beri kerjasama. Jangan memilih kes pula. Sila contohi Polis di Jepun. Even bila ada student buat bising sikit dirumah pun, jiran akan lapor dan Polis akan datang ketuk pintu bagi amaran.


2. Kempen kesedaran.
Make sure ia berterusan dengan momentum yang baik. Ini tidak, bila lain orang take over..lain pula nama kempen. Tukar orang lain, dah jadi kempen lain pula. Jadi kita yang nak follow pun jadi boring. Kejap ada Tele Dera, lepas tu ada Talian Nur. Masyarakat tak diberitahu, macamana nak berhasil? Di harap dengan adanya usaha UNICEF dengan kempen "STOP CHILD ABUSE" ini akan lebih berkesan since ia merupakan satu program perlindungan kanak-kanak di peringkat antarabangsa.


3. Pengaruh Tokoh/Idola/Artis terkenal
Ini satu lagi langkah penting. Nak suruh masyarakat ikut buat benda baik memang susah. Tapi kalau artis/idola/pujaan mereka yang menjadi duta, tentu ada kesan. Al-maklumlah ada dikalangan kita yang lebih percaya kepada artis daripada orang lain. Rasanya calon yang sesuai sekarang ialah Lisa Surihani. Ecehh. Sebab she's very close to her fans, byk berinteraksi di FB, Twitter etc..so mesej senang disampaikan. (pendapat aku la + dia comel haha). Tapi tak pasti kalau kesan tu sama bila dR Rozmey atau AC Mizal yang jadi duta kempen.

Apa pun, CHILD ABUSE has to stop. Let's play our part. Tanamkan dalam kepala otak yang kanak-kanak bukanlah punching bag kita (obviously manusia bukanlah punching bag kita). There's always a way to settle our problem. 

Come on everyone, let's raise your hand and STOP CHILD ABUSE!


//panjang siot entri ni!

Photobucket
"Seriously..this is serious" - serious cat

Thursday, November 25, 2010

Dah Lama Tak Berbahasa Jepun

O hai
Dah lama aku tak update Nihongo 101 aku. Aku pun hampir terlupa aku ada buat ruangan belajar bahasa. Maybe sebab hanya laptop di rumah ada language pack untuk tulisan Jepun. Tak install kat PC lain.

Rasa cam nak mula balik tulis entri Nihongo 101. Korang ada nak request perkataan Jepun tak? JPOP 101 pun aku dah lama tak sambung. Hmmm...

Photobucket
sungguh sopan kucing ini


Sore jya na!

Di Mana Babinya?

Photobucket
gambar kredit H.Metro

Sebelum apa-apa terjadi..soalan :
Di Mana Babinya?

Semalam Harian Metro (akhbar rasmi dR Rozmey) ada tajuk utama berkenaan "Sejadah Corak Babi". Apa lagi, bloggers copy paste pun beria-ia paste artikel tu dalam blog mereka. Pung pang pung pang dok cerita pasal corak yang kononnya berupa babi itu. Rata-rata komentar semua menyokong bulat-bulat cerita tu.

Tapi bila aku tengok balik, tang mana yang kecoh kata corak babi tu? Aku tengok pat lima kali nam kali tujuh kali lapan lima puloh enam pun, tak nampak babi pun. Serius. Apa yang aku nampak hanyalah corak abstrak yang biasa dilihat di sejadah.

Basicly, ini masalah tafsiran mata masing-masing je. Kalau babi yang dia nak nampak, maka otak dia akan kata babiiii je la sepanjang masa. Walaupun kita tau babi rupanya macam ni :

Photobucket
Sama juga lah dengan gambar-gambar ilusi optik yang lain. Macam tak biasa je korang ni. 
Contohnya gambar nih :

Photobucket
Apa yang korang nampak? Lampu ke G-String?
It's just your mind playing tricks on you


Aku tak faham kenapa benda remeh macam ni nak dijadikan headline besar. Lagi satu, pakcik tu beli sejadah dah 6 bulan. Bermakna selama 6 bulan, dia melihat sejadah tu dan dia tak rasa pun corak tu macam babi kan? Cuma bila ada anak saudara dia tafsirkan corak tu sebagai babi, otomatik dia pun nak kata corak tu babi. Rasanya begitulah kut ek?

Faktor godaan syaitan pun tak boleh diabaikan 100%. Setan kan suka ganggu kita. Memang dah KPI dia pun. Apatah lagi bila tiba waktu kita nak solat. Setuju tak? Time nak solat la dia nak menguapkan kita, sampai corak di sejadah pun dia boleh buatkan kita rasa was-was. Last-last kita lewatkan solat, paling kronik tak solat lansung.

Jadi apa yang aku nak katakan kat sini, tolonglah jangan cepat sangat melatah. Jangan sensasikan berita. Aku tau cerita macam ni trademark Harian Metro. Tapi dia punya kesan besar woo. Macam kisah video malaikat singgah di Kaabah tu. Ingat lagi tak? Silap hari bulan boleh tergugat akidah kita..

Baca dengan nada yang tenang dan fikir-fikirkanlah. Aku tak kata pendapat aku 100% betul, tapi kalau ada yang berpendapat lain, sila tinggalkan komen.


Photobucket
Ok..nampak cam babi ke cam kucing?


Kthnxbye

Pesanan Penaja :
Belilah sejadah yang bercorak mudah. Simple and plain. Sebelum beli, pastikan dah telilti corak sebelum membuat bayaran.

Tuesday, November 23, 2010

(PARODY) Reaksi dR Rozmey dengan kutipan filem 2 Alam - Day 1



Hitler parody is just AWESOME. Rambut pun ada iras-iras. Memang pedas! Hari ni lupa nak beli Metro/Kosmo.. so tak tahu kutipan hari ke-2 berapa banyak. Mungkin dah cecah RM5 juta barangkali. Banyak juga duit dr Rozmey dan rakan-rakan beli tiket banyak-banyak tapi panggungnya kosong! Hahaha

Pecah perut lawak Hitler ni.

//credit to whoever created this funny video.

Saturday, November 20, 2010

Kenapa Aku Tak Nak Tengok Filem 2Alam

Tonton 2 Alam di panggung? No way man!
  1. Ada lagi banyak filem tempatan yang jauh lebih bagus dari 2 Alam.
  2. Menyampah dengan iklan gaya bongkak dan berlagak dR Rozmey.
  3. Boleh download filem 2 Alam tak lama nanti, itu pun belum tentu nak download lagi.
Sorry dR Rozmey (entah kenapa mesti d huruf kecil), ini semua salah kamu. Kalau kamu bersikap low-profile seperti penerbit filem lain di Malaysia, aku tak ada masalah lansung nak pergi tengok filem di panggung wayang. Tapi selepas apa yang kamu dah buat, aku lebih rela bayar RM10 dan tonton filem Appalam dalam bahasa tamil di panggung wayang.


Photobucket
nak gelak ketawa? klik untuk tumbesaran pecah pungkoq


Tsunami? Gegak gempita? RM40 Juta? Tolonglah balik ke pangkal jalan. Nak buat bisnes biarlah relevan sikit. Better tumpukan kepada bisnes Jusmate5 anda. Serahkan industri perfileman kepada yang pakar. 

Lepas ni apa? Pamela Anderson?... aku rasa ko maksudkan Lana Nordin kan? Hahahaha

Photobucket

Kthxbye.

Friday, November 19, 2010

Sudah 18 Nov..Saya Takut, Saya Risau

18 Nov 2010.
tarikh yang paling aku takuti. Kenapa? biar aku terangkan.

Ok aku tipu. Sila rujuk entri post berikut. 18 Nov tarikh tsunami melanda panggung wayang Malaysia (kononnya). Fenomena pecah panggung yang bakal mengubah sejarah perfileman Malaysia (kononnya). Situasi gegak gempita di semua lokasi tayangan filem 2 Alam (kononnya).

Risau juga, kalau
  1. Takde orang pergi majlis kenduri kahwin akibat beramai-ramai ke panggung. Sampai ketua kampung pun buat rombongan pergi penuhkan panggung 8 slot sehari. Nak capai cita-cita RM40juta
  2. Takde orang pergi tengok tapi keluar berita/headline/iklan di Metro "Hari pertama kutip RM8juta, gegak gempita panggung di Jitra" dan sebagainya.
Photobucket

Tanpa Pamela Anderson pun dah sasar RM40 juta, kalau ada Pamela Anderson aku rasa paling kurang RM85 juta doktor ni sasar kut.

Wednesday, November 17, 2010

Bukan Pengumuman Raya

Gimik tetap gimik. Tapi yang kelakar tetap kelakar bagi aku. Confident itu penting, tapi kalau terlalu over dah semacam jadinya. Tapi tak mengapa, aku nak share satu lagi gimik dari seorang usahawan berjaya ini. Mungkin dah selalu sangat tengok wajah "still pictures" dalam Harian Metro. Kali ini tengok video pulak. 

Selamat mengumpul RM40,000,000.00!

Sunday, November 14, 2010

HAHAHAHAHA


Ntah kenapa, aku rasa macam lawak pula tengok video clip ni. Ignore the huge watermark tu, tengok video je. Tak payah layari mana-mana laman web.

Thursday, November 11, 2010

New PROTON INSPIRA Launched! 2.0P RM91,999!

Photobucket
gambar kredit to Paultan.org

TERBAEKKK!
Itu komen yang aku dengar bila tengok gambar PROTON Inspira. Akhirnya ia dilancarkan juga hari ini di Centre of Excellence, PROTON EDAR setelah sekian lama menanti. Walaupun semua sedia maklum kereta itu sudah ada di Malaysia sebagai Mitsubishi Lancer GT, tetapi masih ramai yang teruja nak melihat sendiri kereta hasil keluaran kilang PROTON di Shah Alam itu. Ramai yang masih skeptikal dengan produk buatan Malaysia. Ramai yang masih berpegang kepada dakyah yang PROTON tak mampu keluarkan kereta berkualiti, power window problem dan sebagainya.

Tapi terus terang aku katakan, sejak model PERSONA, semua mimpi ngeri dulu sudah berkurangan dengan signifikan sekali. Kali ini PROTON melancarkan satu lagi model barunya iaitu PROTON INSPIRA. Model yang dipasang berdasarkan Mitsubishi Lancer GT. Satu usahasama dengan syarikat automotif Jepun yang pernah dulu menjadi mentor kepada PROTON. Walaupun terdapat kritikan tentang projek rebadge engineering ini, even dari pak Menteri kita (ingat lagi komen Bung) namun sambutan yang diterima amatlah baik.

Kalau tak silap tempahan INSPIRA sebelum majlis perlancaran pagi tadi sudah pun mencapai 1800+. Tahniah kepada PROTON atas kejayaan melancarkan satu lagi model dalam line-up produk mereka. Komen dari journalist automotif dan juga daripada MMC Japan memberi respon positif. Masing-masing mengakui terdapat perbezaan handling jika dibandingkan dengan Mitsubishi Lancer GT.

Nanti kita cerita panjang lebar tentang PROTON INSPIRA. Untuk rujukan, ini harga bagi 3 variant kereta tersebut :

Harga PROTON INSPIRA
1.8 M/T - RM78,999
1.8 CVT - RM84,999
2.0 CVT - RM91,999

Maklumat lanjut boleh refer laman web khas PROTON INSPIRA

Nota Spare Tyre :
Minggu ni memang minggu yang baik untuk PROTON. Pertama ialah kejayaan team PROTON R3 Rally di APRC 2010 apabila menamatkan pusingan Rally China dengan kejayaan tempat 1 dan 2. Dan kejayaan kedua apabila PROTON EXORA Hybrid memenangi anugerah "Best Range Extender EV" di Royal Automobile Club (RAC) Future Car Challenge di London.

Tahniah PROTON!

Wednesday, November 10, 2010

Cium Bontot

Di suatu pagi yang indah..
Kaki melangkah ke petak yang menempatkan kenderaan ruji aku ke tempat kerja. kunci ditusuk dan diputarkan. Enjin pun ditala. Memandu ke tempat kerja.
Ok semacam je tatabahasa aku kali ni.

Sebenarnya kisah yang berlaku pagi tadi ketika menuju ke tempat kerja. Sedang aku menunggu di simpang traffic light yang sedang merah, tak semena-mena..

"Gedebuk!"

Mula-mula buat tak tahu. Ingatkah bunyi lori besar yang berada di lorong bertentangan. Sekali aku pandang kat rear view mirror, "apahal ramai orang belakang kereta aku ni?"

Sekali ada awek moto tergolek dot belakang kete aku. Konfius aku kejap. Hujan takde, ribut takde awek tu terbabas langgar belakang kereta aku. Lebih kurang macam ni lah..

Photobucket
Jalan 3 lane, semua lane penuh kereta 

Macamana berlaku masih menjadi misteri. Dari arah kiri moto tu datang, dan ditemui terbabas dalam keadaan macam tu. Awek penunggang motor tu cedera sikit, sebab kaki dia tersepit bawah motor dia. Pembonceng ok sempat selamatkan diri. Kesan perlanggaran kat kereta aku sangat minimal. Bermakna dia dalam kelajuan yang perlahan. Cuma aku masih tak faham kenapa dia jatuh. Ruang tu sebenarnya sempit, sebab ada kereta depan belakang.

Aku tolong sama dengan der der lain angkat awek motor tu sebelum sambung ke tempat kerja. Harap-harap awek berdua tu selamat dan mendapat rawatan di klinik.

Photobucket
tercalit sikit kesan tayar kat bumper aku. tapi takde kemek. 



Begitulah kisah cium bontot di pagi hari.

Kthnxbye.

Photobucket

Tuesday, November 9, 2010

If I Had Rapunzel's Hair

Ok, apa kejadah aku nak rambut macam Rapunzel. Rapunzel tu pompuan punn kan? Aku lelaki sejati.. (itu yang kau ucapkan). Tapi dek kerana dah lama tak tengok wayang, aku pun terbuka hati nak cuba (kau cuba) nasib dengan nuffnang giveaway kali ini. Sejak tengok Inception yang best gila best tu, aku takde masa nak tulis entri contest. Kali ini tetiba jumpa masa.

Photobucket
Ini Rapunzel. Rambut dia gold, mata dia hijau. Macam Hulk


Dalam kes ini aku kalau aku ada rambut macam Rapunzel, bermakna aku ada rambut macam Legolas. Sebab Legolas ni tiru rambut Rapunzel. Ah merepek sudah.

Photobucket
Ini Legolas. Yang belakang tu ntah sapa aku tak tau

Apa yang aku boleh buat kalau ada rambut sepanjang 70 kaki? Uihh macam-macam boleh buat punn kan? Boleh buat duit. Ingat buat duit dengan Nuffnang saja ke? Rambut yang panjang aku boleh gunting-gunting buat wig untuk orang lain. Tengok lah kat bawah ni, baru suku rambut je aku guna. Bayangkan satu kepala tu aku jual RM1000, fuih untung-untung boleh beli kete Bentley. Eh dah macam MLM jual wig pulak..no no no no..say no to MLM ok. Haha

Photobucket
Bisnes jual rambut wig

Photobucket
Yang ini masih dalam fasa prototype

Sebelum ini pun aku pakai wig. Tu yang datang ilham nak jual wig RM1000 setiap satu kalau rambut aku panjang macam Rapunzel. Ini gambar aku pakai wig macam Noh Hujan.

Photobucket


Nice. Berjaya update blog sudah puunnn kan? Ini semua kerana adanya contest from Nuffnang nye punn. Kalau tak mesti aku no idea nak update. Hahahahahaha

Apa gelak-gelak? Aku libas dengan rambut kang!

Kthnxbye.

Monday, November 8, 2010

This Is One Horny Farmer

"Farmer claims he had sex with an alien" atau dalam bahasa ibunda kita, seorang petani mendakwa membuat hubungan seks dengan seekor makhluk asing yang hot. Oh this is very shocking. Boleh masuk World Records sebagai manusia pertama bersenggama dengan alien. Dah macam skrip filem Species, Alien dan Wakenabeb.

Petani ni serius weh. Lie detector pun tak dapat detect dia punya tipu. Power root betul!


Photobucket


Antara petikan yang menarik dari artikel berita tu termasuklah

1. Alien betina tu setinggi 3 meter, ada 12 batang jari dan rambut ikat braided ala nigger rapper
2. Petani itu buat projek kerajaan pusat dengan alien itu di atas udara selama 40 minit!
3. Alien betina tu bagitau zuriat petani tu akan muncul 60 tahun selepas projek mereka.

By the time "anak" dia muncul, si bapak sudah reput dalam bumi. So abislah harta-harta pusaka dia di sapu oleh alien itu nanti, especially ladang kobis dan kailan dia.

p/s : tengoklah muka pakcik tu..seposen dua je masa ambil lie detector test. mesti dia tengah imbau kenangan indah dengan alien betina tu kut

kthnxbye.

Source : Daily Chilli

Saturday, November 6, 2010

Rambut Itu Istimewa

Video seterusnya dirujuk;


"Raikan Keistimewaan Dalam Diri Setiap Insan"..

Dan bila menyebut setiap insan, maka janganlah dilupakan insan ini sekali

Photobucket
gambar jumpa di google yer

Walaupun aku tak berapa setuju strategi duduk di antara tiga amoi seksi sambil memegang kotak kaler pink..dengan tanda bagus. Apakah amoi seksi berbaju ketat itu berjaya kurus disebabkan kotak-kotak pink itu? Bagi aku, produk yang bagus sepatutnya tak perlu khidmat amoi-amoi seksi untuk pelaris. Setuju? Tapi rambutnya tetap istimewa. Kan? kan?

Nasib baik mereka bertiga tidak mengenakan style rambut yang sama... fuuuuhhhhh!

p/s : apa khabar RM40 juta?

Friday, November 5, 2010

Soalan : Tayar Yang Sesuai Untuk Proton Saga

Nak update kan?
Ok aku jumpa satu video yang membincangkan tentang automotif. Bagus untuk dikongsi dengan semua.
Apatah lagi bila ada kenaikan harga RON97.  Mungkin ada kaitan dengan isu tayar yang dibangkitkan.

Soalan dari En. Azman, dari Seremban berbunyi :
"Apakah tayar Dunlop sesuai dengan Proton Saga 1st Edition, menggunakan rim 15"

Kita dengar jawapan dari ahli panel yang berpengalaman.


from the makers of Hang Tuah fail SPM. Lol. Korang gelak tak? Kalau tak gelak..aku rasa korang mute PC kut..

Tuesday, November 2, 2010

Latest Update

Hmm...


Esok jelah ek?

Related Posts with Thumbnails