Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

TIPS - How To Save Your Ass from MLM Scam

Salam 1Manchester. nak 6Manchester pun boleh.

Tips untuk mengelak ditipu agen MLM? mudah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Keyakinan diri
2. Kesabaran
3. Pendirian yang teguh
4. Berani membantah
5. Sebiji smartphone dengan data plan atau tablet/ipad

Cara-cara :
Gunakan teknologi terkini yang korang agung-agungkan tu. Android smartphone? Blackberry? iPad? iPhone?Google je nama produk yang "kawan-kawan" baik korang tu cuba promote. Lebih afdal layari laman web Aidid Muaddib dulu. Kalau takde entri pasal produk tu, beralih pula ke google.com. Kalau ada search result dengan kata-kata yang meragukan jiwa lara anda, sila gunakan keyakinan diri, berani membantah dan jauhkan diri daripada "kawan" korang tu. Kemudian dengan sedikit kesabaran, buat research bila balik rumah. dapatkan fakta supaya lebih mudah nak troll "kawan-kawan" korang tu dengan kawan-kawan lain. Elakkan diorang meracuni minda kawan-kawan, lebih-lebih lagi ahli keluarga korang.

Sekian. Selamat mencuba


Tuesday, October 4, 2011

EM-EL-EM

Kehadapan MLMers sekalian alam,

Berbuih dah cakap. Kerja la dengan betul. MLM ni semua sekadar nak puaskan nafsu korang yang mata duitan kan? MLM ni semua manipulate duit orang lain je. Toksah nak cakap banyak. Duit tu semua banyak-banyak boleh bawak masuk kubur ke? Pikir-pikirkan, dan selamat menipu orang lain.

Yang benar,
ANTI MLM!

Photobucket

Sumber dari Kosmo Online

Saturday, November 6, 2010

Rambut Itu Istimewa

Video seterusnya dirujuk;


"Raikan Keistimewaan Dalam Diri Setiap Insan"..

Dan bila menyebut setiap insan, maka janganlah dilupakan insan ini sekali

Photobucket
gambar jumpa di google yer

Walaupun aku tak berapa setuju strategi duduk di antara tiga amoi seksi sambil memegang kotak kaler pink..dengan tanda bagus. Apakah amoi seksi berbaju ketat itu berjaya kurus disebabkan kotak-kotak pink itu? Bagi aku, produk yang bagus sepatutnya tak perlu khidmat amoi-amoi seksi untuk pelaris. Setuju? Tapi rambutnya tetap istimewa. Kan? kan?

Nasib baik mereka bertiga tidak mengenakan style rambut yang sama... fuuuuhhhhh!

p/s : apa khabar RM40 juta?

Tuesday, July 27, 2010

Penyakit Tayang Duit




Penyakit tayang duit. Siapalah pelopornya? Makin banyak pula kemunculan gambar-gambar duit di Facebook. Ada banyak lagi gambar, tapi tak mahulah aibkan wajah orang. Jadi kita tunjuk yang tak nampak muka. Rasanya semua dah tau, ini adalah "marketing strategy" oleh mereka yang mempromosi MLM syarikat mereka. Pada aku ini semua menipu orang ramai. Henti-hentikanlah buat gambar sebegini. Sudahlah tag orang sesuka hati di Facebook, dapat sumpah seranah je. Ingatlah, tiada yang mudah di dunia ni. Dah ramai kena tipu weh!

Related Posts with Thumbnails