Di suatu pagi yang indah..
Kaki melangkah ke petak yang menempatkan kenderaan ruji aku ke tempat kerja. kunci ditusuk dan diputarkan. Enjin pun ditala. Memandu ke tempat kerja.
Ok semacam je tatabahasa aku kali ni.
Sebenarnya kisah yang berlaku pagi tadi ketika menuju ke tempat kerja. Sedang aku menunggu di simpang traffic light yang sedang merah, tak semena-mena..
"Gedebuk!"
Mula-mula buat tak tahu. Ingatkah bunyi lori besar yang berada di lorong bertentangan. Sekali aku pandang kat rear view mirror, "apahal ramai orang belakang kereta aku ni?"
Sekali ada awek moto tergolek dot belakang kete aku. Konfius aku kejap. Hujan takde, ribut takde awek tu terbabas langgar belakang kereta aku. Lebih kurang macam ni lah..
Jalan 3 lane, semua lane penuh kereta
Macamana berlaku masih menjadi misteri. Dari arah kiri moto tu datang, dan ditemui terbabas dalam keadaan macam tu. Awek penunggang motor tu cedera sikit, sebab kaki dia tersepit bawah motor dia. Pembonceng ok sempat selamatkan diri. Kesan perlanggaran kat kereta aku sangat minimal. Bermakna dia dalam kelajuan yang perlahan. Cuma aku masih tak faham kenapa dia jatuh. Ruang tu sebenarnya sempit, sebab ada kereta depan belakang.
Aku tolong sama dengan der der lain angkat awek motor tu sebelum sambung ke tempat kerja. Harap-harap awek berdua tu selamat dan mendapat rawatan di klinik.
Begitulah kisah cium bontot di pagi hari.
Kthnxbye.
4 feedbacks:
aku igt kan cium bontot for real td.. hahah
cian aweks tu
haha..muskil jugak ek corak perlanggaran dier..cian awek tue..
haha..muskil jugak ek corak perlanggaran dier..cian awek tue..
mesti gabra giler awek tue... :)
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan