Monday, November 29, 2010

Sifat Malu Perlu Ada

Mintak ampun ya sekalian pengunjung.

Seperti yang aku war-warkan kat twitter (bukan di Harian Metro), aku akan menulis satu lagi entri tentang tokoh terkenal Malaysia tahun 2010 ini, tak lain tak bukan DDR (Bukan RAM komputer)

Satu artikel dalam akhbar Mstar dijadikan rujukan kali ini.

Photobucket

MALU? Apa pun tahniah kerana mereka berempat berjaya melepasi halangan yang amat sukar; iaitu menonton filem 2 Alam.

+ + + + + + +

Kesian. Begitu hebat sekali dugaan filem 2 Alam ni. Hanya kerana marketing strategi yang melampaui norma kehidupan daripada penerbitnya, teruk dikecam karya yang diarahkan oleh...err siapa pun aku tak tahu (sebab spotlight terlalu over pada DDR, maybe that's the DDR way..pffrrtttt!). Para barisan pelakon pun pasti mendapat tempiasnya.

Katakanlah DDR menggunakan cara marketing yang lebih down to earth..misalnya

Mensasarkan kutipan RM2juta untuk karya pertama atau mungkin menitikberatkan jalan cerita filem itu ketika promosi. Bukan meletakkan DDR seolah-olah pelakon utama, serta lebih banyak promosi produk jusmate. Aku pasti filem itu boleh mendapat sambutan dari peminat filem.

Tapi rasanya macam mustahil. Lihat sajalah di Facebook DDR sendiri, bagaimana dia memuji diri sendiri. Hebat betul "jutawan hebat" ni.

Photobucket

scroll bawah sikit nanti nampak statement terhebat abad ini.

Photobucket

selamba jer puji diri sendiri di laman facebook sendiri. "Jutawan sehebat DDR"? tak ke rasa pelik? terang-terangan angkat bakul sendiri. Sorry la DDR, kalau berterusan macam ni..macamana kami semua nak support? Memang sah kena jadi bahan je.


//camna ni Dr? Strategi makan tuan ni..

4 feedbacks:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

ini memang sarcasm~

XD

Anonymous said...

bongkak betul ddr ni.

Hellioz said...

lupa tanah

lupa daratan

platipus said...

best sgt ke citer 2 alam tu?

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails