It's been a while since aku tak menulis untuk Nuffnang. Semalam setelah sekian lama tak melawat blog Nuffnang, ternampak satu tajuk sempena kempen UNICEF Stop Child Abuse. Teringat aku pada entri yang pernah aku tulis berkaitan dengan isu penderaan kanak-kanak di blog ini.
Siapa boleh lupa kisah adik Syafiah Humairah, 3 tahun. Dia telah didera oleh "teman lelaki" ibu kandungnya. Lebih menyayat hati, dia disepak, ditampar dan dihentak sehingga mengalami pendarahan otak, kerosakan buah pinggang dan lain-lain.
Dasyat kan?
Root cause kejadian penderaan dasyat itu? Hanya kerana adik Syafiah pulang ke rumah selepas bermain hampir waktu senja.
Berbaloi ke nak mengajar anak kecil macam itu? Even worst, she's not his own child. Apa hak dia?
Ok kita tamatkan kisah ini. Ini mukadimah je.
+ + + + + + + +
Tarik nafas panjang-panjang. Get ready for part 2 of this looong entry :
Apakah yang diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak?
Definisi penderaan kanak-kanak termasuklah penderaan fizikal, psikologikal, diskriminasi, membiarkan kanak-kanak berseorangan, dan juga penganiyaan. Tak kira dalam apa jua bentuk sekalipun, secara lisan mahupun fizikal. Baik di rumah, ataupun di sekolah.
Mengapa kanak-kanak menjadi mangsa?
Mudah saja, sebab mereka tidak mampu retaliate, tidak boleh bertindak balas. Dalam institusi keluarga, kanak-kanak merupakan anggota keluarga yang paling lemah. Logik lah kan? Bila berlaku kecelaruan minda, stress, tekanan perasaan most adults akan target anak-anak sendiri. Mesti terpengaruh dengan cerita-cerita ganas di TV. Nak rasa jadi hero, tapi tak berani pukul penjenayah..akhirnya lepas geram kat anak sendiri. (mungkin begitu senario dia..contoh je la)
Bagaimana nak ubah keadaan ini?
1. Ambil perhatian. Ambil berat. Ambil kisah tentang apa yang berlaku dalam kejiranan kita.
Tapi make sure berpada-pada. Takkan bila jiran beli TV je kita sibuk. Kalau tiba-tiba dengar anak menangis yang luar biasa (kena herdik, pukul dan sebagainya) perlulah ambil kisah juga. Tanya apa berlaku, kalau takut sila report polis. Biar Polis buat kerja. Tapi Polis pun kenalah beri kerjasama. Jangan memilih kes pula. Sila contohi Polis di Jepun. Even bila ada student buat bising sikit dirumah pun, jiran akan lapor dan Polis akan datang ketuk pintu bagi amaran.2. Kempen kesedaran.
Make sure ia berterusan dengan momentum yang baik. Ini tidak, bila lain orang take over..lain pula nama kempen. Tukar orang lain, dah jadi kempen lain pula. Jadi kita yang nak follow pun jadi boring. Kejap ada Tele Dera, lepas tu ada Talian Nur. Masyarakat tak diberitahu, macamana nak berhasil? Di harap dengan adanya usaha UNICEF dengan kempen "STOP CHILD ABUSE" ini akan lebih berkesan since ia merupakan satu program perlindungan kanak-kanak di peringkat antarabangsa.3. Pengaruh Tokoh/Idola/Artis terkenal
Ini satu lagi langkah penting. Nak suruh masyarakat ikut buat benda baik memang susah. Tapi kalau artis/idola/pujaan mereka yang menjadi duta, tentu ada kesan. Al-maklumlah ada dikalangan kita yang lebih percaya kepada artis daripada orang lain. Rasanya calon yang sesuai sekarang ialah Lisa Surihani. Ecehh. Sebab she's very close to her fans, byk berinteraksi di FB, Twitter etc..so mesej senang disampaikan. (pendapat aku la + dia comel haha). Tapi tak pasti kalau kesan tu sama bila dR Rozmey atau AC Mizal yang jadi duta kempen.Apa pun, CHILD ABUSE has to stop. Let's play our part. Tanamkan dalam kepala otak yang kanak-kanak bukanlah punching bag kita (obviously manusia bukanlah punching bag kita). There's always a way to settle our problem.
Come on everyone, let's raise your hand and STOP CHILD ABUSE!
//panjang siot entri ni!
//panjang siot entri ni!
"Seriously..this is serious" - serious cat
3 feedbacks:
penderaan patut dihentikan segera
2 3 da entry ko ade kucing , tak tau lak ko peminat kucing!
hazzy : of coz! Harus!
afidah : hahah 2-3 kucing berlari..semuanya sampai ke blog ini..
cewahh jadi pantun plak..hahah
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan