Thursday, November 25, 2010

Di Mana Babinya?

Photobucket
gambar kredit H.Metro

Sebelum apa-apa terjadi..soalan :
Di Mana Babinya?

Semalam Harian Metro (akhbar rasmi dR Rozmey) ada tajuk utama berkenaan "Sejadah Corak Babi". Apa lagi, bloggers copy paste pun beria-ia paste artikel tu dalam blog mereka. Pung pang pung pang dok cerita pasal corak yang kononnya berupa babi itu. Rata-rata komentar semua menyokong bulat-bulat cerita tu.

Tapi bila aku tengok balik, tang mana yang kecoh kata corak babi tu? Aku tengok pat lima kali nam kali tujuh kali lapan lima puloh enam pun, tak nampak babi pun. Serius. Apa yang aku nampak hanyalah corak abstrak yang biasa dilihat di sejadah.

Basicly, ini masalah tafsiran mata masing-masing je. Kalau babi yang dia nak nampak, maka otak dia akan kata babiiii je la sepanjang masa. Walaupun kita tau babi rupanya macam ni :

Photobucket
Sama juga lah dengan gambar-gambar ilusi optik yang lain. Macam tak biasa je korang ni. 
Contohnya gambar nih :

Photobucket
Apa yang korang nampak? Lampu ke G-String?
It's just your mind playing tricks on you


Aku tak faham kenapa benda remeh macam ni nak dijadikan headline besar. Lagi satu, pakcik tu beli sejadah dah 6 bulan. Bermakna selama 6 bulan, dia melihat sejadah tu dan dia tak rasa pun corak tu macam babi kan? Cuma bila ada anak saudara dia tafsirkan corak tu sebagai babi, otomatik dia pun nak kata corak tu babi. Rasanya begitulah kut ek?

Faktor godaan syaitan pun tak boleh diabaikan 100%. Setan kan suka ganggu kita. Memang dah KPI dia pun. Apatah lagi bila tiba waktu kita nak solat. Setuju tak? Time nak solat la dia nak menguapkan kita, sampai corak di sejadah pun dia boleh buatkan kita rasa was-was. Last-last kita lewatkan solat, paling kronik tak solat lansung.

Jadi apa yang aku nak katakan kat sini, tolonglah jangan cepat sangat melatah. Jangan sensasikan berita. Aku tau cerita macam ni trademark Harian Metro. Tapi dia punya kesan besar woo. Macam kisah video malaikat singgah di Kaabah tu. Ingat lagi tak? Silap hari bulan boleh tergugat akidah kita..

Baca dengan nada yang tenang dan fikir-fikirkanlah. Aku tak kata pendapat aku 100% betul, tapi kalau ada yang berpendapat lain, sila tinggalkan komen.


Photobucket
Ok..nampak cam babi ke cam kucing?


Kthnxbye

Pesanan Penaja :
Belilah sejadah yang bercorak mudah. Simple and plain. Sebelum beli, pastikan dah telilti corak sebelum membuat bayaran.

6 feedbacks:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ha ha ha ha~

kucing!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Babi ke? Kalau warna merah tu aku rasa ia lebih kepada beruang KOALA daripada rupa babi... kompius I.

Hellioz said...

typical meleis
sigh~

amie said...

tatau nak komen ape.. :)

Anonymous said...

lain orang lain babi... ehh... tafsiran setiap orang mana ada yang sama... tu yg buat isu kecil jadi isu gaban...

Lazyf said...

Pakcik itu sekadar mencari publisiti murahan...
Suratkhabar pula mencari bahan sensasi utk melariskan jualan...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails