Thursday, November 11, 2010

New PROTON INSPIRA Launched! 2.0P RM91,999!

Photobucket
gambar kredit to Paultan.org

TERBAEKKK!
Itu komen yang aku dengar bila tengok gambar PROTON Inspira. Akhirnya ia dilancarkan juga hari ini di Centre of Excellence, PROTON EDAR setelah sekian lama menanti. Walaupun semua sedia maklum kereta itu sudah ada di Malaysia sebagai Mitsubishi Lancer GT, tetapi masih ramai yang teruja nak melihat sendiri kereta hasil keluaran kilang PROTON di Shah Alam itu. Ramai yang masih skeptikal dengan produk buatan Malaysia. Ramai yang masih berpegang kepada dakyah yang PROTON tak mampu keluarkan kereta berkualiti, power window problem dan sebagainya.

Tapi terus terang aku katakan, sejak model PERSONA, semua mimpi ngeri dulu sudah berkurangan dengan signifikan sekali. Kali ini PROTON melancarkan satu lagi model barunya iaitu PROTON INSPIRA. Model yang dipasang berdasarkan Mitsubishi Lancer GT. Satu usahasama dengan syarikat automotif Jepun yang pernah dulu menjadi mentor kepada PROTON. Walaupun terdapat kritikan tentang projek rebadge engineering ini, even dari pak Menteri kita (ingat lagi komen Bung) namun sambutan yang diterima amatlah baik.

Kalau tak silap tempahan INSPIRA sebelum majlis perlancaran pagi tadi sudah pun mencapai 1800+. Tahniah kepada PROTON atas kejayaan melancarkan satu lagi model dalam line-up produk mereka. Komen dari journalist automotif dan juga daripada MMC Japan memberi respon positif. Masing-masing mengakui terdapat perbezaan handling jika dibandingkan dengan Mitsubishi Lancer GT.

Nanti kita cerita panjang lebar tentang PROTON INSPIRA. Untuk rujukan, ini harga bagi 3 variant kereta tersebut :

Harga PROTON INSPIRA
1.8 M/T - RM78,999
1.8 CVT - RM84,999
2.0 CVT - RM91,999

Maklumat lanjut boleh refer laman web khas PROTON INSPIRA

Nota Spare Tyre :
Minggu ni memang minggu yang baik untuk PROTON. Pertama ialah kejayaan team PROTON R3 Rally di APRC 2010 apabila menamatkan pusingan Rally China dengan kejayaan tempat 1 dan 2. Dan kejayaan kedua apabila PROTON EXORA Hybrid memenangi anugerah "Best Range Extender EV" di Royal Automobile Club (RAC) Future Car Challenge di London.

Tahniah PROTON!

1 feedbacks:

Artzam said...

Saya nak satu...hehehe tahniah Proton..

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails