Saturday, July 9, 2011

Tak Sabar Nak Tengok Sarkas Kat KL esok

ahh aku tak suka tulis pasal politik sangat, tapi..

Bersih, bersih, bersih. tak habis-habis.
Hakk ptuiihh!

Bikin panas sama rakyat Malaysia. Ambiga punya pasal, satu Kolumpo sesak. Kononnya menuntut pilihanraya yang adil, berselindung disebalik perkataan "Bersih" dan perjuangan Demokrasi. Pigidah. Semua orang faham ini kerja politik dengan agenda tertentu. 

Jangan dok kata la perhimpunan aman. Macam tak biasa je korang ni dengan situasi politik di Malaysia. Bila ada penglibatan parti politik khususnya Parti Keadilan dalam kelompok so call NGO ni, mesti akan ada kekecohan. Dah lupa ke kejadian kat Masjid Amru Al-As? Macam tu ke gaya nak buat perhimpunan Aman di jalanraya? Kalau dalam masjid pun tak boleh kawal diri, especially ketua AMK tu ape cite beb. Terkinja-kinja dalam masjid. Takde adab. 

Esok yang turun 100% pasti mostly bangsa Melayu. Sebab apa? Sebab kita mudah dipermainkan. Sama macam brader AC tipu orang melayu dengan gelang ajaib dia. Bersih ni umpama orang jual produk MLM yang kononnya berunsur Islamik pada harga yang tak munasabah. Tapi orang tetap beli, sebab percaya dengan tipu helah penjual dengan dalil-dalil dia. Macam Bersih ni, dah tau si pengerusi dia tu ada history yang kurang enak pada penganut Islam di Malaysia, tapi orang sokong gak. Sebab apa??? sebab salahguna term BERSIH, sebab DEMOKRASI. Kononnya lah kan.

Bersih ni nak perjuang demokrasi apa kejadah? Bila MB Selangor dah offer Stadium Shah Alam untuk buat perhimpunan, kenapa tak nak terima? Kalau benar nak buat secara aman, mereka sepatutnya dah terima tawaran tu. Dengan kawasan yang lebih luas, takda masalah nak kumpul beratus ribu orang pun. Tetapi mereka pandai, kalau rosak harta benda di Selangor, kerajaan PR Khalid yang kena tanggung. Jadi option terbaik, bikin provokasi dalam Kuala Lumpur. Lebih banyak Embassy ada, lebih banyak media international boleh cover. Ini taktik. Nanti sudah pasti ada mangkuk ayon pegang sepanduk "The World Is Watching" macam kes Mesyuarat Bawah Pokok kat Perak tu. 

Sekalung Tahniah kepada Anwar Ibrahim, mungkin ini je cara terakhir nak dapatkan Putrajaya yang pernah dia janjikan pada semua err..hampir 3 tahun dulu eh? So bila dia dapat je Putrajaya nanti, hari ke-2 tu minyak boleh turun 50sen ek? Yey yey sukanyerrr. Eh jangan lupa plak 16 Julai nanti tau.

Oh by the way, lepas BERSIH ni tamat.. aku nak buat proposal anjurkan satu demo aman Gabungan Perbicaraan Mahkamah Tanpa Tangguh-tangguh lagi Walaupun dah Kantoi ada Video (TANGGUH) ... nak berarak dari Apartment Tivoli Villa dan hantar memorandum kat Karpal Singh supaya jangan tangguh-tangguh lagi kes anak guamnya yang pernah disuruh Bertaubat itu.


Hambik. Puas hati aku. This will be my last post on this Bersih shit. Agenda politik gila Ahli-ahli YB Malaysia ni punya pasal, kucar-kacir satu Malaysia. Yang kaya tetap Anwar Ibrahim, Khairy Jamaludin, Ibrahim Ali, Ambiga, Mat Sabu & lain-lain. Depa duit lebat, rakyat jadi sesat. 

Kepada rakan-rakan yang tak pernah mengundi tapi sibuk nak pergi jugak esok, padan muka aku cakap siap-siap kalau kena tangkap dan tembak air pedih. Oh, tolong kira sekali berapa ramai orang Melayu, Cina dan India yang join esok ya? (minus Tian Chua tau..sebab dia memang konfem kat front page nanti)

#BELIABENCIPOLITIK

1 feedbacks:

Anonymous said...

aku copy gambar muke katun tumblr tu ek..hihih

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails