Tajuk takde kena mengena.
Normal la kan? Suka letak tajuk nak tarik perhatian orang, tapi isi lansung tak ada kena mengena. Get it?
Sekadar nak menulis ucapan terima kasih, sebab masih ada yang sudi datang baca blog ini. Nampaknya entri tentang kereta masih popular rupanya. Walaupun kat sini tak ada entri tips-tips membanyakkan traffic (untuk mendapat duit yang banyak), atau entri maki hamun, atau pun entri vlog tersipu-sipu malu. I'm not into that.
Bukan bermakna aku stop blogging, I've been blogging since SPM dulu pun (not here obviously), plus even ada domain sendiri (cuma dah expired lama dah). Bukan ketandusan idea, tapi kekurangan masa. Aku sebenarnya kagum dengan mereka-mereka yang begitu aktif blogging, twitter, join activity sana sini dan sebagainya walaupun ada anak bini dan ada komitmen kerja. Memang hebat.
So income Nuffnang akan menjadi lebih slow dari sebelum ini. Takde la kemaruk sangat. Apa yang dapat, kita terima dan syukur dengan rezeki tu. Bukan ke semua orang kata kita blogging ni sebab "ikhlas nak berkongsi" bukan nak "kejar traffic dan populariti" kan kan? ini ayat aku belajar dari otai-otai blogging nih.
Jadi kesimpulannya, terima kasih kerana masih ada yang sudi baca, dan komen. InsyaAllah akan ada update dari masa ke semasa bila dah settle down semua perkara.
Terima kasih, ありがとう!
//this is my personal opinion. no names mentioned in this post. so janganlah cepat melatah yer?
2 feedbacks:
kah3x...makan dalam betul dialog tu :)
epic entry. ahahaha vlog
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan