Friday, February 12, 2010

(WARNING) Sila Pakai Baju Dalam anda Macam Biasa pada 14hb

Seperti biasa di bulan Februari yang normal ini, mula kelihatan hiasan-hiasan berbentuk Hati Merah di merata-rata tempat. Sebab apa? Biasalah..valentines pada 14hb Februari. Best sangat ke Valentine's Day ini? Ada orang kata Hari Kekasih. Betul ke hari kekasih? Tak tahu maksud/sejarah Valentine's Day ni? Boleh baca di sini, situ atau carilah sendiri di hujung sana. Kalau sudah baca, harapnya fahamlah isi kandungannya.

biasalah ni gantung kat pokok
(gambar ihsan google)


Agak terkejut membaca petikan berita di akhbar TheStar baru-baru ini. Dilaporkan terdapat segelintir pelajar di IPTA yang diajak untuk tidak memakai pakaian dalam ketika hari "Valentine's" sebagai tanda cinta sejati mereka kepada teman lelaki. Jadi apa yang aku faham dari objektifnya; Hari Valentine's = Hari Boyfriend berseronok?, atau = Hari serah diri kepada Boyfriend?

Ish ish, teruk betul. Tak kira kepada yang beragama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya, ini merupakan satu acara yang memang keji. Ia seolah-olah menjatuhkan harga diri golongan wanita.

Ini petikan berita yang mengejutkan aku.
Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.
Lebih best lagi, 2 orang ditemuramah dan salah seorang bernama Ummi. Daripada namanya itu, mungkin seorang muslimah (anggapan aku saja). Dia mengaku mengetahui tentang "kempen" itu. Dan memberi respon bahawa itu perkara peribadi sambil senyum (rujuk petikan berita dibawah). Ada ke patut jawab macam tu? Kata pelajar IPTA, berilah jawapan lebih intelektual sikit. Dia seolah-olah bersetuju dengan "kempen" mengarut itu.

Agaknya kat entrance IPTA tu ada signboard macam ni kut
gambar hiasan (ihsan google)

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

I feel it is personal,” said Ummi with a smile.
Seperti biasa JAIS memberi amaran tentang penglibatan remaja muslim dalam kegiatan tidak bermoral seperti ini. Jadi janganlah cuba-cuba nak buat perkara bodoh. Rugi seumur hidup. Jagalah maruah diri.
State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”
So setakat "Hari Kekasih" ni, hari-hari boleh sambut. Tak perlu "special" day dan buat benda-benda mengarut ni. Yang penting, Baju Dalam semua korang pakai. Tak perlu tanggalkan. Haha. Nak sambut lagi best, kahwin je dulu. Hahaha


SOURCE : Gambar dari Google, Petikan dari TheStar

6 feedbacks:

aNIe said...

Hmmm...anak2 remaja kita sekarang dah terlampau mengikut budaya barat...selalu kalau yang salah tu cepat dan ramai yang ikut...tapi kalau yang baik tu sukar sikit diorang nak ikut...

FTN said...

Perbezaan dengan zaman remaja beberapa tahun sebelum ini memang amat ketara. Sudah tidak terkawal.

Takut dibuatnya. Makin berani, makini daring!
Oh tidak!

ringo said...

dunia

Unknown said...

This is an interesting post...
Thank you for sharing this post..Newspapers

FTN said...

ringo >
tu ler..donia, doniaa

LC David >
thanks for your views.

Al-Yousry said...

Salah satu budaya barat yang anak melayu tidak sedar telah menjadi ikutan adalah:-

1. Menegakkan rambut seperti ala spiky, punk
2. keluar dating, berdua-duaan dan berpegangan tangan. not to mention keluar naik motor sekali memanglah dah jatuh maksiat
3. gambar2 dalam facebook, berposing2 dan menanggalkan tudung utk tatapan bukan mahram. memang haram lah kalau camni.Mujurlah adik ppuan aku tak buat camtu. alhamdulillah.
4. berpakaian ketat bagi muslimah, samada bertudung atau tidak. Bila cakap soal ini, mereka akan berkata "..tapi mata laki pandang jugak..macam awak ni..!". Habis, tolonglah kami dan awak sekali, sayangilah Islam!
5. berhibur dan bersosial tanpa sempadan. ini mmg kategori jatuh maksiat kerana adab sopan ketika bergaul, budak2 melayu sudah tidak jaga lagi malah tak malu pula bila bergaul2 dgn lelaki!
6. dye rambut! bagi laki dan perempuan! bukan ke ini sifat2 'mulia' orang barat?
7. kaum lelaki memakai rantai, subang dan bangle! mengapa memakainya sedangkan al-Quran sudah mengHARAMkan lelaki memakai perhiasan? memang dah habis tanda2 kecil kiamat.
8. ibu bapa orang islam terlalu SAYANG pada anak..sehinggakan merelakan anak keluar dating dgn teman mereka, membenarkan anak memakai baju seksi/yg haram disisi Islam. skrg lelaki melayu sudah biasa memakai seluar katok/pendek nampak lutut. Dah takde sifat malu dah.
9. anak melayu BERANI bergambar dgn kekasih, pamer dan 'jual' rupa diri dan harga diri di pasaran global. yg muka2 posing dalam facebook tu, khususnya perempuan yg dimana aurat mereka juga adalah wajah mereka bukan utk ditunjuk2kan, jelas perbuatan ini haram kerana ia menimbulkan fitnah.
10. Anak melayu hanya jaga IBADAH tetapi tidak AKIDAH. Ini cara dan budaya orang Barat. Mereka sembahyang di gereja, tapi buat jahat dan dosa, macamlah Tuhan tak nampak. Sama dgn budak2 melayu.

Sekarang RENUNGKANLAH! Buat saya dan kita semua. Ada tak kita pernah amalkan antara 10 list ini? Fikir2kanlah dan tgk diri balik, sama dgn saya. Wallahuaklam.

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails